BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Respons + Ability =

Showing posts with label Rintihan Hati. Show all posts
Showing posts with label Rintihan Hati. Show all posts

02 January 2012

MENUJU GERBANG 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda...

Assalamualaikum wbt... Selamat Tahun Baru Masihi 2012... ^_^

Bagaimana sambutan tahun baru masihi anda? Saya percaya anda pasti memilih untuk menyambutnya sebagai sambutan tahunan yang susah untuk dilupakan... Mungkin join sambutan Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam? atau di Karnival Mahabbah IKIM.FM? atau Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati? atau bersama family dengan melakukan pesta ibadah di baiti jannati? Sambutan tahun baru masihi tidak wajib disambut pun... Tapi kini, banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan badan - badan NGO untuk mengelakkan sambutan tahun baru masihi setiap tahun dipenuhi dengan aktiviti yang maksiat dan lagha... Alhamdulillah... Mari bersyukur kerana masih terdapat insan - insan yang prihatin di Malaysia ini...

Ya Allah sesungguhnya kami sayangkan negara kami, kami sayangkan negeri kami, kami sayangkan bangsa kami... Pandanglah kami dengan pandangan kasih sayang dan belas kasihan... Peliharalah kami semua dari bala bencana dan mala petaka Ya Allah... Selamatkanlah kami daripada siksaan kubur dan azab api nerakaMu Ya Allah... Jika kami terleka atau kami tersesat kembalikanlah kami kepada fitrah kejadian kami di muka bumi ini Ya Allah... Sesungguhnya kami ini hambaMu yang hina dina, jahil. bodoh, sombong lagi zalim...



Alhamdulillah... Allah beri peluang kepada saya untuk menghadirkan diri dan mengisi ambang tahun baru di Karnival Mahabbah IKIMFM, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur... Dalam perancangan, saya sepatutnya menjadi fasilitator di program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati tetapi disebabkan beberapa kekangan jadi saya terpaksa membatalkan niat tersebut dan menukar plan sambutan tahun baru kali ini...

Seawal jam 1.00 petang kami tiba di Masjid Wilayah Persekutuan (awal ke?) untuk menunaikan Solat Zuhur secara berjemaah... Dan berhasrat untuk mendengar ceramah Prof Dr. Muhaya pada jam 2.00 petang... ^_^


Seusai Solat Zuhur secara berjemaah kami (saya dan kakak, Nurul Aida Mastura) bergegas ke tapak karnival untuk mendengar ceramah daripada Prof Dr. Muhaya... Prof Dr. Muhaya dan Kak Siti Ruhani Surani dah bersiap sedia di pentas untuk memulakan slot Islam Itu Indah dan tajuk yang dibawakan kali ini adalah MENCORAK KEHIDUPAN... Kerusi yang disediakan pon penuh~ Kami terpaksa duduk di bawah... =.=' Duduk bawah pon ok jugak, asal dapat dengar ceramah Prof Dr Muhaya kan?



Muqaddimah yang menarik! Prof Dr Muhaya kata Umar Al Khatab memasang niat ketika bersama dengan isterinya adalah untuk? MELAHIRKAN ANAK - ANAK YANG SOLEH DAN BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA~ Amin Ya Rabb...

Prof Dr Muhaya menekankah tentang tujuan hidup kita didunia... DARI MANA kita datang, KENAPA kita dijadikan, KE MANA hala tuju kehidupan kita... Saya lihat kali ini Prof Dr Muhaya bukan seperti dia yang saya lihat dalam ceramahnya sebelum - sebelum ini... Dia sangat tegas dan menegaskan setiap kata - katanya dengan sungguh - sungguh...

'Orang yang bercakap dari hati maka tempat jatuhnya adalah... ... ... HATI'

Berkata lagi beliau tentang corak kehidupan seorang manusia... Beliau menyarankan agar kita semua menulis SKRIP KEHIDUPAN... Yang menceritakan bagaimana kita mahu jalan hidup dan pengakhiran hidup kita... Kitalah penulis skrip, kitalah pelakon dan kitalah pengarahnya!

Sentiasalah muhasabah diri, koreksi diri... Selalu melihat kekurangan diri sebelum tengok, komen dan tegur kekurangan orang lain... Kalau berhasrat nak ubah orang lain, ubah lah diri kita sendiri dahulu ye... :)

Haaa... apa beza MELAYU YANG ISLAM dan ISLAM YANG MELAYU? Siapa pandai??? Teka - teka... Ok! antara agama dan keturunan yang mana yang DAHULU? faham tak soalan saya ni?

Semasa ibu kita melahirkan kita, sah - sah la kita mengikut keturunan keluarga kita iaitu MELAYU... Dan orang melayu ni pastinya beragama ISLAM... Tapi masih ada orang melayu yang islam yang tidak mengamalkan islam sebagai the way of life... So sad!!! itulah MELAYU YANG ISLAM...

Berbeza pula dengan orang ISLAM YANG MELAYU... Agama Islam ini adalah untuk semua umat manusia tidak kira keturunan apa sekali pun... Konsepnya sama seperti diatas, kita yang memang dilahirkan dalam keturunan Melayu yang beragama Islam... Tapi bezanya adalah ---> Agama didahulukan, adat keturunan di'second' kan... erk?! Orang yang mengamalkan Islam sebagai the way of life yang berketurunan Melayu...
Umat Islam adalah bersaudara... ---> Assalamualaikum wahai saudara2ku!!! ^_^

Seterusnya, depa (Prof Dr Muhaya & Kak Siti) dok cakap pasal perkahwinan... so, Prof keluaqkan ayat power ni ---> anda mahukan WEDDING PLANNER atau MARRIAGE PLANNER? Baekkkk saya pilih marriage planner!!! Prof kata kita perlu bagitau kat orang DENGAN BANGGANYA yang anak saya/saya menerima pinangan lelaki yang soleh dengan hantaran RM1000~ (ni contoh ayat untuk si dara ye...) toksah dok pilih hak yang glamer, yang encem, yang kete besaq ja... Sebab tu semua kan dunia semata... Rugi aihhh orang yang merancang kehidupan dunia sahaja... Nak tau dok 3 RAHSIA KEJAYAAN?

1) FOKUS DAN POSITIVE...
2) PEKAK KAN TELINGA DENGAN TOHMAHAN DAN KRITIKAN X MEMBINA DARI ORANG LAIN...
3) 'PLAN YOUR WORK & WORK YOUR PLAN'...

Selain itu, Prof bawakan kisah benar seorang Specialist yang berjaya didalam bidangnya... Rahsia kejayaannya adalah SOLAT DHUHA 8 RAKAAT SETIAP HARI! Subhanallah... InsyaAllah, sahabat - sahabat boleh amalkan kalau nak berjaya! Jia yo~ (disebut chaiyok)

Tahu tak apa itu PENCEN KUBUR?
1) ANAK YANG SOLEH - penekanan yang lebih kepada pencen ini~
2) SEDEKAH JARIAH
3) ILMU YANG BERMANFAAT

Kenapa kita perlu membuang undi setiap hari? atau membuat pilihanraya setiap hari? Undi siapa?

IMAN VS NAFSU?
PAHALA ATAU DOSA?

Last sekali sebelum tidur senaraikan journal kesyukuran anda... Apa yang anda telah lakukan hari ini dan apa niat anda esok... Kalau ikutkan nota saya, banyakkkkkkk sangat mutiara dari Prof Dr Muhaya... Tapiii... saya tulis isi - isi penting dan key note je, ada yang saya lupa dan x pandai nak hurai... (=.=') maaf ye~

--- --- --- --- --- --- --- ---

Selepas selesai slot Prof Dr Muhaya kami bergegas ke gerai yang menjual buku hasil tulisan beliau iaitu CELIK MATA DAN JIWA~ Baru belek - belek, tak habis baca lagi... ^_^

Pastu, perut kami dan berbunyi - bunyi minta diisi... Hmmm... nak mamam apa ni? Jalan - jalan di gerai nampak blouse cantik!!! (Hilang jap rasa lapar tengok baju... ^,^) kami beli empat helai je... (@_@) ramai orang datang... Alhamdulillah...



Berjalan - jalan cari makan lagi... Nak makan nasi atau mee sup tak de tempat duduk kosong plak... So, kami beli pau dan ice blended cappucino dan CHOCOLATE! dekat kedai ni...



Kami bersantap di tangga masjid... sweet je... hehe... Selepas Solat Asar kami bercadang untuk mencari makanan di luar kawasan sebab makan pau tak kenyang lorrr... ^_^

Selepas Solat Asar berpusing - pusing sekitar area masjid, Arkid Negara dan LHDN... Sehingga ke hartamas... adehhh... sik ada kedai makan ka??? Kami shoot ke Segambut, cari kedai makan...Alhamdulillah jumpa... Selesai makan balik semula ke masjid untuk Solat Maghrib berjemaah...

'Indahnya kehidupan begini' - kata hatiku...

Berkira - kira untuk membersihkan diri selepas Solat maghrib tapi ada Qasidah Selawat ke atas Rasulullah SAW... sayang nak tinggalkan majlis... Walaupun kami tak tahu nak ikut sebab sepatutnya jemaah dipandu dengan slide tapi disebabkan masalah teknikal slide tidak dapat berfungsi... :'(

Videonya tidak dapat dipaparkan atas sebab player dari laptop Cik Nurul Aida berbeza dengan player di laptop saya... InsyaAllah nanti dah convert saya kongsikan ye...

Selepas Isya' barulah kami berpeluang untuk membersihkan diri... Haishhh... Konsert Apresiasi dah nak start ni... Nasib baik tak ramai orang... :)

Melangkah ke Dewan Serbaguna... Subhanallah... ramai sangatttttt orang... Kerusi penuh... yang duduk bawah pon ramaiiii...


Majlis dipengerusikan oleh DJ Faiz dan DJ Siti Ruhani Surani dan diserikan dengan persembahan artis - artis nasyid iaitu Voices of Ummi, Saujana, Mohram, Hafiz Hamidun, Rahmat Ekamatra dan selingan sajak, puisi serta montaj video yang menarik...




Inilah sebahagian gambar - gambar yang sempat kami ambil... Malam Apresiasi diakhiri dengan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW oleh para munsyeed... Malam Apresiasi ini juga adalah kemuncak sambutan 10 tahun IKIMFM sebagai radio Islam pertama di Malaysia... Alhamdulillah... saya juga mula mengenali IKIMFM pada tahun 2006, dan sering menjadi peneman di kala malam hari... Program berakhir lebih kurang jam 11.45 pm... 

Lokasi tidur kami di 'hotel' Dewan Solat Muslimat... Ramai juga yang tidur di masjid untuk sama - sama menanti detik qiam... Satu fenomena dan suasana yang menarik... Tunggu punya tunggu mata x mau lelap... Awat nih? Bising bunyi dentuman fireworks!!! grrr... Sabar je la... Hidup di bumi bertuah Malaysia dimana terdapat pelbagai kaum dan sambutan tahun baru mereka adalah dengan dentuman fireworks dan masih ada lagi umat Islam yang join sambutan sebegitu... haiyo0... 

Seawal jam 2.45 am kami bangun dan bersiap - siap untuk qiam secara berjemaah... Jam 4.00 am barulah bermula qiam secara berjemaah dengan 8 rakaat Solat Tahajud, 2 rakaat Solat Hajat serta 3 rakaat Solat Witir... Syahdu dan sayu... Teringat kenangan sambutan tahun baru pada tahun lalu iaitu di Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati... Tetapi... Situasi dan perasaannya berbeza... Sesungguhnya saya kecewa dengan diri saya pada pagi itu... Kenapa? biar saya dan Allah sahaja yang tahu... 

Selepas Solat Subuh berjemaah kami mendengar sebentar Kuliah Subuh... Tersengguk - sengguk mengantuk saya mendengar... Bila kakak ajak balik saya cakap nanti dulu habiskan dengar ceramah... (Padahal mata mengantuk, at least! saya terrrrtidur dalam majlis yang diberkati ---> Majlis Ilmu)

Nak tengok pemandangan di Masjid Wilayah selepas subuh? Syahdu... Segar... Cantikkkkk... Allahuakbar!



Sekian dahulu untuk episod menuju gerbang ... bukan gerbang perkahwinan! gerbang 2012~ Semoga amalan, usaha, kejayaan dapat dipertingkatkan lagi... Buka buku baru, tapi jangan tinggalkan buku lama... Sebab buku lama tu adalah kenangan, pengalaman dan panduan untuk kita...



Ilal liqo'... ma'as salamah... Assalamualaikum wbt... Semoga Allah beri kesempatan lagi untuk bertemu di alam maya berkongsi kasih dan berkongsi rasa dengan anda semua... 

08 February 2011

TERIMALAH TAUBATKU!



Tuhan terimalah taubatku yang tidak sempurna
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya
Tapi apakan daya
Ini yang kumampu
mempersembahkannya kepada-Mu...

Telah kucuba sepenuh hati
Tapi masih tidak mampu sempurna
Aku harap dengan rahmat-Mu
Terimalah jua taubatku
Aku tetap tidak jemu
Kuteruskan walau tidak meningkat
Aku tetap istiqomah...



Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya...

Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku...



Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya...

Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku...

06 September 2010

SIAPAKAH SAYA DIMATA MEREKA???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...

Kita sering kali memikirkan apa pandangan orang lain terhadap kita?
Apa yang mereka sedang fikirkan tentang kita pada pertemuan pertama?
Bagaimanakah penerimaan mereka dengan sikap dan akhlak kita?

Apa yang sedang mereka fikirkan???
Apa yang sedang mereka fikirkan???
Apa yang sedang mereka fikirkan???

Kalaulah... Kalaulah saya memiliki kelebihan untuk membaca fikiran manusia...
Kalaulah... Kalaulah saya memiliki kelebihan untuk menyelami hati mereka...
Tapi saya tak mampu...

Saya sangat takut...
Takut jika ada diantara mereka yang terasa hati dengan saya...

Saya sangat risau...
Risau jika mereka tak mahu berkawan dengan saya lagi...

Saya sangat sedih...
Sedih jika kehadiran saya tidak diperlukan lagi...

Setiap kali menerima pesanan dari mereka... Seolah - olah pesanan itu mengejek saya... mungkin saja itu perasaan saya...

Sedangkan saya tahu mereka sentiasa memberikan sokongan kepada saya...

Mengapa ya?
Mengapa perasaan ini hadir???

Mengapa ya?
Mengapa saya rasa bersalah kepada mereka???
Mengapa saya rasa saya tidak diperlukan lagi???
Mengapa saya rasa saya ini banyak menyusahkan mereka???

Sahabat...
Maafkan saya jika saya keliru...
Maafkan saya jika saya tersalah menafsir...
Maafkan saya jika saya berburuk sangka...

Sahabat...
Matlamat kita sama...
Destinasi kita juga sama...
Kita berpegang pada aqidah yang sama...
Kita sama - sama berada di jalan dakwah...
Kita sama - sama bangkit dengan tujuan yang sama...
Kita sama - sama mahu menegakkan agama Allah dimuka bumi...

Wahai hati...
Mengapa tiba - tiba beputus asa?
Mengapa tiba - tiba rasa terabai?

Ya Allah, kuatkan kami agar sentiasa berada di jalanMu...
Ya Allah, sesungguhnya jalan mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis...
Ya Allah, cekalkan hati kami agar sabar menempuhi dugaanMu...

Sesekali dongaklah ke langit, supaya kita tidak lupa bahawa di SANA ada Allah SWT yang sentiasa mengatur perkara yang terbaik untuk kita...
Pabila terasa lemah, pandanglah sekeliling kita... Ketahuilah Allah SWT telah berikan apa yang mampu untuk kita tanggung sesuai dengan keupayaan yang kita ada...
Setiap orang diberi nikmat ujian mwngikut kemampuan masing - masing...
Bersyukurlah kerana kita adalah insan terpilih yang menerima tarbiyah langsung dari Allah SWT...
Bukankah itu tandanya Allah SWT sayang kepadamu???

Allah mengujimu dengan kekayaan kerana Allah melantikmu untuk menjadi perantaraNya...
Allah mengujimu dengan kemiskinan kerana Allah mahu kau berusaha dan bertawakkal sepenuhnya kepadaNya...
Allah timpakan ujian terhadapmu kerana Allah ingin menguji tahap keimananmu seterusnya Allah ingin kau dekat denganNya...
Allah kurniakan nikmat kesihatan dan kesakitan kerana Allah ingin kau fahami erti syukur...
Allah jadikan langit dan bumi... siang dan malam... kerana apa???
kerana Allah mahu kau berfikir tentang kekuasaaNya...

Wallahu'alam...

2:09am - 7 September 2010

17 July 2010

WANITA... AKAL SENIPIS RAMBUTNYA...





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta keluarga baginda...

Jangankan lelaki biasa, nabi sendiri pun terasa sunyi tanpa wanita...
Tanpa mereka, hati dan perasaan lelaki akan resah...
Masih mencari walau ada segalanya...
Apa yang tiada di dalam syurga???
Namun Adam tetap rindukan Hawa...
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri dan puteri...

Dijadikan wanita daripada lubang yang bengkok...
Untuk diluruskan oleh lelaki...
Tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus...
Mana mungkin kayu yang bengkik akan menghasilkan bayang yang lurus!!!

Luruskanlah wanita...
Dengan jalan yang di tunjukkan oleh Allah SWT...
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah SWT...
Didiklah mereka dengan panduan dariNya...
Janganlah menjinakkan mereka dengan harta...
Kerana nantinya mereka akan semakin liar...
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan...
Kerana nantinya mereka akan semakin derita...
Yang sementara itu tidak akan kekal lama...
Kenalkan mereka kepada Allah SWT, zat yang kekal...
Disitulah punca bagi kekuatan dunia!!!

"Akal senipis rambutnya"...
Tebalkanlah ia dengan ilmu...
Hatinya serapuh kaca...
Kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera...
Hiasilah dengan akhlak...
Suburkanlah ia kerana disitulah...
Nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan..

Bisikkan ke telinga mereka...
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan...
Ia bukan diskriminasi Tuhan...
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan...
Wanita yang lupa pada hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus...
Bahkan semakin membengkok...
Itulah akibatnya, andai wanita tidak kenal Tuhannya...
Bila wanita menjadi durhaka,
Pasti dunia lelaki menjadi huru hara...

Lelaki Pula...
Janganlah mengharapkan ketaatan semata - mata
Tapi binalah kepimpinan...
Pastian sebelum memimpin wanita ke jalan ilahi...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segalanya dibawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan iseri semulia FATIMAH AZ ZAHRA...
Andai peribadimu tidak sehebat ALI KARAMULLAHI WAJHAH...

22 February 2010

Dalam Sujud Terakhirku...



Assalamualaikum wbt...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW...

Sama - sama kita hayati bait - bait puisi indah ini...
Semoga pembaca mendapat manfaat...

Dalam sujud terakhirku, Ya Allah...
Kuteriakkan Asma-Mu sekeras - kerasnya...
Agar runtuh dinding kesombingan dalam hatiku...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
Kumenangis sejadi - jadinya...
Biar kering air mata ini...
Namun basah ladang hati yang gersang...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman...
Kulihat semua dosa membayangiku...
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim...
Biarkan aku patah dalam cahayaMu..
biar kumusnahkan titik - titik kemunafikanku...
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu...

Dalam sujud terakhirku...
Biarkan aku hirup nafasku sekali lagi...
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta...

29 December 2009

Hamba Allah & Solat Dhuha...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...

Alhamdulillah masih diberi kekuatan dan masa untuk mencoretkan sesuatu di atas kanvas blog ini...

Ana diberi ilham untuk mencoretkan sebuah kisah yang sudah beberapa hari bermukim di akal fikiran... Alhamdulillah semoga coretan kali ini memberi manfaat dan iktibar kepada pembaca semua...

-------------------------------------------------------------------------------------

Sejak dari kecil aku mendapat pendidikan agama yang biasa - biasa sahaja dari kedua ibu bapaku... Walaupun ibuku merupakan bekas pelajar sekolah agama yang terkemuka di negara ini... Bapaku juga boleh dikategorikan sebagai pelajar pintar di sekolahnya tetapi kerana tiada pengawasan yang sempurna dari ibu bapanya maka dia membawa haluannya sendiri dan mengambil keputusan untuk bekerja tanpa pengetahuan ibu bapa semasa usianya menjangkau 15 tahun...

Alhamdulillah aku merupakan anak yang mendengar kata ibu bapa dan juga guru... Aku tidak pernah bersungguh - sungguh ketika belajar... yang hanya ku tahu adalah, aku perlu bersekolah seperti mana kakak = kakak dan abangku... Aku tidak berminat dengan mata pelajaran yang diajar guru apatah lagi mata pelajaran Agama Islam... Aku hanya sekadar menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru tanpa ada rasa minat atau teruja... Ketika usiaku 9 tahun aku ditampar guru dihadapan rakan - rakan kerana gagal menghafal surah Al Kafirun... Aku tidak mengenal erti malu ketika itu...

Ibu bapaku hanya mengajarkan aku tentang perkara - perkara yang wajib dilakukan oleh orang islam... Kerana tiada paksaan dan kejahilan tentang agama kami lalai dalam melakukan ibadah wajib, kami adik beradik jarang melakukan solat kecuali jika disuruh atau terasa rajin untuk solat... Pada usiaku 10 tahun, kami sekeluarga berpindah ke pantai timur dan ketika usiaku menjangkau 12 tahun... ~Darjah 6~ Kali kedua dalam hidupku aku akan menghadapi sebuah peperiksaan besar kali pertama ketika darjah 3 iaitu Peperiksaan PTS dan kali ini ialah UPSR...

Menjelang pertengahan tahun... pihak sekolah mewajibkan semua pelajar Darjah 6 menunaikan Solat Sunat Dhuha pada jam 10 pagi di surau sekolah... Aku bermonolog sendiri "Solat Sunat Dhuha??? solat ape tu???" disebabkan malu untuk bertanyakan pada ustazah... aku hanya akur dengan perkara yang telah diwajibkan... ku sangkakan Solat Sunat Dhuha sama seperti solat - solat fardhu yang lain, maka aku hanya mengikut apa yang dibacakan oleh imam... Aku tidak tahu apa itu Solat Sunat Dhuha... Aku tidak tahu apa itu khusyuk dalam solat... Hari demi hari berlalu, aku masih seperti itu... melakukan Solat Sunat Dhuha tanpa 'menghadirkan diri' dalam solatku sehinggalah aku menghadapi peperiksaan UPSR tersebut... Alhamdulillah keputusan ku tetap baik walaupun tidak cemerlang seperti rakan - rakan lain...

Melangkah ke usia remaja...
Melangkah ke alam persekolahan peringkat atas... Sekolah Menegah...
Kami sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur...
Aku masih seperti aku yang dulu... masih leka... masih lalai dalam mengerjakan ibadah...

Pada usiaku 17 tahun...
Kami sekeluarga berpindah semula ke Pantai Timur atas alasan tertentu... Aku bersekolah disekolah yang tertua di daerah itu... pada tahun itu sekali lagi aku akan menghadapi peperiksaan besar dalam hidupku... Peperiksaan yang bakal menentukan masa depanku... iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Namun...aku masih aku yang dulu... masih tiada perubahan... masih ditakuk lama... masih hamba yang jahil...

Sekali lagi ustazah mengarahkan supaya semua pelajar menunaikan Solat Sunat Dhuha... dan seperti biasa aku hanya menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang murid iaitu patuh pada arahan guru... Aku tidak pernah mendalami dan mencari maklumat lanjut tentang Solat Sunat Dhuha apatah lagi ilmu agama yang lain... malah kadang2 aku dan rakan - rakan mempersendakannya... Astaghfirullahalazim...

Hari berganti hari... Bulan berganti bulan...

Akhirnya tiba pada hari sejarahku...
Hari pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
Keputusanku agak mengecewakan ku... Cukup lengkap dari abjad A hingga D...
Tetapi bukan Alhamdulillah yang terpacul di bibirku... sebaliknya kata - kata kesat kerana menyesal dengan usahaku yang tidak bersungguh - sungguh...

Walaupun keputusanku tidak seperti pelajar lain tetapi Alhamdulillah berkat usaha ibuku... aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA di pantai timur...
beberapa tahun aku menimba ilmu disana... aku menemui sesuatu yang amat berharga dalam hidupku... ~HIDAYAH~ itulah anugerah dari Allah S.W.T yang tidak semua hambaNya dapat... hanya hamba - hamba yang terpilih sahaja dikurniakan hidayah...

Dan kini aku terus mencari... siapakah aku yang sebenarnya??? Apakah matlamat hidupku??? Apa yang sebenarnya aku cari dalam hidup ini???

Ya Allah aku mohon padaMu... kekalkanlah aku dalam agamaMu... Sesungguhnya aku bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat iman dan juga islam...

Dan kini aku semakin mengerti tentang sunnah melakukan Solat Sunat Dhuha serta kaitannya dalam kehidupan sehari - hari...

Semoga suatu hari nanti aku benar - benar menjadi hamba Allah yang solehah...
Sentiasa bersedia dan rela berkorban demi agamaku yang tercinta...
Aku malu mengenagkan dosa - dosa ku yang lalu...

Sungguh aku malu padaMu Ya Allah...

-------------------------------------------------------------------------------------

Kembali
Far East

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan...

-------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah...
Sekian sahaja coretanku pada kali ini...

Assalamualaikum...

25 December 2009

Tolong Beritahu Si Dia...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya...

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan - angan...
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa...
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga...
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar besar kepada keluarganya...

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

Tolong pesan pada si dia, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
Tolong pesan pada si dia, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya...
Tolong pesan pada si dia, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita - citanya...
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku...

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...
Tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia...

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia...

Moga seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

03 December 2009

Surat Cinta Untuk Mak...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan & kekuatan untuk melapangkan masa untuk blog yang serba kekurangan ini... Apa yang akan saya paparkan ini mungkin ada yang sudah sedia maklum atau ada juga yang masih belum berpeluang membacanya... tetapi walau beribu kali saya baca air mata ini tidak jemu - jemu menitis... semoga pembaca semua mengambil iktibar dari kisah seorang hamba Allah ini...

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan...
Sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
Itulah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggalkan anak2 mak... nak tinggal kan dunia dana ni...

Mak macam dah sedia...
seminggu sebelum tu... mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih... kakak pun rasa hairan...
mak tak pernah buat gitu... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa siaran radio tu siaran siam...
kengkadang siaran indonesia... mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu digunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2...
pastu mak jemur karpet - karpet...
pastu mak ubah sofa ke tempat lain... mak biarkan ruang tu kosong...
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
paling menarik sekali mak bagitau kat mane sume duit dan barang kemas mak...
ada kat dalam almari...
ada kat dalam beg...
ada dalam ASB...
ada kat Tabung Haji...
mak kata tak berapa cukup lagi...
ada kat dalam gulung tikar...
masa tu mak perasan tak...???
kita gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
kita kata mak ni memang pesen lama laa...
mak cuma gelak jer...
emmm... bahagianya saat ituuu...

Mak...
Hari tu hari sabtu 18/8/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut...
bila malam tu kita sampai dari KL... mak dah dalam kesakitan...
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
mak tetap tak mau p hospital...
dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital...
tapi kita berkeras juga pujuk...
nanti di hospital ada doktor... ada ubat untuk mak...
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju... mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu...
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak yang makin teruk...
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit...
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...

Mak... ampunkan kami semua...
kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
ampunkan kami yer mak...

Mak...
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itulah pertama dan terakhir kali mak naik kerete kita...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya je... cukup ke duit..
kita jawab pula... kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak aje...
Lepas tu bila kereta kita sampai... mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kita masih ingat lagi... bila kita eksiden terlanggar keling naik motor...
Punya la kita takut... kita warning kat kakak jangan sesekali bagitau kat mak...
Bila balik sahaja kampong... kita cepat - cepat simpan kereta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek... mak tanya kenapa...?
Selamba je kita jawab terlanggar pokok bunga...
Mak tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak... kita menipu mak kan... ampun kan kita...

Mak...
Jam 4.30 pagi 19/8/2006
Bila tiba aje kat hospital... nurse tengah balut mak dengan kain putih...
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kan... kan...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita memandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasaan...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ni...
jalan di depan terasa makin kelam...
air mata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa - apa terjadi dijalan itu kita rela...
Namun Alhamdulillah akhirnya kita sampai juga...
di sebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lengang... kosong...
sekosong hati ini...

Mak... Kita masih ingat lagi...
Kita baca Al Quran kat tepi mak, temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandikan...
Anak2 mak yang pangku mak masa mandi...
Mak mesti rasa betapa lembutnya kami menggosok seluruh tubuh mak...
kita gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak??
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita... Dia kata "dik jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." Bila makcik kata gitu... lagi laaa laju airmata ni... tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak... sampai takat ini surat yang kita tulis... kita nangis ni... Ni kat dalam bilik... baru pukul 4.00 pagi...takder orang pon yang bangun lagi... kita dengar lagu 'anak soleh' kita sedih... kita rindu kat mak...! Takpa la... nanti bila kita selesai sembahyang subuh kita yaasin untuk mak... Mak tunggu ya...

