Pemergianmu Ya Rasulullah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat...
Assalamualaikum wbt...
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar - benar cinta yang dicontohkan Allah SWT melalui kehidupan RasulNya...
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning namun burung - burung gurun enggan mengepakkan sayapnya...
Pagi itu Rasulullah SAW dengan suara terbatas memberikan khutbah;
"Wahai ummatku... kita semua ada dalam kekuasaan Allah SWT dan cinta kasihNya, maka taati dan bertakwalah kepadaNya"
"Ku wariskan 2 perkara pada kalian, Al - Quran dan sunnahku"
"Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang - orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama - sama aku"
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu;
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca - kaca;
Umar dadanya naik turun menahan nafas tangisnya;
Usman menghela nafas panjang;
Ali menundukkan kepalanya dalam - dalam...
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba...
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua" Keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu hampir selelsai menunaikan tugasnya didunia...
Tanda - tanda itu semakin kuat...
Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah SAW yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mamapu seluruh sahabat yang hadir disana pasti akan menahan detik - detik berlalu...
Matahari kian tinggi tapi pintu rumah Rasulullah SAW masih tertutup sedang didalamnya Rasulullah SAW sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya...
Tiba - tiba dari luar pintu terdengar seorang berseru mengucap salam. "Bolehkah saya masuk?" Tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maaflah ayahku sedang demam" kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah "Siapakah itu wahai anakku?", "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya" tutur Fatimah lembut.
Lalu Rasulullah SAW menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan, seolah - olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan didunia, dialah malakul maut" Kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu" Kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah SAW lega, matanya penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib ummatku kelak?"
"Jangan khawatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah SWT berfirman kepadaku: "Ku haramkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali ummat Muhammad telah berada didalamnya" Kata Jibril.
Detik - detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat - urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini" perlahan Rasulullah mengadu.
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunudk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal?" Kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah SAW memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.
"Ya Allah!!! Dahsyat nian maut ini, timpakan sahaja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada ummatku"
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya
"Uushiikum bisshalati, wa maa maalakat aimanuku - pelihara solat dan peliharalah orang - orang diantaramu"
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummati... ummati... ummati..."
Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu...
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaih...
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita ummatnya...
Adakah cinta kita kepada Rasulullah sepertimana cintanya Rasulullah kepada kita???
Renung - renungkan wahai sahabat...
12 March 2010
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 6:48 AM 0 comments
Labels: ¬Kekasih Allah¬
01 March 2010
Ya Rasulullah Ya Habiballah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW...
Assalamualaikum wbt...
Biodata Baginda
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiul Awal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah)
Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al Mukarramah
Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh Pertama : Barakah Al Habsyiyyah (Digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah)
Ibu susu pertama : Thuwaibah (Hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As Sa'diah (lebih dikenali sebagai Halimah As Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Usia 5 Tahun
Peristiwa pembelahan dada Baginda yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
Usia 6 Tahun
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al - Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah). baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
Usia 8 Tahun
Datuknya, Abdul Muttalib meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
Usia 9 Tahun
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di Kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani benama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua - ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
Usia 20 Tahun
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid 1, halaman 184 - 187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak - anak panah sahaja.
Baginda pernah menyaksikan perjanjian Al - Fudhul iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
Usia 25 Tahun
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama - sama Abu Talib dan beberapaorang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 Tahun ketika itu. Mas Kahwin baginda kepada Khadijah islah sebanyak 500 driham.
Usia 35 Tahun
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar - pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
Usia 40 Tahun
Menerima wahyu di Gua Hira sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akir zaman.
Usia 53 Tahun
Berhijrah ke Madinah Al Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al Siddiq.
Sampai di Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.
Usia 63 Tahun
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H / 8 Jun 632M.
Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama - samaku di dalam syurga" (HR Al-Sajary daripada Anas)
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 7:06 AM 0 comments
Labels: ¬Kekasih Allah¬
18 January 2010
Dia Rasulullah SAW...
Assalamualaikum wbt...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta para sahabat...
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Anas bin malik, Rasulullah SAW bersabda, "Alangkah rindunya aku untuk berjumpa dengan saudara-saudaraku." Lalu seorang sahabat bertanya, "Bukankah kami-kami ini saudaramu ya Rasul?" Rasul menjawab, "Benar, kalian adalah sahabat-sahabat/saudaraku. Adapun yang ku maksud adalah dengan saudara-saudaraku itu adalah kaum yang datang sesudahku dan beriman kepadaku padahal mereka tidak pernah berjumpa denganku."
SubhanAllah... Dari ucapannya melalui hadits di atas, beliau sebegitu rindunya pada kita-kita ini umatnya yang hidup jauh dari masanya dan rindunya itu menurut saya adalah sebuah penghargaan untuk kita. Beliau menghargai kita kerana sampai saat ini kita masih beriman padanya walau tanpa pernah sekalipun berjumpa secara langsung menatap wajahnya. Begitulah Rasulullah manusia istimewa yang dimuliakan Allah dengan segala budi pekertinya yang amat luhur dan terpuji, sesuai dengan namanya "Muhammad" yang memiliki erti "insan yang terpuji".
Di sisi lain beliau juga tidak hanya rindu pada kita umatnya, tapi sangat peduli. Cuba saja kita ingat cerita pada akhir hidupnya ketika ajal menjelang, beliau amat mempedulikan umatnya. Pada detik-detik terakhir roh akan lepas dari jasad, lisannya berucap "ummati...ummati...ummati". Sungguh peristiwa itu sebuah pemandangan diluar kebiasaan manusia umum, disela-sela rasa sakit, beliau Nabi shollallahu 'alahi wa salam. Masih sempat terfikir akan keadaan umatnya selepas beliau wafat. Bayangkan...andai kita saat itu sempat menyaksikan peristiwa tsb, sudah pasti itu akan menjadi salah satu peristiwa yang amat mengharukan dalam sejarah hidup kita.
Masih dalam keadaan sakaratul mautnya, dari peristiwa itu juga kita bisa lihat kecintaan Rasulullah pada umatnya. Saat badan mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi, dari bibir yang sentiasa basah menyebut asma-Nya, terucap sebuah permohonan yang amat memilukan hati "Ya...Allah, dahsyat nian maut ini. Timpakan saja semua maut ini (baca:rasa sakitnya) kepadaku, jangan pada ummatku". SubhanAllah...sungguh terpuji akhlaqmu ya rasul.
Tapi apa yang terjadi saat ini ?! mungkin di antara kita masih ada yang biasa-biasa saja terhadap Rasulullah. Selawat jarang terlantun dari lisan dan kerap kali meninggalkan sunnah-sunnahnya. Bukan kah sejatinya kita pun merasa rindu dan berterima kasih padanya dengan memperbanyak selawat dan selalu berusaha menjalankan sunnah-sunnahnya dengan baik. Kerana bisa dibayangkan keadaan kita saat ini tanpa Rasulullah hadir di dunia ini, pastinya kita akan hidup dalam kegelapan, arah tujuan hidup tidak jelas dan akhlaq kita pun akan jauh dari nilai-nilai kemuliaan.
Pada hadits lain Rasulullah SAW bersabda : "Manusia yang paling mengabaikan aku, adalah orang yang apabila disebut namaku dihadapannya, dia tidak berselawat kepadaku. Shalawat kepadaku dan kepada keluargaku menghilangkan kemunafikan". Oleh karena itu mari kita perbanyak berselawat pada Rasulullah! seperti yang sudah sama-sama kita tahu bahawa selawat akan mendatangkan syafa'at di Yaumil Akhir nanti ?! jelasnya syafa'at itu adalah pertolongan. Nanti di kala amal baik kita kurang dan kerana sebab itu kita tidak memenuhi syarat untuk masuk ke syurga. Tapi bila kita mendapat syafa'atnya, keadaannya akan lain...kita akan menjadi orang yang beruntung bisa terhindar dari jilatan api neraka yang amat panas.
