AURAT DAN MATLAMAT (BAHAGIAN I)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan keluarga baginda...
Satu ketika dahulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononya sebaik sahaja mengambil wudhuk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus. Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.
Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau pakaian yang hanya layak dipakai oleh adiknya yang berumur 10 tahun. Iaitu berbaju senteng dan berseluar singkat.
Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah didada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat wanita Islam?
Allah SWT berfirman :"Dan katakanlah kepada perempuan - perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak - anak mereka, atau anak - anak tiri mereka, atau saudara - saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan - perempuan Islam, atau hamba - hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak - kanak TERJEMAHAN "Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang tersembunyi dan perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang - orang yang beriman, supaya kamu berjaya" (Surah An - Nur : 31)
Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Didalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zulhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu, Damsyik : Dar al-Fikr, halaman 579)
Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang pelu ditutup oleh wanita, namun mereka telah bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah WAJIB! Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut :-
a) Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan
b) Pakaian yang LONGGAR
c) Pakaian yang TIDAK JARANG
d) BUKAN pakaian yang menarik perhatian (PAKAIAN SYUHRAH)
e) Tidak menyerupai pakaian LELAKI atau pakaian orang KAFIR!
f) Tidak berTABARRUJ
03 September 2010
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 7:30 AM 0 comments
Labels: Bersama Muslimah
06 March 2010
Untuk Isteri... Renungkanlah~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW seta keluarga dan para sahabatnya...
Assalamualaikum wbt...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia...
Suami yang menikahi kamu...
Tidalah semulia Muhammmad SAW...
Tidaklah setaqwa Ibrahim...
Pun tidak setabah Ayyub...
Atau pun segagah Musa...
Apalagi setampan Yusuf...
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita - cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama...
Suami menjadi pelindung...
Kamu penghuninya...
Suami adalah nakhoda kapal, kamu pelayarnya...
Suami bagaikan balita yang nakal, kamu adalah penuntun kenakalannya...
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya...
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya...
Seandainya suami berkata - kata yang lancang, sabarlah memperingatkannya...
Pernikahan atau perkajwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa...
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT...
Kerana memiliki suami yang tidak segagah mana...
Justeru kamu akan tersentak daripada alpa...
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga...
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara...
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...
Amin...
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 5:55 AM 0 comments
Labels: Bersama Muslimah
22 February 2010
Lembaran Hidup Wanita Solehah...
Assalamualaikum wbt...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW...
Mampukah aku menjadi seperti SITI KHADIJAH?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah...
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah...
Penawar hati kekasih Allah...
Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah kudidik jiwa seperti SITI AISHAH?
Isteri Rasulullah yang bijak...
Pendorong kesusahan dan penderitaan...
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Menakir air mataku...
Melihat pengorbanan puteri solehah SITI FATIMAH...
Akur dalam setiap perintah...
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang...
Tiada memiliki harta dunia...
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah...
Inginku intip serpihan sabar...
Dari catatan hidup SITI SARAH...
Tabah jiwaku...
Setabah umi Nabi Ismail...
Menggendong bayinya yang masih merah...
Mencari air penghilang dahaga...
Diterik pasir merah...
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah...
Pengharapannya hanya pada Allah...
Itulah wanita SITI HAJAR...
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman...
Bersinar indah, harum tersebar...
Bagai wanginya pusara MASYITAH...
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 6:14 AM 0 comments
Labels: Bersama Muslimah
01 November 2009
Keluhan Seorang Lelaki untuk Wanita
Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa. Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman?? Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari dari tulang rusuk kami?? Jika kau berakal pasti kau kasihankan kami… Kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu, serlahkan auratmu, jarangkan kainmu, bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu… Kenapa??? Tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH S.W.T. disebabkan perbuatanmu itu…adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki? Sedarkah dikau ayahu, adik lelakimu, dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? Yang bakal diazab dengan azab yang pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu… kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati, dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta. Maafkan kami andai kau rasakan kami yang bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari Rasulullah S.A.W…andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH S.W.T., sesungguhnya ALLAH S.W.T. maha pengampun lagi maha mengasihani, siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH S.W.T. yang kian hilang di akhir zaman ini…Sedarlah wahai wanita…engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang… Sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah engkau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi… sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH S.W.T…. NAUZUBILLAH…
Nasihatku untukmu…
Bentuklah dirimu mengikut acuan islam…
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah…
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH S.W.T. sepanjang masa…
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yang kau bicarakan…
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki…
Hiasilah dirimi dengan Ai-Quran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM…
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 1:01 AM 0 comments
Labels: Bersama Muslimah