Mak...
sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
semua anak2 mak mengelilingi mak... menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah2 senyum je...
mak rasa tak... masa tu kita sentuh dahi mak...
kita rasa sejukkkk sangat dahi mak...
kita tak mampu nak cium mak... kita tak terdaya...
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kita tak boleh tahan...
Mak mesti ingatkan anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kita suruh tok iman bacakan doa sebab kita sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik...
badan akak terasa panas.... mak... anak mak yang sorang tu demam...

Mak tau...
cuma akak sorang je anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...

Mak...
hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
begitu terasa kehilangan mak... boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ni berendam air mata...
Dan sampai satu tahap... masa malam jumaat selepas maghrib...
selepas kita yaasin dengan kawan - kawan...
entah bila kita keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kita tenung tersa semakin sayu... tangisan tak dapat dibendung...
Mak tau... kta cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
kita rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak...
anak mak ni dah tak betul kan??
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong...
kita cakap dengan kakak... kita nangis lagi... puas la kakak memujuk kita...
Akak kata..."tak baik laa nangis... doa je lah untuk mak... nanti kalau gini aje mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga menangis... Agaknya mak nampak adegan itu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumah... mengharap sedekah dari anak - anaknya...
Mak tau tak... di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat... menusuk - nusuk sehingga begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma... hanya sedekah al fatihah kita berikan...

Mak cukuplah sampai sini dulu...
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kita bawak mak naik motor kan...
kali ni kita jalan kaki dengan kawan plak... esok kita nak tulis surat kat ayah plak...
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kita bagitau... simpan je buat kenangan...
kita cuma tau alamat ni aje... Takpe ye mak... kita kasi orang lain baca...
kita stop dulu... sebab kawan kita dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE U SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai kita masuk sekolah... sampai masuk universiti...
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas...

Sekian terima kasih,

Yang Benar,
Anak mak yang dah tak degil...

08 November 2009

Bicara Kalbu...

Kasih Sayang & Cinta…


ISLAM adalah agama fitrah. Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan Allah kepada manusia. Adalah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah cinta yang digunakan pada hari ini.

Apabila Adam diciptakan dan diciptakan pula Hawa di sisinya, maka ketika Adam bertanya kepada Hawa, "Siapa kamu? Jawab wanita itu, Aku Hawa dan aku dijadikan untukmu, supaya engkau rasa tenang terhadapku." Adam dicipta dalam syurga yang serba lengkap dan sempurna, tetapi tetap memerlukan seorang wanita sebagai pelengkap kehidupannya.

Kesimpulannya, cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)

Persoalan yang dilontarkan ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya jika istilah cinta itu dikupas. Menurut kamus kehidupan muda mudi hari ini, cinta itu membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya sebarang hubungan kekeluargaan (halal nikah) dan kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama, menghubungi satu sama lain sama ada melalui perbualan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan sebagainya.

Apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan bercinta sebelum berumah tangga.

Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.

Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama empat tahun, selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.


Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat.

Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya muhrim.

sumber2 banyak diperolehi daripada iluvislam.com

01 November 2009

HATiKU MILIKMU YA RABBI



Puas sudah ku cari kebahagiaan disisi teman…
Ku dapat hanya kelalaian...
Ku cari lagi dihati seorang kekasih...
Ku dapat hanya kekecewaan...
Dan ku terus mencari...
dalam meniti hari penuh kekosongan...

Oh dimana lagi harusku mencari???
Membawa sekeping hati yang sarat kerinduan...
Rindu yang tiada haluan...
Aku keliru sendiri apa yang ku cari...
Apa yang ku perlukan...
Aku masih tak bisa mengerti...
Yang pasti kekosongan hati ini minta diisi...

Sejenak ku tersedar...
Aku mencari cinta yang agung...
Buat jiwaku yang merindukan hakikat kebenaran...
Cahaya yang membelah kegelapan...
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan...

Ku sedar...
Destinasi pencarianku disini...
Ku mencarimu Tuhan...
Mengharap keredhaan...
Menagih kebahagiaan...
Dari sinar cahaya iman...


Discover the beauty of islam...
And u will found…
That it is the most interesting & WONDERFUL THINGS TO LEARN
Islam is the ways of lifes…

…PROUD TO BE MUSLIM…