Kembali pada hadits yang pertama tadi di atas. Ketika pertama kali saya mengetahui hal itu, rasa kagum kian bertambah pada Rasulullah dan tak berhenti hanya di situ, banyak lagi kisah-kisah dari perjalanan hidup beliau yang amat memukau. Salah satunya sekelumit kisah yang akan saya ceritakan ini, iaitu perjalanan Isra Mi'raj baginda Nabi Muhammad S.A.W dimana kala itu Nabi berjumpa dengan Allah S.W.T. dan berdialog langsung dengan-Nya.
Dialog tersebut diabadikan di dalam bacaan Solat pada bacaan Tahiyyat. Berikut ini potongan cerita perjalanan nabi pergi menuju langit ke Tujuh (Sidratul Muntaha). Perjalanan beliau kesana mengendarai Buraq dan pada akhir perjalanan nabi menjadi hanya seorang diri untuk masuk menuju ke Sidratul Muntaha, pasalnya para malaikat tidak mampu lagi menghantarkannya, bahkan ketika malaikat Jibril diminta untuk menghantar, ia berkata "Aku tidak mahu ikut lagi, sebab kalau aku ikut, sayapku akan terbakar".
Sebelum Rasulullah sampai ke tempat itu, beliau menyaksikan kebesaran Allah yang meliputi Langit dan Bumi. Lalu setibanya rasul disana, beliau pun melakukan penghormatan dengan berucap "Attahiyyatul mubarakatush sholawatuth thayyibatul lillah" ertinya : "Segala Kehormatan, Keberkahan, Kebahagian dan Kebaikan hanya milik Allah saja. Lalu Allah berkata pada rasulullah "Assalamu'alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullahi wabarakatuh" ertinya : "Salam Rahmat dan Berkah-Nya aku tujukan kepadamu wahai nabi (Nabi Muhammad)". Bisa kita bayangkan, betapa bahagianya Nabi
Muhammad mendapat salam langsung dari Allah SWT.
Tapi setelah Rasulullah mendengar salam dari Allah, apa yang terjadi selanjutnya...?? ini yang membuat saya terkagum-kagum, ketika Allah memberikan salam-Nya pada Nabi dengan salam itu tadi, Nabi tidak begitu saja ingin berbahagia sendiri, tapi ia ingat pada ummat-ummatnya. Lalu Nabi pun berucap pada Allah "Assalamu'alaina wa'ala ibadillahi solihin" artinya : "Salam Keselamatan semoga tetap tercurah untuk hamba-hamba yang Soleh", melalui jawapannya itu Rasulullah tidak menginginkan kesejahteraan dari salam Allah tadi dilimpahkan hanya pada dirinya saja, tapi ia ingin menyebarkan kesejahteraan itu kepada semua hamba-hamba Allah yang sholeh. SubhanAllah....begitulah kecintaan Rasulullah pada umat-umatnya.
Dari kisah-kisah di atas dan kisah-kisah lain dari perjalanan hidup Rasulullah, sebagai manusia yang masih mau mendengarkan hati nurani, pastilah akan terkagum-kagum. Terutama kita sebagai seorang muslim harus merasa berterima kasih pada baginda Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyak selawat serta selalu berusaha menjalankan sunnah-sunnahnya dengan baik, dengan harapan akan mendapat syafa'atnya kelak nanti di yaumil akhir.
Bila diluar sana ada sekian banyak orang yang melecehkan dan menghina Rasulullah, saya yakin mereka sedang melawan hati nuraninya yang dengan sengaja menegatifkan (negative thinking) cara pandang dan berfikirnya ! kenapa begitu, pastinya mereka memang membaca kisah yang sebenarnya dan secara hati nurani, awalnya mereka juga terkagum akan pribadi yang menawan dari Rasulullah. Tetapi kerana ada faktor-faktor tertentu hingga membuat mereka berlaku tidak senonoh seperti itu terhadap 'kanjeng' Nabi Muhammad SAW dan tentu saja atas tindakan mereka itu umat muslim diberbagai belahan dunia yang menyaksikan hal tersebut menjadi amat berang - marah sekali tidak terima sang panutannya itu dihina.
Begitu pun saya sama dengan umat muslim lainnya amat kesal dan marah sekali pada mereka yang telah menghina baginda Nabi Muhammad SAW dan dalam suasana hati yang panas, saya inginnya Allah S.W.T mengutuk dan melaknat mereka ! tapi bila masih mungkin, terangilah hati nurani mereka ya Allah dengan cahaya-Mu agar mereka teguh dalam melihat kebenaran, aamiin.
Meskipun demikian bila toh Nabi Muhammad hidup dimasa kini dan mendengar atau bahkan melihat sendiri dihinaan yang ditujukan padanya, kekasih Allah yang mulia itu (baca:Nabi Muhammad) pastinya akan sangat arif sekali menyikapi hal itu. Seperti kisah ini, ketika itu nabi shollallahu 'alahi wa sallam dilempari dengan kotoran hewan dan beliau dikatai dengan sebutan "gila". Malaikat jibril yang mendengar hinaan itu, membuatnya marah besar, konon sampai berkata pada Rasulullah...ia akan memindahkan gunung untuk ditimpakan pada mereka yang telah mengina Nabi ! tapi Rasulullah tidak tertarik dengan tawaran itu dan dengan tersenyum beliau berkata "sudahlah jibril, tidak apa-apa aku ikhlas. Mereka bersikap seperti itu, hanya karena tidak mengerti".
SubhanAllah...begitu luhur budi pekertinya ! sampai dunia berakhir nanti, niscaya tidak akan ada orang yang mampu menandinginya. Mari kita bersholawat padanya "Allahumma sholli wassalim 'ala saidina Muhammadin wa 'ala ali saidina Muhammad".
By:Insan Kamil
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 4:19 AM 0 comments
Labels: ¬Kekasih Allah¬
Inginnya Aku Mencintaimu Ya Rasulullah...
Assalamualaikum wbt...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta para sahabat...
Tak kenal maka tak sayang. Itu kata pepatah Melayu. Bahwa proses menuju cinta diawali dengan sesuatu yang bernama mengenal. Baik dalam erti kenal secara face to face, atau mengenal dalam erti sejarah hidup orang yang kita cintai...
Dulu, hampir-hampir saya tidak mengenal siapa nabi saya. Siapa Rasulullah SAW itu. Padahal saya muslim. Setiap solat saya selalu baca selawat. Ini memang sangat keterlaluan. Barangkali kerana saya mengenal agama saya tidak begitu mendalam seperti kawan-kawan yang belajar di pesantren atau di sekolah khusus keagamaan.
Hingga, ketika teman saya -yang bekerja di toko kitab- itu memutar selawat setiap kali saya ke sana, saya biasa-biasa saja dengan senandung itu.
Ketika tahun 90-an para mahasiswa mengejar-ngejar jurnalis dan pengarang Arswendo Atmowiloto, saya juga 'adem ayem' saja. Padahal alasan para mahasiswa waktu itu disebabkan 'pooling' yang dilakukan majalah yang ia pimpin sangat menghina Muhammad SAW. Ia menempatkan Rasulullah di urutan yang kesebelas, persis satu tingkat di bawah nama Arswendo sendiri. Sedang di atas nama Rasulullah ada nama-nama Suharto, Tutut, Zainuddin MZ dan tokoh-tokoh orde baru lainnya.
Tak lama kemudian, setelah geger itu, dunia Islam juga di kejutkan oleh novel The Satanic Verses, karya Salman Rusydi. Novel yang ditulis pengarang Inggris kelahiran India itu juga dinilai sangat menghina Nabi kita. Sehingga pemimpin Republik Islam Iran waktu itu, Ayatullah Khomaini, menyediakan berjuta-juta dollar untuk siapa saja yang bisa menemukan Salman, baik dalam keadaan mati atau hidup. Pada saat itupun saya tenang-tenang saja. Tak ada reaksi apapun. Bahkan tak ada rasa apapun dalam diri saya. Seolah yang dihina adalah seorang manusia biasa.
Tapi suatu ketika, Allah memperkenankan saya bertemu seorang kawan. Kami berdiskusi soal keagamaan. Di ujung pembicaraan, ia menghina Muhammad SAW. Dada saya hampir meledak. Tangan saya hampir-hampir memukul muka kawan saya itu. Mulut saya ingin sekali berteriak. Namun, sayang saya tidak bisa atau tepatnya tidak punya argumentasi kuat untuk membela keberadaan Nabi saya. Kerana pengetahuan saya tentang Muhammad begitu dangkal. Saya menyesal sekali. Sejak itulah saya mulai belajar keras untuk mengetahui dengan jelas dan benar siapa Muhammad SAW itu.
Sejak peristiwa itu saya rajin mendatangi kajian-kajian ke-Islaman di sebuah kampus kota saya. Sejak itu saya setiap pagi buta berjalan hampir tiga km untuk ikut mengaji di sebuah pesantren sebelah desa saya. Sejak itulah saya rajin silaturrahim kepada kawan-kawan saya yang aktif di kegiatan Islam kampus. Walau saya sendiri hanya sebagai pedagang kaki lima dan bukan mahasiswa.
Alhamdulillah, dari sanalah saya sedikit tahu susuk agung itu, yang Allah dan para malaikatNya saja berselawat pada beliau. Figur seorang pemimpin yang ketika anaknya minta dicarikan pembantu rumah tangga, justeru sang anak diberikan amalan agar selalu bertasbih, bertahmid dan bertakbir saja. Tokoh sederhana yang ketika ditawari emas sebesar gunung Uhud, justeru memilih keluarga dan akhirat saja. Pemimpin para da'i yang ketika dilempari batu di Thaif membalasnya dengan melempar senyum dan mendoakan kebaikan. Sang 'Abid, yang dijamin masuk surga tanpa hisab, tapi masih berdiri kokoh di waktu malam untuk beribadah sampai kakinya bengkak-bengkak. Orang mulia, yang ketika mendekati ajal, yang beliau sebut-sebut bukanlah isteri, anak atau keluarga lainnya, tapi justeru umatnyalah yang beliau sebut-sebut.
Membaca itu semua, saya jadi teringat perkataan imam masjid di kampung saya dulu ketika mahu mengajarkan sejarah nabi. Ia berkata: Mari kita belajar mengenal Nabi kita. Belajar megenal bagaimana tingkah laku pemimpin kita. Dengan mengenal itu semua, kita akan menjadi cinta pada beliau. Dan dengan demikan akan mudah untuk melaksanakan apa yang beliau contohkan.
Kalimat itu terngiang-ngiang kembali di telinga saya.
Cinta. Lagi-lagi kerana alasan cinta mereka dengan ringan mampu berbuat sesuatu walaupun risikonya sangat tinggi. Kerana cinta, mereka rela mengorbankan harta, tenaga, bahkan nyawa, demi sang kekasih yang dicintainya. Dan saya yakin cinta mereka-mereka yang telah mengenal Nabi itu bukanlah cinta buta. Tapi cinta yang dilandasi sesuatu keyakinan murni yang sangat kuat.
Kembali saya meraba diri sendiri. Setelah agak sedikit mengenal, apakah saya lantas dengan mudah mencintai sang Nabi?
Ya Allah, ternyata mencintai Nabi tak semudah mencintai orang tua, keluarga, atau tak semudah mencintai pasangan kita. Mencintai Nabi ternyata memerlukan konsekwensi diri yang luar biasa. Bahkan nabi sendiri, ketika ada seorang perempuan datang pada beliau, lantas perempuan itu mengungkapkan keinginannya untuk mencintai nabi setulus-tulusnya, Nabi justeru balik bertanya. "Apakah sudah kau fikirkan dulu masak-masak? Sebab mencintai saya itu akan datang banyak cobaan. Dan datangnya cobaan itu seperti datangnya air bah," kata Nabi.
Bererti mencintai nabi tidaklah semudah yang diucapkan lidah. Dan saya sendiri, merasa masih sangat tertatih-tatih dalam menuju darjat cinta Rasul. Sebab mencintai Rasul itu bererti mencintai Allah juga. Dan seandainya boleh saya mengibaratkan, Allah dan Rasul adalah dua sisi mata wang. Yang satupun tak boleh dihilangkan.
Ya Rabbul Jalil, berilah saya kekuatan untuk mencintai Rasul dan mencintaiMu. Agar saya bisa dengan mudah melaksanakan apa yang Kau perintahkan dan menjauhi apa yang Kau larang.
Dan saat-saat ini saya seringkali bertanya pada diri sendiri, sudah sejauh manakah saya mencintai Rasulullah SAW?
Wallahu a'lam...
Pengalaman dari seorang Hamba Allah dari Indonesia...
Sama - sama kita renungkan... ^_^
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 4:08 AM 0 comments
Labels: ¬Kekasih Allah¬
05 November 2009
Dialog Rasulullah S.A.W dengan Iblis...
Diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal r.a. dari Ibn Abbas r.a., ia berkata : ” Kami bersama Rasululah SAW berada di rumah seorang sahabat dari golongan Anshar dalam sebuah jamaah. Tiba-tiba, ada yang memanggil dari luar : “ Wahai para penghuni rumah, apakah kalian mengizinkanku masuk, karena kalian membutuhkanku ”. Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat :” Apakah kalian tahu siapa yang menyeru itu ?”. Para sahabat menjawab , ” Tentu Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui ”. Rasulullah berkata : “ Dia adalah Iblis yang terkutuk – semoga Allah senantiasa melaknatnya”. Umar bin Khattab r.a. berkata :” Ya, Rasulullah, apakah engkau mengijinkanku untuk membunuhnya?”. Nabi SAW berkata pelan :” Bersabarlah wahai Umar, apakah engkau tidak tahu bahwa dia termasuk mereka yang tertunda kematiannya sampai waktu yang ditentukan ?. Sekarang silakan bukakan pintu untuknya, karena ia sedang diperintahkan Allah SWT. Fahamilah apa yang dia ucapkan dan dengarkan apa yang akan dia sampaikan kepada kalian ! ”.
Ibnu Abbas berkata : “ Maka dibukalah pintu, kemudian Iblis masuk ke tengah-tengah kami. Ternyata dia adalah seorang yang sudah tua bangka dan buta sebelah mata. Dagunya berjanggut sebanyak tujuh helai rambut yang panjangnya seperti rambut kuda, kedua kelopak matanya memanjang , kepalanya seperti kepala gajah yang sangat besar, gigi taringnya memanjang keluar seperti taring babi, kedua bibirnya seperti bibir macan / kerbau . Dia berkata, “ Assalamu ‘alaika ya Muhammad, assalamu ‘alaikum ya jamaa’atal-muslimin ”. Nabi SAW menjawab :” Assamu lillah ya la’iin AKU telah mengetahui, engkau punya keperluan kepada kami. Apa keperluanmu wahai Iblis”.
Iblis berkata :” Wahai Muhammad, aku datang bukan karena keinginanku sendiri, tetapi aku datang karena terpaksa .”
Nabi SAW berkata :” Apa yang membuatmu terpaksa harus datang kesini, wahai terlaknat?”.
Iblis berkata,” Aku didatangi oleh seorang malaikat utusan Tuhan Yang Maha Agung, ia berkata kepada-ku ‘Sesungguhnya Allah SWT menyuruhmu untuk datang kepada Muhammad SAW dalam keadaan hina dan bersahaja. Engkau harus memberitahu kepadanya bagaimana tipu muslihat, godaanmu dan rekayasamu terhadap Bani Adam, bagaimana engkau membujuk dan merayu mereka. Engkau harus menjawab dengan jujur apa saja yang ditanyakan kepa-damu’. Allah SWT bersabda,” Demi kemulia-an dan keagungan-Ku, jika engkau berbohong sekali saja dan tidak berkata benar, niscaya Aku jadikan kamu debu yang dihempas oleh angin dan Aku puaskan musuhmu karena bencana yang menimpamu”. Wahai Muhammad, sekarang aku datang kepadamu sebagaimana aku diperintah. Tanyakanlah kepadaku apa yang kau inginkan. Jika aku tidak memuaskanmu tentang apa yang kamu tanyakan kepadaku, niscaya musuhku akan puas atas musibah yang terjadi padaku. Tiada beban yang lebih berat bagiku daripada leganya musuh-musuhku yang menimpa diriku”.
