BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Respons + Ability =

31 October 2009

Allah S.W.T

Nama Allah S.W.T tidak berasal daripada pengambilan perkataan apa pun, demikianla pendapat Al-Khalil Bin Ahmad. Pendapat ini disokong oleh As-Shafie r.a dan ulama yang lain. Tidak sekali-kali didapati sesuatu yang diberi nama tersebut selain daripadaNya, yang Maha Tinggi dan Maha Suci. Oleh kerana itu, sebahagian ulama menyatakan bahawa setiap nama daripada nama-namaNya tidak layak digunakan untuk menghias diri. Nama 'Allah' merupakan tempat bergantung, bukan untuk dipakai. Ada yang mengatakan bahawa nama 'Allah' berasal daripada pengambilan kalimat atau perkataan, tetapi pecahan dan simpang siur kalimatnya terlalu banyak, sehingga membawa erti yang saling bertentangan.
Dikatakan bahawa sedikit sekali orang yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati tidak dikabulkan doanya. Disini terdapat sebuah kisah dimana seseorang telah menjual hamba perempuannya. Setelah hamba itu dijual, timbul penyesalan dalam hatinya. Dia sangat malu untuk mengatakan penyesalannya itu, dia tidak menemui jalan lain kecuali menulis rasa hatinya itu diatas tapak tangannya sendiri, lalu mngangkat tangannnya ke langit. Ketika menjelang pagi, rumahnya diketuk orang. Dia bertanya "Siapakah yang datang pagi-pagi begini?" Terdengar jawapan dari luar "Saya orang yang membeli hamba sahayamu yang sekarang saya bawa kemari untuk saya kembalikan kepadmu!". Dia berkata, "Jika sekiranya engkau hendak mengembalikan, bersabarlah kerana aku belum memiliki wang tebusannya!". lelaki diluar rumahnya menjawab, "Aku tidak akan menerima wangmu, kerana aku akan memperoleh ganti yang lebih berharga darpada harga hamba sahaya ini!" Dia bertanya, "Bagaimana caranya kamu memperoleh penggantian itu?" Lelaki itu menjawab, "Semalam aku bermimpi bahawa Allah S.W.T berkata kepadaku, 'Ketahuilah bahawa penjual sudah tertambat hati pada hamba sahaya yang dijualnya itu. Jika engkau rela mengmbalikan hamba itu kepada pemiliknya, maka bagimu Aku sediakan Syurga'.

(Dipetik daripada buku Tafsir Sufi & Fadhilat 99 Asma' Ul Husna)

0 comments: