BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Respons + Ability =

Showing posts with label Sirah Dan Bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label Sirah Dan Bulan Islam. Show all posts

20 December 2011

NABI ADAM A.S DAN HAWA DI KELUARKAN DARI SYURGA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia, kekasih dan kesayanganku Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... wa syukurillah...

Setiap kali memikirkan nikmat yang Allah beri pada diri ini, rasa sebak dan kerdil tapi tidak dapat diterjemahkan dengan air mata... Mengapa ya? Allah... bilakah kali terakhir aku menangis keranaMu?

Ya Allah jangan bekukan air mataku... Aku belum puas menangis kerana dosa - dosaku yang lalu... Belum puas aku menangis atas nikmat yang tidak henti - henti kau beri kepadaku...

Sesungguhnya aku ini hambaMu yang hina, bodoh, sombong, jahil lagi zalim... Maka Kau bimbinglah, tuntunlah hati ini Ya Allah... agar selalu dekat denganMu, berada di jalanMu...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terus sahaja ke tajuk utama yang ingin dikongsikan iaitu Nabi Adam.as dan Hawa dikeluarkan dari syurga...

Iblis berjaya memperdaya Nabi Adam a.s dan Hawa. Inilah kejayaan pertama iblis dalam usaha memperdayakan manusia sebagai satu dendam untuk membinasakan Nabi Adam a.s dan keturunan baginda.

Setelah Nabi Adam a.s dan Hawa memakan buah tersebut , mereka mendapati bahawa keadaan sekeliling mereka telah berubah. Kebahagiaan dan kenikmatan syurga yang mereka miliki selama ini telah hilang sekelip mata. Pakaian mereka tertanggal dan menampakkan aurat sehingga mereka mencari daun - daun kayu untuk menutup tubuh mereka.

Pada masa itu, sedarlah Nabi Adama.s dan Hawa bahawa mereka telah melanggar perintah Allah SWT dengan memakan buah larangan tersebut.Mereka lupa bahawa Iblis dan syaitan merupakan musuh manusia yang sentiasa mencari jalan menyesatkan mereka.

Allah SWT berfirman ;


"Bukankah telah Aku larang kamu memakan buah itu dan Aku katakan juga kepada kamu bahawa syaitan itu musuh kamu!"

Namun, semua itu adalah ujian Allah Yang Maha Agung untuk menguji sejauhmana manusia dapat menggunakan kuasa yang diberi dan kebijaksanaan memilih antara perkara yang baik dan buruk. Apabila segala seseorang manusia itumemilih jalan yang baik bererti dia telah mentaati segala perintah Allah SWT tetapi sebaliknya jika manusia itu memilih jalan yang salah sesungguhnya dia menderhakai Allah SWT.

Banyak hikmah yang dapat diambil daripada peristiwa tersebut. Ia sebagai suatu dalil yang nyata tentang pertentangan antara kebaikan dengan kejahatan. Orang - orang yang beriman akan melakukan perbuatan yang diredhai Allah manakala mereka yang kafir sentiasa mengingkari perintah Allah SWT.

Daripada Abu Said Al Khudri r.a katanya;


"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Iblis berkata kepada Tuhannya: 'Demi keperkasaanMu & keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada didalam jasad mereka'. Allah menjawab 'Demi keperkasaanKu & keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepadaKu'"

Apa yang berlaku kepada Nabi Adam a.s dan Hawa memberi satu pengajaran betapa WAJIB mendahului ketundukan dan kepatuhan terhadap apa sahaja perintah dan ketetapan Allag SWT walaupun sesuatu peraaturan itu tidak terjangkau oleh aqal fikiran manusia. Akibat melanggar peraturan, seorang hamba akan mendapat hukuman atau balasan di atas segala perbuatan yang dilakukannya.