Rasulullah kemudian mulai bertanya :” Jika kamu jujur, beritahukanlah kepada-ku, siapakah orang yang paling kamu benci ?”.
Iblis menjawab :” Engkau, wahai Muhammad, engkau adalah makhluq Allah yang paling aku benci, dan kemudian orang-orang yang mengikuti agamamu”.
Rasulullah SAW :” Siapa lagi yang kamu benci?”.
Iblis :” Anak muda yang taqwa, yang menyerahkan jiwanya kepada Allah SWT”.
Rasulullah :” Lalu siapa lagi ?”.
Iblis :” Orang Alim dan Wara yang saya tahu, lagi penyabar”.
Rasulullah :” Lalu, siapa lagi ?”.
Iblis :” Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci dari kotoran”.
Rasulullah :” Lalu, siapa lagi ?”.
Iblis :” Orang miskin yang sabar, yang tidak menceritakan kefakirannya kepada orang lain dan tidak mengadukan keluh-kesahnya “.
Rasulullah :” Bagaimana kamu tahu bahwa ia itu penyabar ?”.
Iblis :” Wahai Muhammad, jika ia mengadukan keluh kesahnya kepada makhluq sesamanya selama tiga hari, Tuhan tidak memasukkan dirinya ke dalam golongan orang-orang yang sabar “.
Rasulullah :” Lalu, siapa lagi ?”.
Iblis :” Orang kaya yang bersyukur “.
Rasulullah bertanya :” Bagaimana kamu tahu bahwa ia bersyukur ?”.
Iblis :” Jika aku melihatnya meng-ambil dari dan meletakkannya pada tempat yang halal”.
Rassulullah :”Bagaimana keadaanmu jika umatku mengerjakan shalat ?”.
Iblis :”Aku merasa panas dan gemetar”.
Rasulullah :”Kenapa, wahai terlaknat?”.
Iblis :” Sesungguhnya, jika seorang hamba bersujud kepada Allah sekali sujud saja, maka Allah mengangkat derajatnya satu tingkat”. Rassulullah :”Jika mereka shaum ?”.
Iblis : ” Saya terbelenggu sampai mereka berbuka puasa”.
Rasulullah :” Jika mereka menunaikan haji ?”.
Iblis :” Saya menjadi gila”.
Rasulullah :”Jika mereka membaca Al Qur’an ?’.
Iblis :’ Aku meleleh seperti timah meleleh di atas api”.
Rasulullah :” Jika mereka berzakat ?”.
Iblis :” Seakan-akan orang yang berzakat itu mengambil gergaji / kapak dan memotongku menjadi dua”.
Rasulullah :” Mengapa begitu, wahai Abu Murrah ?”.
Iblis :” Sesungguhnya ada empat manfaat dalam zakat itu. Pertama, Tuhan menurunkan berkah atas hartanya. Kedua, menjadikan orang yang bezakat disenangi makhluq-Nya yang lain. Ketiga, menjadikan zakatnya sebagai penghalang antara dirinya dengan api neraka. Ke-empat, dengan zakat, Tuhan mencegah bencana dan malapetaka agar tidak menimpanya”.
Rasulullah :”Apa pendapatmu tentang Abu Bakar?”.
Iblis :” Wahai Muhammad, pada zaman jahiliyah, dia tidak taat kepadaku, bagaimana mungkin dia akan mentaatiku pada masa Islam”.
Rasulullah :” Apa pendapatmu tentang Umar ?”.
Iblis :” Demi Tuhan, tiada aku ketemu dengannya kecuali aku lari darinya”.
Rasulullah :”Apa pendapatmu tentang Utsman ?”.
Iblis :” Aku malu dengan orang yang para malaikat saja malu kepadanya”.
By:Insan Kamil
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 5:45 AM 0 comments
Labels: ¬Kekasih Allah¬


