BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Respons + Ability =

Showing posts with label Muhasabah Cinta. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Cinta. Show all posts

20 December 2011

NABI ADAM A.S DAN HAWA DI KELUARKAN DARI SYURGA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia, kekasih dan kesayanganku Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... wa syukurillah...

Setiap kali memikirkan nikmat yang Allah beri pada diri ini, rasa sebak dan kerdil tapi tidak dapat diterjemahkan dengan air mata... Mengapa ya? Allah... bilakah kali terakhir aku menangis keranaMu?

Ya Allah jangan bekukan air mataku... Aku belum puas menangis kerana dosa - dosaku yang lalu... Belum puas aku menangis atas nikmat yang tidak henti - henti kau beri kepadaku...

Sesungguhnya aku ini hambaMu yang hina, bodoh, sombong, jahil lagi zalim... Maka Kau bimbinglah, tuntunlah hati ini Ya Allah... agar selalu dekat denganMu, berada di jalanMu...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terus sahaja ke tajuk utama yang ingin dikongsikan iaitu Nabi Adam.as dan Hawa dikeluarkan dari syurga...

Iblis berjaya memperdaya Nabi Adam a.s dan Hawa. Inilah kejayaan pertama iblis dalam usaha memperdayakan manusia sebagai satu dendam untuk membinasakan Nabi Adam a.s dan keturunan baginda.

Setelah Nabi Adam a.s dan Hawa memakan buah tersebut , mereka mendapati bahawa keadaan sekeliling mereka telah berubah. Kebahagiaan dan kenikmatan syurga yang mereka miliki selama ini telah hilang sekelip mata. Pakaian mereka tertanggal dan menampakkan aurat sehingga mereka mencari daun - daun kayu untuk menutup tubuh mereka.

Pada masa itu, sedarlah Nabi Adama.s dan Hawa bahawa mereka telah melanggar perintah Allah SWT dengan memakan buah larangan tersebut.Mereka lupa bahawa Iblis dan syaitan merupakan musuh manusia yang sentiasa mencari jalan menyesatkan mereka.

Allah SWT berfirman ;


"Bukankah telah Aku larang kamu memakan buah itu dan Aku katakan juga kepada kamu bahawa syaitan itu musuh kamu!"

Namun, semua itu adalah ujian Allah Yang Maha Agung untuk menguji sejauhmana manusia dapat menggunakan kuasa yang diberi dan kebijaksanaan memilih antara perkara yang baik dan buruk. Apabila segala seseorang manusia itumemilih jalan yang baik bererti dia telah mentaati segala perintah Allah SWT tetapi sebaliknya jika manusia itu memilih jalan yang salah sesungguhnya dia menderhakai Allah SWT.

Banyak hikmah yang dapat diambil daripada peristiwa tersebut. Ia sebagai suatu dalil yang nyata tentang pertentangan antara kebaikan dengan kejahatan. Orang - orang yang beriman akan melakukan perbuatan yang diredhai Allah manakala mereka yang kafir sentiasa mengingkari perintah Allah SWT.

Daripada Abu Said Al Khudri r.a katanya;


"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Iblis berkata kepada Tuhannya: 'Demi keperkasaanMu & keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada didalam jasad mereka'. Allah menjawab 'Demi keperkasaanKu & keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepadaKu'"

Apa yang berlaku kepada Nabi Adam a.s dan Hawa memberi satu pengajaran betapa WAJIB mendahului ketundukan dan kepatuhan terhadap apa sahaja perintah dan ketetapan Allag SWT walaupun sesuatu peraaturan itu tidak terjangkau oleh aqal fikiran manusia. Akibat melanggar peraturan, seorang hamba akan mendapat hukuman atau balasan di atas segala perbuatan yang dilakukannya.

~Wallahu a'alam~

Ilal liqo'... Semoga berjumpa lagi di perkongsian yang akan datang... Semoga anda semua berbahagia dalam jagaanNya~

01 March 2011

.::KASIH BERSEMI, SYARIAT DIPATUHI::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...



Kalangan remaja pada masa kini selalu menganggap masa remaja adalah masa terbaik dipenuhi dengan cinta antara lelaki dan wanita. Peningkatan gejala sosial terutama dalam kalangan remaja juga ada yang membabitkan rasa cinta yang disulami dengan nafsu semata - mata. Hal ini kerana penglibatan dalam gejala sosial turut membabitkan rasa cinta yang tidak dikawal seperti lari dari rumah, bersekedudukan, sumbang mahram, kes jenayah rogol, berkhalwat, pengguguran secara haram, pembuangan bayi dan sebagainya.

Salah satu punca ramai remaja terlibat dalam gejala sosial yang membabitkan cinta adalah kurangnya ilmu dan keimanan tentang makna cinta yang sebenarnya. Ini menyebabkan seseorang itu terlibat dengan pergaulan bebas dan mengikut rasa cinta di hatinya.

Rasa cinta adalah salah satu gejolak emosi yang penting dalam kehidupa manusia. Disamping sebagai faktor utama dalam pembentukan keluarga, rasa cinta juga merupakan isyarat atau tanda mempererat hubungan dengan keluarga. Selain itu, rasa cinta mempunyai peranan yang tidak dapat diabaikan dalam pembentukan keperibadian diri.

Pesanan Rasulullah SAW ini boleh dijadikan panduan dalam bercinta. Daripada Abu Hamzah Anas Bin Malik RA, pelayan baginda Rasulullah SAW berkata :

"Tidak beriman seseorang diantara kamu hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seterusnya Rasulullah SAW juga bersabda daripada Abu Thar Jundub Bin Junadah dan Abdurrahman Muaz Bin Jabal RA menerangkan Rasulullah SAW bersabda :

"Bertakwalah kepada Allah dimanapun kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji"

(Riwayat Tirmidzi)


Terdapat banyak kes cinta terlarang yang tidak direstui oleh keluarga sehinga ada dikalangan remaja sanggup mengikut kekasih hingga ke negara lain. Akibat cinta yang tidak memiikirkan masa depan menyebabkan hidup sengasara, anak yang dilahirkan terbiar serta terpisah daripada keluarga tersayang.

Setiap hari ada sahaja paparan diakhbar tentang derita wanita yang berkahwin dengan warga asing. Akibat cinta yang tidak memikirkan masa depan akhirnya hidup susah, menderita keperitan hidup dan akhirnya kembali ke pangkuan keluarga. Dalam hal ini cinta tidak lagi membawa kebahagiaan.

Jelaslah kata - kata pepatah 'cinta itu buta', ;deritanya hidup hanya dapat dirasakan selepas cinta tak dapat membeli segala'. 'Cinta itu seperti benda tajam, apabila tidak hati - hati menggunakannya adalah harapan kita yang akan dilukainya'

Begitulah kata - kata ingatan pepatah daripada orang - orang tua dahulu yang merenung dan melihat akibat cinta yang tidak memikirkan masa depan. Oleh itu, pandangan daripada ibu bapa, kaum keluarga terdekat amat penting dalam menyulam cinta agar tidak merana.

Kisah cinta dalam kehidupan manusia telah melahirkan banyak ungkapan dan peribahasa tentangnya. Ini semua hasil renungan dan pemerhatian serta akibat daripada cinta. Pepatah Greek menyebut 'Keburukan dapat disembunyikan apabila timbul rasa cinta'. Pepatah Inggeris pula menyatakan 'Cinta dan botak tidak dapat disembunyikan'. Pepatah orang Perancis pula menyebut 'Tidak ada cinta yang tidak cemburu'.

Demikianlah beberapa peribahasa yang menggambarkan peribahasa yang menggambarkan sifat orang yang sedang bercinta. Sebelum terjebak dalam percintaan, elakkan cinta yang boleh membawa bencana dalam kehidupan masa depan.



Erti dan hakikat cinta mempunyai nilai yang berbeza. Cinta kepada kekasih mesra, cinta pada orang tua murni, cinta pada Tuhan abadi. Cinta dan kasih bukanlah sesuatu yang kekal dan abadi kepada seseorang. Cinta bukan sahaja hidup subur di jiwa, malah bole layu dan menyebabkan merana.

Hamka pernah berkata, 'Cinta adalah sebahagian daripada naluri manusia, maka alangkah baiknya jika tumbuh mengikkut kewajarannya. Cinta yang tak terbatas itu bagaikan layang - layang terputus talinya. Dalam percintaan ada pertemuan dan perpisahan. Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya'

Pada hakikatnya cinta yang murni mestilah berlandaskan hanya kerana Allah SWT. Ahli sufi pernah berkata 'Cintalah yang memberi nikmat dan jangan engakau cintai nikmat yang diberikan'. Jauhilah cinta monyet iaitu cinta keanak - anakan. Cinta palsu iaitu sekadar basa basi atau kepura - puraan. Cinta saku iaitu cinta hany akerana harta benda dan kewangan yang merosakkan. Sebaliknya carilah cinta sejati, cinta yang menghasilkan cita - cita luhur dan kekal abadi.

Imam Al Ghazali pernah berkata 'Apabila cinta kepada Allah itu sampai ke lubuk hati, maka semua cinta kepada barang - barang lainnya akan tersingkir'. Selanjutnya beliau berkata, antara tanda seseorang hamba itu cinta kepada Allah SWT ialah :

"Ia cinta akan Al - Quran, kitab suciNya; cinta kepada Rasulullah SAW, pesuruhNya; cinta kepada apa dan siapa yang ada hubungannya dengan Dia. Sesiapa yang cinta kepada Allah SWT tentu ia juga cinta kepada makhlukNya"



Hakikatnya, cinta dan kasih sayang yang berlandaskan cinta hanya kerana Allah SWT adalah cinta yang luhur dan murni. Oleh itu, elakkan cinta yang boleh membawa bencana dan penderitaan dalam kehidupan. Sebelum terlibat dalam cinta fikirlah semasak - masaknya dengan penuh kewarasan dan ketakwaan.

Kesimpulannya, kesucian cinta akan membuahkan kenikmatan, kesenangan dan keberkatan dalam kehidupan. Semuanya ini dapat dilakukan apabila seseorang itu benar - benar memahami hakikat cinta yang sebenarnya.

Oleh : Dr. Aminudin Mansor


Wallahu'alam~

05 February 2011

WAHAI HATI... DENGARLAH!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...




Siapa yang mengakui indahnya bunga?

Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman...

Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan...

Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya...

Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya...

Bukankah ini yang dinamakan iman???


Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya awan petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan tiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun... lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: 'Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka.'

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan. Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia, jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya.

Seorang kaya mungkin merasakan bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahawa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki... indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia, melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya.

Hatinya berbisik lagi 'Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku. Tapi... sedikitnya aku bersyukur. Ya Allah, hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai... sedikitnya doaku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih'

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah... Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara...

~Wallahua'lam~

Sirru 'Ala Barokatillah!

(Forum Silaturahmi dan Diskusi Kehidupan dalam Pandangan Islam)

22 March 2010

GOLONGAN MANUSIA...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga dan para sahabat baginda...

Assalamualaikum wbt...


ORANG YANG BERIMAN

Orang yang mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa - apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah benar datangnya daripada Allah SWT. Segala pengetahuan yang diperolehinya digunakan untuk menguatkan iman yang ada dalam qalbunya. Orang lelaki yang beriman digelar mukmin, sedang orang perempuan yang beriman digelar mukminah.


ORANG ISLAM

Orang Islam ialah orang yang tunduk dan patuh segala sesuatu yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dia mengerjakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Islam. Orang lelaki Islam digelar Muslimim, sedang orang perempuan Islam digelar Muslimah. Iman dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana keduanya mempunyai hubungan yang sangat rapat.


ORANG KAFIR

Orang kafir iaitu orang yang mengingkari kebenaran Agama Islam, tidak mengetahui keEsaan Allah SWT dan tidak mengetahui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Seorang kafir boleh memeluk Islam jika dia yakin akan keEsaan Allah SWT dan kebenaran Rasulullah SAW dibuktikan dengan mengucap dua kalimah syahadah.


ORANG MURTAD

Orang murtad iaitu orang yang telah keluar dari agama Islam baik secara langsung ataupun tidak. Samada dia menganut agama lain atau kembali kepada agama asalnya setelah dia memeluk agama Islam, ataupun dia tidak menganut mana - mana agama. Orang yang murtad ini segala amalannya akan gugur dan akan dimasukkan ke api neraka oleh Allah SWT. Orang murtad boleh dihukum bunuh jika enggan bertaubat.


ORANG MUNAFIK

Orang munafik iaitu zahirnya beragama Islam tetapi hatinya tidak beriman. Atau boleh juga dikatakan munafik iaitu berpura - pura beragama Islam tetapi hatinya tidak sama dengan apa yang diucapkan.


ORANG SYIRIK

Orang syikrik iaitu orang yang menyekutukan Allah SWT atau menganggap sesuatu itu sama dengan ALlah SWT. Mereka mempercayai selain daripada Allah SWT, seperti menyembah pokok - pokok besar, menyembah berhala, menyembah nenek moyang dan sebagainya. Orang yang syirik digelar Musyrik.


ORANG FASIK

Orang fasik iaitu orang yang keluar dari jalan kebenaran dan tidal mempedulikan segala perintah Allah SWT. Mereka menyelesaikan masalah bukan mengikut lunas - lunas Islam tetapi hanya hawa nafsu.


ORANG ZALIM

Orang zalim ialah orang yang berhati kejam. Dalam hati, mereka tidak memiliki rasa takut dan beriman kepada Allah SWT serta tergolong dalam golongan orang yang kafir. Allah SWT benci terhadap orang yang zalim.

~Muhasabah Diri~ Timbang - Timbangkan Wahai Sahabat...

14 March 2010

Wahai Pemimpin...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat baginda...

Assalamualaikum wbt...



"Sebaik - baik pemimpin adalah yang kamu cintai dan mereka mencintaimu. Kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakanmu. Sejahat jahat pemimpin adalah yang kamu benci dan mereka membencimu. Kamu kutuk mereka dan mereka mengutukmu." Para sahabat bertanya:"Tidakkah kami mengangkat senjata terhadap mereka?" Nabi SAW menjawab :"Jangan, selama mereka mendirikan solat. Jika kamu lihat perkara - perkara yang tidak kamu senangi, maka bencimu terhadap amal perbuatannya dan jangan membatalkan ketaatanmu kepada mereka."

Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang susuk tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah SWT memandang pada hatimu. Barangsiapa memiliki hati yang soleh maka Allah SWT menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah SWT ialah yang paling bertaqwa...

~Renungan Bersama~

13 March 2010

Siapa Aku Di Depan Tuhanku???

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya...

Assalamualaikum wbt...

Subuhnya...
Dimana aku berada???
Masih enak dalam kelambu rindu...
Sambil berpoya - poya dengan waktu...
Masa bagaikan menderu
Langkah tiada arah tuju
Fikiran terus bercelaru terlupa...
Aku semakin di hujung waktu
Siapa aku didepan Tuhanku???




Zohornya...
Aku lebih memikirkan kelaparan...
Kehausan dan rehatku...
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku...
Aku bertolak ansur dengan waktu...
Aku gembira membilang keuntungan...
Aku terlupa betapa besar kerugian jika aku menggadaikan sebuah ketaatan...
Siapa aku didepan Tuhanku???



Asarnya...
Aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak - tolak...
Aku masih dengan secawan kopiku...
Terlupa panas tidak dihujung kepala...
Aku masih bercerita...
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka...
Siapa aku didepan Tuhanku???



Maghribnya...
Aku melihat warna malam...
Tetapi aku masih berlegar disebalik tabirnya...
Mencari sisa - sisa keseronokan...
Tidak terasa ruang masa yang singkat...
Jalan yang bertongkat - tongkat...
Ruginya bertingkat - tingkat...
Siapa aku di depan Tuhanku???



Isyaknya...
Kerana masanya yang panjang...
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku...
Aku membiarkan kelesuan menggangguku...
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru...
Bercumbu - cumbu dengan waktuku...
Siapa aku di depan Tuhanku???



Kini aku menjadi tertanya - tanya...
Sampai bila aku akan melambatkan sujudku???
Apabila azan berkumandang lagi...
Aku tidak akan membiarkan masjid sepi kerana dihujung hidup ada mati...
Bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang...
Di sini jika ruangku dibiarkan kosong...
Jika wajahku menjadi asing...
Pada mentari dan juga bintang - bintang...

05 March 2010

Iblis Dengan Neraka...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW...

Assalamualaikum wbt...

Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai dineraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api...

Kemudian dikatakan kepada iblis laknat :"Wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka."

Setelah iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata :"Wahai para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu iblis.

Kata iblis:"Wahai orang - orang yang kafir dan orang - orang munafik, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau serta akan dihisab kemudian akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'ir".

Berkata iblis lagi:"Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. Akhirnya dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah diri sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih behak mengumpat daripada aku yang mengumpat."

Berkata iblis lagi:"Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan Allah SWT yang menciptakan segala sesuatu?"

Akhirnya iblis berkata:"Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksaan Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak oleh Tuhan seru sekalian Alam"

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata - kata iblis itu maka mereka melaknati iblis itu. Setelah itu iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah sekali dan dia kekal buat selama - lamanya bersama - sama orang - orang yang menjadi pengikutnya di dalam Neraka Jahannam.

Malaikat Zabaniah berkata :"Tidak aa kematian bagi kamu dan tidak ada pulan kesenangan, kamu kekal didalam buat selama - lamanya.

Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahaw aiblis itu hanya mampu menipu kita. Iblis itu ialah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali - kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan. Kalau nafas sudah berhenti maka segala - galanya tidak berguna lagi.

Mereka yang takut kepada Allah SWT ialah orang yang akan mendapat kebahagiaan didunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah SWT. Orang yang takut kepada Allah SWT ialah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya.

Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan ber'ketua'kan iblis dan syaitan ialah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. Kerja mereka ialah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.

"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang - orang yang berjaya." (Surah Ali Imran:104)



"Sesungguhnya telah datang kepada kami Rasul kami (Muhammad SAW) yang akan menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul - Rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah)Allah Maha Kuasa atas tiap - tiap sesuatu" (Surah Al-Maidah:19)


Sebagai renungan, mungkin ada baiknya umat Islam kini tiap - tiap masing2 kalau - kalau ciri - ciri yang dimiliki oleh iblis laknatullah yang mengingakari perintah Allah SWT.

Seandainya ada, hindarilah segera. Kiranya ada kaum kerabat, saudara mara dan rakan taulan memiliki keperibadian dan sifat mahkluk Allah SWT yang sesat itu, maka nasihatillah dan cegahlah mereka. InsyaAllah mudah - budahan mereka terselamat didunia mahupun di akhirat kelak....

25 December 2009

Temuduga Sebagai...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini...

21 December 2009

Golongan Yang Selamat...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Allah Subhanahu wata'ala berfirman:

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai." (Ali Imran: 103)

"Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. Yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan me-reka." (Ar-Ruum: 31-32)

Nabi Shallallahu'alaihi wasallam bersabda:
"Aku wasiatkan padamu agar engkau bertakwa kepada Allah, patuh dan ta'at, sekalipun yang memerintahmu seorang budak Habsyi. Sebab barangsiapa hidup (lama) di antara kamu tentu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Karena itu, berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa'ur rasyidin yang (mereka itu) mendapat petunjuk. Pegang teguhlah ia sekuat-kuatnya. (Dan hati-hatilah terhadap setiap perkara yang diada-adakan, karena semua perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, sedang setiap bid'ah adalah sesat (dan setiap yang sesat tempatnya di dalam Neraka)."HR. Nasa'i dan At-Tirmi-dzi, ia berkata hadits hasan shahih).

Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu'alaihi wasallam bersabda:
"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tem-patnya di dalam Neraka dan satu golongan di dalam Surga, yaitu al-jama'ah." (HR. Ahmad dan yang lain. Al-Hafidh menggolongkannya hadits hasan)

Dalam riwayat lain disebutkan:
"Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka, kecuali satu (yaitu) yang aku dan para sahabatku meniti di atasnya." (HR. At-Tirmidzi, dan di-hasan-kan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' 5219)

Ibnu Mas'ud meriwayatkan:
"Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam membuat garis dengan tangannya lalu bersabda, 'Ini jalan Allah yang lurus.' Lalu beliau membuat garis-garis di kanan kirinya, kemudian bersabda, 'Ini adalah jalan-jalan yang sesat tak satu pun dari jalan-jalan ini kecuali di dalamnya ter-dapat setan yang menyeru kepadanya. Selanjutnya beliau mem-baca firman Allah, 'Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus maka ikutilah dia janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) karena jalan-jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa." (Al-An'am: 153) (Hadits shahih riwayat Ahmad dan Nasa'i)

Syaikh Abdul Qadir Jailani dalam kitabnya Al-Ghunyah berkata, "... adapun Golongan Yang Selamat yaitu Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Dan Ahlus Sunnah, tidak ada nama lain bagi mereka kecuali satu nama, yaitu Ashhabul Hadits (para ahli hadits)."

Allah memerintahkan agar kita berpegang teguh kepada Al-Qur'anul Karim. Tidak termasuk orang-orang musyrik yang memecah belah agama mereka menjadi beberapa golongan dan kelompok. Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam mengabarkan bahwa orang-orang Yahudi dan Nasrani telah berpecah belah menjadi banyak golongan, sedang umat Islam akan berpecah lebih banyak lagi, golongan-golongan tersebut akan masuk Neraka karena mereka menyimpang dan jauh dari Kitabullah dan Sunnah NabiNya. Hanya satu Golongan Yang Selamat dan mereka akan masuk Surga. Yaitu Al-Jamaah , yang berpegang teguh kepada Kitab dan Sunnah yang shahih, di samping melakukan amalan para sahabat dan Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam.
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan yang selamat (Firqah Najiyah). Dan semoga segenap umat Islam termasuk di dalamnya.

Sumber : AL FIRQOTUN NAAJIYAH/JALAN GOLONGAN YANG SELAMAT/Syaikh Muhammad Jamil Zainu/Bagian1

20 November 2009

Tangisan II...

Bismillahirrahmanirrahiim…

Janganlah menangis kerana cinta tak terbalas mungkin dia bukan jodoh yang telah TUHAN tetapkan…
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan…
Jangan menangis kalau wang hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan…
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakinlah, rezeki itu adalah pemberian TUHAN…

DARI ITU??...

Simpanlah air mata = air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa – dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga – moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda “ Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam kerana takut kepada ALLAH S.W.T dan 2 biji mata yang menjaga fi sabilillah di waktu malam ”

“ Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan ALLAH di hari qiamat, seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran ALLAH S.W.T. lalu bercucuran air matanya. “

“ Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada ALLAH S.W.T, maka berguguranlah dosa – dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering. “

Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah S.A.W dan para sahabat – sahabat
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Saya tidak tahu sama ada saya akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat TUHAN, Rasulullah S.A.W bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara :-

1) Apabila dahinya berpeluh
2) Air matanya berlinangan
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
~ Kerana hal – hal tersebut menandakan rahmat ALLAH S.W.T untuk si mayat
( riwayat dari Salman Al – Faarisi )

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“ Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan dosa – dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu. “

Wallahu alam…

13 November 2009

Tangisan...

Bismillahirrahmanirrahiim…

Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangis

1) Menangis keran kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut – ikut orang menangis
10) Menangis orang munafik – pura – pura menangis.

“…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” ( An Najm : 43 )

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari air mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus – putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?... kalaulah air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji?? Ada tangusan yang sangat yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul – mukul dada atau merobek – robek pakaian. Ada pula tangisan sangat – sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa – dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah S.W.T.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka, Rasulullah S.A.W bersabda “ Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah S.W.T akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka. “

Dari air matany aitulah Allah S.W.T. telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “ Manis sungguh air ini. “ Nabi Adam lalu terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah S.W.T mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “ Hai Adam sesungguhnya belum pernah saya menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu! “ Air mata yang tiada di tuntut.

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita – cita, bukankah Tuhan yang menentukannya.

Dan…janganlah menangis tonton filem Hindustan! Itu kan Cuma lakonan…

Tunggu sambungannya…

Wallahu alam…

05 November 2009

Mari Kendalikan Lidah Kita...

Lidah adalah anggota badan yang benar-benar perlu dijaga dan dikendalikan. Sesungguhnya lidah adalah penterjemah hati dan pengungkap isi hati. Oleh karena itulah setelah nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan istiqomah, beliau mewasiatkan untuk menjaga lisan. Dan lurusnya lidah itu berkaitan dengan kelurusan hati dan keimanan seseorang. Di dalam Musnad imam Ahmad dari Anas bin Malik , dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam , beliau bersabda:

Iman seorang hamba tidak akan istiqomah, sehingga hatinya istiqomah. Dan hati seorang hamba tidak akan istiqomah, sehingga lisannya istiqomah. Dan orang yang tetangganya tidak aman dari kejahatan-kejahatannya, tidak akan masuk sorga. (HR. Ahmad, no. 12636, dihasankan oleh syaikh Salim Al-Hilali di dalam Bahjatun Nazhirin 3/13)

Dan di dalam Tirmidzi (no. 2407) dari Abu Sa’id Al-Khudri, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Jika anak Adam memasuki pagi hari sesungguhnya semua anggota badannya berkata merendah kepada lesan: “Taqwalah kepada Alloh di dalam menjaga hak-hak kami, sesungguhnya kami ini tergantung kepadamu. Jika engkau istiqomah, maka kami juga istiqomah, jika engkau menyimpang (dari jalan petunjuk), kami juga menyimpang. (HR. Tirmidzi, no. 2407; dihasankan oleh syaikh Salim Al-Hilali di dalam Bahjatun Nazhirin 3/17, no. 1521) (Jami’ul ‘Uluum wal Hikam, 1/511-512)

Oleh karena itulah sepantasnya seorang mukmin menjaga lidahnya. Tahukah anda jaminan bagi orang yang menjaga lidahnya dengan baik? Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Siapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara dua rahangnya dan apa yang ada di antara dua kakinya, niscaya aku menjamin sorga baginya. (HR. Bukhari, no. 6474; Tirmidzi, no. 2408; lafazh bagi Bukhari)

Beliau juga menjelaskan bahwa menjaga lidah merupakan keselamatan.

Dari ‘Uqbah bin ‘Aamir, dia berkata: “Aku bertanya, wahai Rasulallah, apakah sebab keselamatan?” Beliau menjawab: “Kuasailah lidahmu, hendaklah rumahmu luas bagimu, dan tangisilah kesalahanmu”. (HR. Tirmidzi, no.2406)

Yaitu janganlah engkau berbicara kecuali dengan perkara yang membawa kebaikanmu, betahlah tinggal di dalam rumah dengan melakukan ketaatan-ketaatan, dan hendaklah engkau menyesali kesalahanmu dengan cara menangis. (Lihat Tuhfatul Ahwadzi Syarh Sunan Tirmidzi)

Imam An-Nawawi rahimahullah (wafat 676 H) berkata: “Ketahuilah, sepantasnya bagi setiap mukallaf (orang yang berakal dan baligh) menjaga lidahnya dari seluruh perkataan, kecuali perkataan yang jelas mash-lahat padanya. Ketika berbicara atau meninggalkannya itu sama mash-lahatnya, maka menurut Sunnah adalah menahan diri darinya. Karena perkataan mubah bisa menyeret kepada perkataan yangharam atau makruh. Bahkan ini banyak atau dominan pada kebiasaan. Sedangkan keselamatan itu tiada bandingannya. Telah diriwayatkan kepada kami di dalam dua Shahih, Al-Bukhari (no. 6475) dan Muslim (no. 47), dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam , beliau bersabda:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam”.

Aku katakan: hadits yang disepakati shahihnya ini merupakan nash yang jelas bahwa sepantasnya seseorang tidak berbicara kecuali jika perkataan itu merupakan kebaikan, yaitu yang nampak mash-lahatnya. Jika dia ragu-ragu tentang timbulnya mash-lahat, maka dia tidak berbicara.

Dan imam Asy-Syafi’i telah berkata: “Jika seseorang menghendaki berbicara, maka sebelum dia berbiacra hendaklah berfiikir, jika nampak jelas mash-lahatnya dia berbicara, dan jika dia ragu-ragu, maka dia tidak berbicara sampai jelas mash-lahatnya”. *)*)[Al-Adzkaar, 2/713-714, karya imam An-Nawawi, tahqiiq dan takhriij syaikh Salim Al-Hilaali, penerbit Dar Ibni Hazm, cet. 2, th. 1425 H / 2004 M]

Selain itu bahwa lidah merupakan alat yang mengungkapkan isi hati. Jika anda ingin mengetahui isi hati seseorang, maka perhatikanlah gerakan lidahnya, isi pembicaraannya, hal itu akan memberitahukan isi hatinya, baik orang tersebut mau atau enggan.

Diriwayatkan bahwa Yahya bin Mu’adz berkata: “Hati itu seperti periuk yang mendidih dengan isinya, sedangkan lidah itu adalah gayungnya. Maka perhatikanlah seseorang ketika berbicara, karena sesungguhnya lidahnya itu akan mengambilkan untukmu apa yang ada di dalam hatinya, manis, pahit, tawar, asin, dan lainnya. Pengambilan lidahnya akan menjelaskan kepadamu rasa hatinya”. *)*)[Hilyatul Au'iyaa', 10/63, dinukil dari Aafaatul Lisaan fii Dhauil Kitab was Sunnah, hlm, 159, karya Dr. Sa'id bin 'Ali bin Wahf Al-Qahthani]

PERKATAAN PARA SALAF TENTANG HIFZHUL LISAN

Sesungguhnya para Salaf dahulu biasa menjaga dan menghisab lidahnya dengan baik. Dan diriwayatkan dari mereka perkataan-perkataan yang bagus berkaitan dengan lidah dan pembicaraan. Kami sampaikan di sini sebagiannya agar kita dapat memetik manfaat darinya.

Diriwayatkan bahwa ‘Umar bin Al-Khaththab berkata: “Barangsiapa banyak pembicaraannya, banyak pula tergelincirnya. Dan barangsiapa banyak tergelincirnya, banyak pula dosanya. Dan barangsiapa banyak dosa-dosanya, neraka lebih pantas baginya”. *)*)[Riwayat Al-Qudhai di dalam Musnad Asy-Syihab, no. 374; Ibnu Hibban di dalam Raudhatul 'Uqala', hlm. 44. Dinukil dari Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, juz: 1, hlm: 339, karya Imam Ibnu Rojab, dengan penelitian Syu’aib Al-Arnauth dan Ibrohim Bajis; penerbit Ar-Risalah; cet: 5; th: 1414 H/ 1994 M]

Diriwayatkan bahwa Ibnu Mas’ud pernah bersumpah dengan nama Allah, lalu mengatakan: “Tidak ada di muka bumi ini sesuatu yang lebih pantas terhadap lamanya penjara daripada lidah!” *)*)[Riwayat Ibnu Hibban di dalam Raudhatul 'Uqala', hlm. 48. Dinukil dari Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, juz: 1, hlm. 340]

Diriwayatkan bahwa Ibnu Mas’ud berkata: “Jauhilah fudhuulul kalam (pembicaraan yang melebihi keperluan). Cukup bagi seseorang berbicara yang menyampaikan kebutuhannya”. *)*)[Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, juz: 1, hlm. 339]

Syaqiq mengatakan: “‘Abdullah bin Mas’ud bertalbiyah di atas bukit Shofa, kemudian mengatakan: “Wahai lidah, katakanlah kebaikan niscaya engkau mendapatkan keberuntungan, diamlah niscaya engkau selamat, sebelum engaku menyesal”. Orang-orang bertanya: “Wahai Abu ‘Abdurrahman, ini adalah suatu perkataan yang engkau ucapkan sendiri, atau engkau dengar|?” Dia menjawab|: “Tidak, bahkan aku telah mendengar Rasulallah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Mayoritas kesalahan anak Adam adalah pada lidahnya. (HR. Thabarani, Ibnu ‘Asakir, dan lainnya. Lihat Silsilah Ash-Shahihah, no. 534)