~Wallahu a'alam~

Ilal liqo'... Semoga berjumpa lagi di perkongsian yang akan datang... Semoga anda semua berbahagia dalam jagaanNya~

28 November 2011

NABI ADAM A.S DAN HAWA DI DALAM SYURGA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah wa syukurillah... Atas ihsanNya bernafas lagi hari ini... Di tahun hijrah yang baru 1433H! Membawa semangat baru, membuka lembaran baru, buku baru & hati yang sentiasa perlu diperbaharui... Tahun baru ni habis semua nak baru ye... :)

Semoga tahun baru ini juga membawa sinar baru untuk kita... Perbaharuilah niat kita SETIAP HARI, niat mahu menjadi orang yang lebih baik daripada hari - hari yang lepas... Ubahlah perspektif kita daripada negative kepada yang positive... Bilamana kita mencari kebaikan maka kebaikanlah yang akan kita nampak dan akan kita jumpa...

**********************************************************************************

Terus kepada tajuk kita iaitu : Nabi Adam a.s Dan Hawa di Dalam Syurga~

Nabi Adam a.s dan Hawa menikmati kehidupan di syurga dengan penuh kebahagiaan dan kenikmatan. Mereka berdua bebas melakukan apa sahaja kecuali memakan buah dari pokok khuldi. Larangan Allah ini mempunyai maksud yang tersirat dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Namun, Nabi Adam a.s sebagai manusia yang memiliki sifat lupa, mudah sekali diperdaya oleh Iblis. Iblis yang telah bersumpah untuk memperdaya manusia sebelum pengusirannya dari syurga Allah menghasut Hawa agar memujuk Nabi Adam a.s memakan buah tersebut. Iblis mengatakan bahawa memakan buah tersebut, mereka akan kekal di syurga dan akan memiliki segala keistimewaan dan kenikmatan yang ada di dalam syurga buat selama - lamanya.

Sebagai manusia yang lemah, Hawa telah berjaya diperdaya oleh Iblis. Hawa membisikkan kata - kata pujukan agar Nabi Adam. a.s memakan buah khuldi itu dengan alasan bahawa perbuatan itu bukannya satu kejahatan kerana semua yang ada didalam syurga dicipta buat mereka.

Setelah mendengar kata - kata Hawa, Nabi Adam .as berfikir seketika tentang kebenaran kata - kata itu. Akhirnya baginda terpengaruh dengan pujukan Hawa sehingga lupa dengan janji Tuhan;

"Sesungguhnya engkau tidak akan lapar dan tidak pula bertelanjang. Sesungguhnya engkau tidak akan merasa dahaga di dalamnya dan tidak pula kepanasan."

**********************************************************************************

Wahai diri yang bersifat lupa, bodoh, sombong, jahil lagi zalim! Tidakkah kau mengambil iktibar dari kisah - kisah umat yang terdahulu? Bergeraklah mengikut aturan Allah... Nescaya bahagia menantimu 'disana'...

Wa ilal liqo' ma'assalamah~

Assalamualaikum wbt~

11 November 2011

'KELAHIRAN' DAN KELAHIRAN HAWA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda...

Assalamualaikum wbt...

Segala pujian itu tertentu bagi Allah yang memerintah sekalian alam, segala pujian itu tertentu bagi Allah yang memerintah sekalian alam, sebagai pujian orang yang memuji, pujian orang berzikir, pujian orang yang bersyukur, sebagai pujian orang yang menyempurnakan nikmatnya dan menolak azabnya dan menjamin pertambahannya. Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah sebagai pujian sebagaimana yang layakbagi kemuliaan zatMu dan kebesaran pemerintahanMu...

'KELAHIRAN'



Alhamdulillah, semalam adalah hari kelahiranku 10.11.11... Atas ihsanNya saya bernafas lagi sehingga ke hari ini... Terima kasih Ya Allah... Dulu pernah saya berdoa dan bertanya 'Ya Allah bagaimana lagi harusku lakukan untuk mengucapkan rasa syukurku padaMu?' Malu pada Allah... Nikmat yang Allah kurniakan pada kita tidak terkira banyaknya... Samada kita taat atau tidak pada perintahNya, Dia tetap beri... Baiknya Allah pada hamba2Nya... Tapi kita buta mata hati, tidak dapat melihat setiap perkara sebagai nikmat, taqdir dan tarbiyah dariNya... Allah... Ampuni dosa - dosa kami Ya Allah... Kami leka, lalai dan alpa!  Setiap hari Allah mengajar kita dalam kita sedar atau tidak, setiap perkara yang berlaku ke atas diri kita dari sekecil - kecil perkara sehinggalah kepada perkara yang besar... Ya Allah kurniakan kami kefahaman untuk membaca alam... Baca dan hayaaatilah kewujudan alam ini... Tetapi ada perkara - perkara yang sangat 'seni' dan rahsia, tidak tercapai dek aqal fikiran manusia yang terbatas ini... Selagi anda mampu membaca dan meghayaaati alam ini, singkaplah rahsianya dan ambillah iktibar darinya serta muhasabah diri...

Tiada sambutan yang hebat, cukup sekadar doa ikhlas dari keluarga dan sahabat - sahabat... Itu sudah memadai buatku... Alhamdulillah ramai yang mendoakan kesejahteraanku... Walaupun ada yang tidak ku kenali di laman facebook tapi... sesungguhnya umat Islam itu bersaudara~ Macehhhhh... ^_^

Hari ini 11.11.11, ramai yang memperkatakan tentangnya... Yang paling saya ingat adalah birthday sahabat saya iaitu Cik Intan Farhana Idris... Birthday kami dekat2 sebab tu kami saling ingat mengingati birthday masing - masing...



Selain itu, ramai yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ini... Alhamdulillah, sempurnalah separuh daripada imanmu saudara - saudaraku... Tahniah buat kalian!

~FUTURE~


Semoga sakinah, mawaddah dan rahmah mengiringi perjalanan hidup kalian sebagai pasangan merpati dua sejoli dan semoga berkekalan hingga ke syurga~

Di musim - musim kelahiran ini saya bawakan kesinambungan daripada entri sebelum ini mengenai Nabi Adam a.s iaitu Kelahiran Hawa~

KELAHIRAN HAWA

Nabi Adam a.s mengahbiskan masanya di dalam syurga dengan berzikir dan bertasbih memuji Allah SWT diatas segala kurniaanNya kepada baginda.

Pada suatu hari, apabila Nabi Adam a.s bangun daripada tidur, didapatinya satu makhluk yang kejadiaanya sama seperti baginda dengan sedikit perbezaan, berada di sisi baginda. Makhluk yang belum dikenali itu memandang baginda dengan penuh kasih sayang dan sopan.



"Siapakah engkau? Dari manakah engkau datang?" Tanya Nabi Adam a.s.

"Aku datang dari dirimu! Allah Taala mencipta aku daripada engkau ketika engkau tidur! Aku Hawa" Jelas Hawa.


Apabila melihat makhluk yang lemah lembut itu, timbul rasa sayang dalam hati Nabi Adam a.s. Tambahan pula Hawa memang diciptakan sebagai teman baginda agar baginda tidak hidup seorang diri. Nabi Adam a.s menyenangi kehadiran Hawa dan tidak putus - putus memuji Allah SWT di atas kuniaanNya yang begitu berharga sebagai pasangan baginda di dalam syurga~

08 October 2011

ALLAH SWT MEMERINTAH PARA MALAIKAT SUJUD KEPADA NABI ADAM A.S

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam buat junjungan mulia NabiMuhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...

Salam'alaik...

Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk berkongsi dgn sahabat2... Hari dah makin lewat tapi mata ni degil jgk... Sebenarnya dari minggu lepas lagi nak update blog tapi ade je halangan atau boleh dikategorikan sebagai ITU CUMA ALASAN! hehe... Sejak dikurniakan kelebihan rezeki untuk mempunyai laptop baru (wink~wink) sepatutnya saya lebih rajin untuk update blog... kalau facebook tu rajin sangattttttt update status... hehe...

What ever it is, saya tetap rindu untuk update blog saya... Saya nakkkkk sangat cerita pengalaman saya setiap hari, tapi kadang2 apa yang berlaku dalam kehidupan kita sehari - hari sangat kompleks (bukan kompleks beli belah atau kompleks sukan!) untuk diungkapkan dengan kata- kata...  

Terus kita kepada tajuk utama iaitu tentang penciptaan Nabi Adam a.s... Selamat Mengembara!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah SWT mengangkat kedudukan Nabi Adam a.s di martabat yang mulia berbanding malaikat. Justeru Allah SWT menyuruh para malaikat agar sujud kepada baginda sebagai satu penghormatan buat baginda.

Sebagai makhluk yang mentaati segala perintah Tuhan, para malaikat segera sujud kepada Nabi Adam a.s apabila mengetahui kedudukan baginda yang begitu mulia disisi Allah SWT.

Namun perintah sujud ini bukan bermaksud untuk menyembah Nabi Adam a.s akan tetapi sebagai tanda ketaatan dan ketundukan kepada perintah Allah SWT dan jugasebagai perakuan bahawa Nabi Adam a.s lebih mulia daripada mereka disisi Allah SWT. Semua malaikat menrut perintah Allah SWT melainkan iblis yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Nabi Adam a.s kerana mereka dicipta daripada api sedangkan NabiAdam a.s dicipta daripada tanah.

Keingkaran tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s telah meletakkan mereka dalam golongan orang yang takbur dan sombong. Sikap iblis menjadi perumpamaan kepada orang - orang kafir yang melakukan maksiat. Allah SWT berfirman :

"Maka sujudlah semua malaikat kecuali iblis. Dia menyombongkan diri dan dia adalah golongan orang kafir".

(Surah Al Baqarah : 34)

Kemudian Allah SWTbertanya kepada iblis yang bermaksud :

"Apakah yang menghalang engkau untuk sujud kepada apa yang telah Aku ciptakan dengan tanganKu sendiri? Apakah kerana ketakburan engkau atau engkau merasakan bahawa engaku lebih mulia?" Tanya Allah SWT.

"AKu lebih baik daripada Adam itu! Engkaumenciptakan aku daripada api sedangkan Adam Engkau ciptakan daripada Tanah!" jawab iblis.

Nyatalah kesombongan sehingga sanggup menderhakai Allah SWT. Akibatnya, iblis telah diusir dari syurga Allah. Namun iblis memohon kepada Tuhan agaria dipanjangkan umur dan bersumpah untuk menggoda dan memperdaya keturunan Nabi Adam a.s yang lemah iman.

Kisah iblis dan Nabi Adam a.s ini merupakan satu contoh kepada manusia untuk memilih antara kebaikan dan Nabi Adam a.s sebagai kebaikan untuk diikuti oleh manusia.

Tanggungjawab yang diberi oleh Allah SWT kepada Nabi Adam a.s menyedarkan baginda bahawa baginda akan memikul satu amanah besar diatas muka bumi sebagai pemimpin manusia. Baginda tahu bahawa segala ilmu yang diajarkan Allah SWT kepada baginda merupakan persiapan untuk baginda menunaikan amanah tersebut. Nabi Adam a.s dengan penuh ketundukan seorang hamba menerima amanah tersebut. Baginda memuji kebesaran dan keagungan Allah SWT yang berkuasa ke atas setiap yang berlaku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga bertemu dilain siaran... Ilal Liqo'... Salam'alaik~

24 September 2011

ALLAH SWT MENGAJAR NABI ADAM A.S BEBERAPA NAMA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...

Assalamualaikum wbt... Salam 1 Aqidah...

Alhamdulillah... Allah masih beri kesempatan pada kita untuk hirup udara dunia, untuk perbaiki amalan, mencuci dosa, buat pahala sebanyak2nyaaa, menyampaikan dakwah, berbakti kepada kedua orang tua dan masyarakat serta berukhuwah... Banyak lagi perkara tersirat yang tidak kita ketahui mengapa Allah hidupkan kita hari ini, esok dan hari seterusnya... Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan SEDAR... InsyaAllah...

Terus kepada tajuk utama Allah SWT mengajar Nabi Adam a.s beberapa nama... MENARIK! untuk diketahui, dibaca dan dikongsi... :)

**********************************************************************************

Allah SWT menempatkan Nabi Adam a.s didalam syurga. Allah SWT juga mengajar Nabi Adam a.s nama setiap benda yang terdapat didalam syurga, jenis makhluk ciptaanNya serta hakikat penciptaNya.

Segala ilmu yang diajar oleh Allah SWT secara langsung ini meliputi pelbagai jenis ilmu seperti kemahiran membuat anyaman daun - daun dan menggunakan pancaindera dalam mengenal sesuatu. Kurniaan Allah SWT terhadap Nabi Adam a.s lebih mulia berbanding mereka. Dalam Al-Quran Allah SWT menceritakan kebolehan Nabi Adam a.s melalui firmanNya;

"Ceritakanlah kepadaKu nama - nama benda ini, jika engkau memang benar!" (Surah Al - Baqarah : 31)

Para malaikat tercengang - cengang dan mereka hanya memandang setiap benda tersebut tanpa menjawabnya.

"Maha Suci Engkau Ya Allah! Kami tidak mengetahui melainkan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana!" (Surah Al - Baqarah : 32)

Apabila Allah SWT memeritahkan para malaikat menyebut nama setiap benda tersebut, mereka tidak mengetahuinya berbanding dengan Nabi Adam a.s yang dapat menjawab persoalan tersebut sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Keistimewaan Nabi Adam a.s tentang semua benda mengatasi pengetahuan malaikat merupakan dalil bahawa Allah SWT mengangkat kedudukan Nabi Adam a.s sebagai manusia.

Firman Allah SWT :

"Bukankah telah aku katakan kepada kamu bahawa Aku lebih mengetahui perkara yang ghaib di langit dan di bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan" (Surah Al Baqarah : 33)


**********************************************************************************


Semoga Allah pertemukan kita lagi dilain siaran... InsyaAllah... Ilal Liqo'... Salam'alaik... :)

06 September 2011

PENCIPTAAN NABI ADAM A.S

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...

Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri buat sahabat2 semua... Kullu 'am waantum bikhair... Sekarang ni, orang duk pulun buat puasa 6... Puasa sunat yang setahun sekali kita dapat buat... 
Teruskan sahabat... Teruskan buat amal ibadah sebanyak2nya...

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri saya nak mengajak sahabat2 menyingkap kembali sejarah kejadian manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S.

********************************************************************************
Allah Taala mencipta segala kejadian di alam ini. Allah Taala Maha Mengetahui segala hakikat kekuasaan penciptaan dan aturan setiap kejadian itu. Ciptaan Allah merangkumi langit yang sangat luas untuk kehidupan semua makhluk.
Allah berfirman kepada para malaikat :

"Sesungguhnya Aku mahu mencipta seorang Khalfah di muka bumi ini"

Pada hakikatnya, para malaikat tidak mengetahui hikmah di sebalik penciptaan manusia. Para malaikat bimbang sekiranya Nabi Adam a.s dan keturunan baginda kelak akan lebih bertaqwa dan taat kepada Allah sehingga nilai ibadah mereka kurang berbanding manusia. Para malaikat mempertikaikan kewujudan manusia yang suka melakukan kejahatan dan kerosakan di muka bumi. Perkara in diajukan kepada Allah melalui firmanNya :

"Mengapa Engkau menjadikan (khalifah) di bumi ini sedangkan mereka adalah orang yang akan melakukan kebinasaan dan menumpahkan darah sedangkan kami sentiasa bertasbih, memuji dan mensucikan Engkau" (Al - Baqarah : 30)

Sesungguhnya Allah sahaja yang mengetahui rahsia disebalik segala ciptaanNya...

"Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (Al - Baqarah : 30)

Setelah mendengar penjelasan Allah, para malaikat meyakini keagungan Allah. Sesungguhnya apa yang ditanyakan itu bukanlah mereka tidak menyetujui penciptaan manusia. Ia juga bukan untuk mencela kekhalifahan Nabi Adam a.s tetapi ia semata - mata untuk menguatkan keyakinan tentang apa yang Allah kehendaki sebagaimana yang telah diwahyukan kepada para malaikat tersebut.

**********************************************************************************

Setakat itu sahaja untuk hari ini... Sebab pagi kian matang, manusia yang normal perlu tidur...

Dimasa yang akan datang, InsyaAllah kita akan menyingkap sejarah ALLAH MENGAJAR NABI ADAM A.S BEBERAPA NAMA dan ALLAH MEMERINTAH PARA MALAIKAT SUJUD KEPADA NABI ADAM A.S


Semoga kita bertemu lagi dialam maya... Ilal Liqo'... Salam'alaik~



04 June 2011

REJAB DAN SYA'ABAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...


Rejab adalah bulan Allah...
Syaaban adalah bulan baginda...
dan Ramadhan pula bulan umatnya...

Rejab dan Syaaban merupakan antara bulan yang cukup istimewa dalam takwim Hijrah. Ketika ini ramai yang berpusu - pusu mengerjakan ibadah malam. Antara tujuannya adalah untuk meraih keredhaan dan rahmat Allah SWT.

Namun sayangnya, ada antara segelintir umat Islam yang kurang arif tentang apa sebenarnya yang membuatkan bulan ketujuh dan kelapan dalam kalendar Islam ini amat istimewa. Menurut Prof Madya Dr. Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, keunikan Rejab terletak pada kejadian Isra' Mikraj yang berlaku pada bulan tersebut. Sementara Syaaban pula sudah tentu pada Nisfu Syaabannya.

"Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab. pada bulan tersebut, Rasulullah SAW kehilangan ramai orang tersayang. Ini menyebabkan baginda berdukacita. Jadi bagi menghilangkan kesedihan di hati nabi, Dia menjemputnya datang berjumpa denganNya. ini membuatkan rasa sedih itu terhenti," terang Prof Madya Dr. Nik Mohd Rosdi.

Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Jibril membawa Rasulullah SAW dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin dan kemudian ke Sidratul Muntaha dengan menunggang Buraq. Hal ini diceritakan menerusi firmanNya dalam Surah Al - Israa' ayat 1 yang bermaksud : "Maha Suci (Tuhan) yang memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang amat jauh (baitul makdis), yang telah Kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat - ayat (tanda - tanda kekuasaan) Kami"

Menyentuh perihal Nisfu Syaaban beliau mengungkapkannya sebagai malam bersejarah. Ini kerana pada malam tersebut, Jibril datangberteu Rasulullah SAW dan menyampaikan sesuatu yang istimewa.

"Jibril berkata kepada Rasulullah SAW bahawa pada malam tersebut sudah dibuka tiga ratus pintu rahmat. Maka Allah mengampuni semua orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, melainkan tukang sihir, tukang tenung, orang yang suka bermusuhan, peminum arak, orang yang melacur dirinya, pemakan harta riba, orang yang derhaka kepada ibu bapa, orang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim. Sesungguhnya mereka tidak akan diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan pekerjaan maksiat itu" terangnya lagi.