Diriwayatkan bahwa Ibnu Buraidah mengatakan: “Aku melihat Ibnu ‘Abbas memegangi lidahnya sambil berkata “Celaka engkau, katakanlah kebaikan, engkau mendapatkan keberuntungan. Dimalah dari keburukan, niscaya engkau selamat. Jika tidak, ketahuilah bahwa engaku akan menyesal”. *)*)[Aafatul lisaan, hlm. 161]

Diriwayatkan bahwa An-Nakhai berkata: “Manusia binasa pada fudhuulul maal (harta yang melebihi kebutuhan) dan fudhuulul kalam”. *)*)[Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, juz: 1, hlm. 339]

Diriwayatkan bahwa ada seseorang yang bermimpi bertemu dengan seorang ‘alim besar. Kemudian orang ‘alim itu ditanya tentang keadaannya, dia menjawab: “Aku diperiksa tentang satu kalimat yang dahulu aku ucapkan. Yaitu aku dahulu pernah mengatakan “Manusia sangat membutuhkan hujan!” Aku ditanya: “Tahukah engkau tahu bahwa Aku (Allah) lebih mengetahui terhadap mash-lahat hamba-hambaKu?” *)*)[Aafatul lisaan, hlm. 160-161]

Diriwayatkan bahwa seorang Salaf mengatakan: “Seorang mukmin itu menyedikitkan omongan dan memperbanyak amalan. Adapun orang munafik, dia memperbanyak omongan dan menyedikitkan amalan”.

Diriwayatkan bahwa seorang Salaf mengatakan: “Selama aku belum berbicara dengan satu kalimat, maka aku manguasainya. Namun jika aku telah mengucapkannya, maka kalimat itu menguasaiku”.

Diriwayatkan bahwa seorang Salaf mengatakan: “Diam adalah ibadah tanpa kelelahan, keindahan tanpa perhiasan, kewibawaan tanpa kekuasaan, anda tidak perlu beralasan karenanya, dan dengannya aibmu tertutupi”. *)*)[Lihat Hashaaidul Alsun, hlm. 175-176]

Kesimpulannya adalah bahwa kita diperintahkan berbicara yang baik, dan diam dari keburukan. Jika berbicara hendaklah sesuai dengan keperluannya. Wallahul Musta’an.

MASHAADIR:

1- Aafaatul Lisaan fii Dhauil Kitab was Sunnah, karya Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani
2- Al-Adzkaar, karya imam An-Nawawi, tahqiiq dan takhriij syaikh Salim Al-Hilaali, penerbit Dar Ibni Hazm, cet. 2, th. 1425 H / 2004 M
3- Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, karya Imam Ibnu Rojab, dengan penelitian Syu’aib Al-Arnauth dan Ibrohim Bajis; penerbit Ar-Risalah; cet: 5; th: 1414 H/ 1994 M)
4- Hashaaidul Alsun, karya syaikh Husain Al-’Awaisyah, penerbit. Darul Hijrah. Dan lain-lain.

Artikel oleh www.salafiyunpad.wordpress.com.

02 November 2009

Ku Ingin Raih Syurga Bersamamu...



Memakai jilbab, untuk saat ini dan di negara ini, bukanlah berarti sebuah pengilmuan akan agama. Dulu aku pernah beranggapan bahwa seorang yang memakai jilbab adalah orang yang akan berusaha mempertahankan jilbabnya disebabkan proses pemakaian jilbab itu sendiri membutuhkan pergulatan di hati yang membuncah-buncah dan penuh derai air mata. Tapi sayangnya, makin bertambah usiaku, maka berubah pula anggapan itu disebabkan berbagai kenyataan yang kutemui.

Aku baru menyadari ada sebagian wanita yang menggunakan jilbab hanya karena sekedar disuruh atau diwajibkan oleh orang tua, tempat belajar atau tempatnya bekerja. Jika telah keluar dari ‘aturan’ itu, maka lepas pula jilbab yang menutupi kepalanya. Mungkin karena itulah kain-kain itu tidak menutup secara benar kepala dan dada mereka.

Sebagian lagi, memakai jilbab karena pada saat itu, jilbab terasa pas untuk dipakai dan lebih menimbulkan kesan ‘gaya’ dan kereligiusan agama. Apalagi jika diberi pernak-pernik di sana-sini. Jilbab yang seharusnya menutup keindahan wanita tersebut malah justru menambah keindahan itu sendiri. Ditambah lagi kesan agamis yang terasa nyaman di hati.

Aku juga pernah berpikir dan bertanya-tanya, bahwa orang-orang memakai cadar dan berjilbab lebar apakah tidak kepanasan dengan seluruh atributnya? Apakah tidak repot jika hendak keluar dimana mereka harus memakai seluruh kain panjang tersebut? Mulai dari baju, jilbab yang lebar, masih harus ditambah memakai kaus kaki! Ah! Dan di balik jilbab itu, ternyata masih ada jilbab lagi! Dan… apakah mereka bisa melihat dari balik cadar yang menutup matanya?