Diriwayatkan oleh Bukahri dan Muslim bahawa Aisyah r.a berkata "Aku belum pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali pada Ramadhan dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkan puasa (sunat) dalam satu bulan kecuali pada Syaaban"

Dipetik dari Majalah IluvIslam~

Mari perbanyakkan amalan kita di bulan - bulan terpilih ini sehingga bulan kerinduan semua umat Islam iaitu Ramadhan...

Banyak kelebihan berpuasa ni... Salah satunya adalah menundukkan nafsu...

Nafsu tidak mampu dihapus tapi perlu diurus... Bagaimana? (" ,)

08 August 2010

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta keluarga baginda...

Alhamdulillah kerana masih berkesempatan ditemukan dengan Ramadhan tahun ini... InsyaAllah...

Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayangtelah memberi kesempatan kepada hamba - hambaNya yang dikurniakan umur yang panjang agar terus merasai dan menikmati Ramadhan dengan meranakkan pesta ibadah didalamnya...

Mengapa bulan ini begitu istimewa???

Jika disebut daripada maksud Ramadhan membawa eti panas terik atau kering khususnya tanah. Ramadhan juga menunjukkan panas yang amat ketika seseorang itu kehausan. Manakala menurut pendapat lain menyatakan, Ramadhan adalah bulan yang menghapuskan dosa - dosa dengan perbuatan yang baik. Ibarat matahari yang membakar tanah.

Ramadhan adalah bulan tarbiyah dan juga tazkiyatun nafsi agar manusia kembali kepada fitrah yang suci. Rasullah SAW bersabda :"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan & pengharapan , akan diampunkan dosa - dosanya yang terdahulu" (HR Bukhari & Muslim)

Ibarat bayi yang baru lahir suci dari segala dosa. Begitu jugalah bagi kita sebagai orang yang beriman digalakkan untuk memperbanyakkan amalan - amalan ibadah dan memohon keampunan serta memperbanyakkan muhasabah diri sendiri.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin - jin derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu - pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru "Wahai orang yang mengharapkan kbaikan, terimalah! dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan" (HR At Tirmizi & Ibn Majah)



...Petikan daripada Tabloid ILUVISLAM...

21 December 2009

Muharam...

Bulan Muharam...
Bulan yang menandai datangnya kembali tahun baru hijriyah. Kali ini kita memasuki tahun 1431 Hijriyah. Tentunya ada sejuta harapan dan impian yang memenuhi dada kita dalam menyambut datangnya tahun baru hijriyah ini.

Dengan pergantian waktu setahun, menunjukkan bahawa umur kita bertambah satu tahun, tetapi kesempatan hidup kita di dunia telah berkurang pula satu tahun, yang bererti semakin jauh kita dari kelahiran dan semakin dekat kita kepada kematian. Hasan al-Basri mengumpamakan manusia bagaikan kumpulan hari-hari, setiap hari yang pergi, kita seperti kehilangan bahagian dari diri kita. Apa yang telah pergi tidak akan pernah kembali.

Tahun baru hijriyah mengingatkan kita kepada kejadian spektakular yang pernah terjadi dalam sejarah Islam, iaitu peristiwa “hijrah”. Hijrah secara harfiah ertinya perpindahan dari satu negeri ke negeri lain, dari satu kawasan ke kawasan lain, atau perubahan lokasi dari titik tertentu ke titik yang lain. Mengikut sejarah, hijrah adalah peristiwa keberangkatan nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya dari kota Makkah menuju kota Yathrib, yang kemudian disebut al-Madinah al-Munawwarah.

Ditetapkannya peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah sebagai awal tahun dari penanggalan atau kalender Islam, mengandung beberapa hikmah yang sangat berharga bagi kaum muslimin, diantaranya:

PERTAMA:
Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabatnya dari Makkah ke Madinah merupakan tonggak sejarah yang monumental dan memiliki makna yang sangat bererti bagi setiap muslim, karena hijrah merupakan tonggak kebangkitan Islam yang semula diliputi suasana dan situasi yang tidak kondusif di Makkah menuju suasana yang prospektif di Madinah.