Untuk yang satu ini, waktu tidak cukup untuk menjawab semua pertanyaan itu. Karena butuh pengetahuan lain yang merasuk ke dalam hati untuk mendapatkan jawabannya. Pengetahuan akan indahnya Islam dengan segala pengaturan yang diberikan oleh Allah. Pengetahuan akan surga yang begitu indah dan damai dengan segala kenikmatannya. Pengetahuan bahwa surga tidak akan tercium oleh wanita yang mengumbar-umbar aurat di depan khalayak. Pengetahuan bahwa penghuni neraka yang paling banyak adalah wanita. Ternyata kerepotan itu bukanlah kerepotan, melainkan sebuah usaha. Usaha dari seorang wanita muslimah untuk menggapai surga-Nya. Untuk bersanding dengan suaminya ditemani dengan bidadari cantik lainnya. Panas dari jilbab itu bukanlah rasa panas yang menyesakkan pikiran dan dada. Akan tetapi hanya sepercik penguji jiwa yang dapat meluruhkan dosa-dosa kecil dari seorang insan wanita. Bukankah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan bahwa setiap kesusahan yang dialami muslim merupakan peluruh bagi dosa-dosanya.

Maka… hatiku kini pedih… Ketika kemarin melihat saudariku yang lain, seiring dengan berjalannya waktu, kini telah membuka jilbabnya. Sempat kutanyakan, “Di mana jilbabnya?”

Ia menjawab, “Tidak sempat kupakai.”

Aih… waktu kutanyakan itu, memang pada saat dimana orang-orang sibuk menyelamatkan dirinya dikarenakan bencana alam. Aku hanya terdiam mendengar jawaban itu. Ah… mungkin karena sangat terkejutnya sehingga tidak sempat berbalik lagi untuk mengambil jilbab.

Tapi hari ini… kutemukan dia sudah menanggalkan jilbabnya. Bahkan tak tersisa sedikitpun jejak bahwa ia pernah memakai jilbab. Kini ia telah bercelana pendek dengan pakaian yang pendek pula. Sesak rasanya dada ini. Tetapi belum ada daya dari diriku untuk bertanya lagi tentang sebuah kain yang menutupi kepala dan dadanya. Masih tersisa di benakku, jika seseorang yang menggunakan jilbab melepas jilbabnya… maka habislah sudah… karena perenungan dan pergulatan hati itu kini telah dikalahkan oleh hawa nafsu. Perenungan yang pernah mendapatkan kemenangan dengan dikenakannya jilbab itu kini justru bahkan tak mau diingat. Hanya kepada Allah-lah aku mengadu dan memohonkan hidayah itu agar tetap ada bersamaku dan kembali ditunjukkan kepadanya.

Saudariku… kuingin meraih surga bersamamu. Maka, saat ini aku hanya bisa berdoa. Semoga kita bertemu di surga kelak…

01 November 2009

HATiKU MILIKMU YA RABBI



Puas sudah ku cari kebahagiaan disisi teman…
Ku dapat hanya kelalaian...
Ku cari lagi dihati seorang kekasih...
Ku dapat hanya kekecewaan...
Dan ku terus mencari...
dalam meniti hari penuh kekosongan...

Oh dimana lagi harusku mencari???
Membawa sekeping hati yang sarat kerinduan...
Rindu yang tiada haluan...
Aku keliru sendiri apa yang ku cari...
Apa yang ku perlukan...
Aku masih tak bisa mengerti...
Yang pasti kekosongan hati ini minta diisi...

Sejenak ku tersedar...
Aku mencari cinta yang agung...
Buat jiwaku yang merindukan hakikat kebenaran...
Cahaya yang membelah kegelapan...
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan...

Ku sedar...
Destinasi pencarianku disini...
Ku mencarimu Tuhan...
Mengharap keredhaan...
Menagih kebahagiaan...
Dari sinar cahaya iman...


Discover the beauty of islam...
And u will found…
That it is the most interesting & WONDERFUL THINGS TO LEARN
Islam is the ways of lifes…

…PROUD TO BE MUSLIM…

Siapakah Kita???

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada dibumi dan dilangit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat – ayat Quran, Hadith dan cerita – cerita kebaikan namun merasa tidak apa – apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering berasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al – Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah – olah ia mempunyai kerajaan seperti Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata ”Inna lillahi wainna ilaihi rajiun”. Lalu sambil berkata ” Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini”,sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang – orang yang sedang bersendiri lalu mengingat kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa – dosanya lalu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan kenikmatan yang ada sentiasa menumpuk – numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap – siap untuk hari kematiannya kerana di dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria – ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang mau dalam hidupnya dalah orang – orang yang sentiasa mempertingkatkan ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan solat, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal – amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang – orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Manusia, Malaikat & Syaitan!!!

Manusia: "Eh dah subuh dah?"
Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.."
Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz"

Manusia: "Nak makan, laparlah"
Malaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... "
Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"

Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat"
Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!"

Manusia: "Alamak, dah lewat!"
Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.."
Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh? Suruh si X, punchkanlah"

Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."
Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan"
Syaitan: "Baru pukul berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"

Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok ni, berdosa..."
Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan
Mengetahui!”
Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie."

Manusia: "Saudaraku sedang melakukan dosa"
Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah ia.."
Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh"

Manusia: "Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain".
Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.."
Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2..pandai2lah?

Manusia: "Aku telah berdosa.."
Malaikat: "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun... "
Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla
Haha…)”

Manusia: "Kalau pergi disko, mesti seronok!"
Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan
Itu”
Syaitan: "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh"

Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee"
Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu solat
Itu…”
Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan
Mimipilah) untukmu…’’

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan:

Manusia: "Patutke aku biarkan risalah ini dalam simpananku?"
Malaikat: "Ingatkan kawan yang anda kenal. Sebarkan mesej ini"
Syaitan: "Tak payahlah sibuk2, kubur lain2