KEDUA:
Hijrah mengandungi semangat perjuangan tanpa putus asa dan rasa optimisme yang tinggi, iaitu semangat berhijrah dari hal-hal yang buruk kepada yang baik, dan hijrah darI hal-hal yang baik ke yang lebih baik. Rasulullah SAW dan para sahabatnya telah melawan rasa sedih dan takut dengan berhijrah, meski harus meninggalkan tanah kelahiran, sanak saudara dan harta benda.

KETIGA:
Hijrah mengandungi semangat persaudaraan, seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW pada saat beliau mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dengan kaum Anshar, bahkan beliau telah membina hubungan baik dengan beberapa kelompok Yahudi yang hidup di Madinah dan sekitarnya.

Dalam konteks sekarang ini, pemaknaan hijrah tentu bukan selalu harus identik dengan meninggalkan kampung halaman seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan kaum Muhajirin, tetapi pemaknaan hijrah lebih kepada nilai-nilai dan semangat berhijrah itu sendiri, kerana hijrah dalam erti seperti ini tidak akan pernah berhenti.

Dalam sebuah riwayat dikisahkan, ada seorang yang mendatangi Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, saya baru saja mengunjungi kaum yang berpendapat bahawa hijrah telah berakhir, Rasulullah SAW bersabda: ”Sesungguhnya hijrah itu tidak ada hentinya, sehingga terhentinya taubat, dan taubat itu tidak ada hentinya sehingga matahari terbit dari sebelah barat (kiamat)”.

Untuk itu, mari kita jadikan makna hijrah dengan semangat menyambut masa yang akan datang dengan penuh harapan, kita yakin bahawa sehabis gelap akan terbit terang, setelah kesusahan akan datang kemudahan dan kita yakin bahawa pagi pasti akan datang walaupun malam terasa begitu lama dan panjang. Kerana roda kehidupan selalu berputar dan tidak mungkin berhenti. Imam Syafi’i pernah berkata:

”Memang sebenarnya zaman itu sungguh menakjubkan, sekali waktu engkau akan mengalami 'keterpurukan', tetapi pada saat yang lain engkau memperoleh kejayaan”.

Mari kita jadikan peralihan tahun sebagai waktu untuk melihat kembali catatan yang mewarnai perjalanan hidup masa lalu, dengan melakukan renungan dan muhasabah (instropeksi) atas apa yang telah kita lakukan. Kita gunakan kesempatan ini untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup di dunia dan akhirat kelak, dengan mencerminkan kepada nilai-nilai dan semangat hijrah dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat, kerana sesungguhnya Allah SWT menjadikan pergantian siang dan malam untuk dijadikan pelajaran dan mengungkapkan rasa syukur, sebagaimana firman-Nya dalam surat al-Furqan ayat 62 :

“Dan Dia (pula) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur. ”

PUASA MUHARRAM

Dalam beberapa hadis, Rasulullah SAW menjelaskan keutamaan puasa pada bulan Muharram. Beliau bersabda:

“Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam”. (HR. Muslim)

Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ’Asyura (tanggal 10 Muharram), maka Beliau bersabda : ”Dapat menghapus (dosa-dosa kecil) satu tahun yang lepas. (HR. Muslim)

“Kalau Aku hidup sampai tahun depan, nescaya aku akan puasa pada tanggal 9 (Muharram). (HR. Muslim)

Untuk itu, mari kita lakukan puasa sunnah pada tanggal 9 & 10 Muharram nanti (minimal pada tanggal 10), sayang sekali jika kita tinggalkan ibadah yang satu ini. Semoga Allah SWT senantiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua, sehingga tahun ini lebih baik daripada tahun lalu. Amin ya robbal ‘alamin…

Wallahu a'lam...
Oleh: Insan Kamil