ANDA BIJAK MENANGANI STRESS PEKERJAAN???
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat bagimda...
Stress... Kita biasa dengar dan SELALU juga mengalami STRESS... Selalu sangat kita dengar orang yang stress selalunya student... STRESS dengan lecturer, dengan assignment, kawan2, KEKASIH? <--- SGT X PATUT!
Bagi orang dewasa yang sudah bekerja, STRESS yang mereka alami kebanyakkannya melibatkan persekitaran di tempat kerja... Ya, saya juga mengalaminya... hmmm... Teringin sangat nak jadi orang bekerja dengan tenang dan cool... x nak marah, x nak cakap perkara yang x baik dan profesional dalam mengatasi masalah... Tapi itu semua JAUHHHHH dari sifat diri... Astaghfirullah... semoga Allah cepat2 beri kesedaran pada kita tatkala SYAITAN membisikkan 'sesuatu' ditelinga...
'Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam'
Mari kita semak punca - punca stress pekerjaan...
PUNCA - PUNCA STRESS PEKERJAAN
~:: Objektif dan struktur organisasi yang kurang jelas ::~
~:: Perkembangan kerjaya, status dan gaji yang tidak memuaskan ::~
~:: Peranan yang berkonflik ::~
~:: Tugas yang membosankan dan tidak bermakna ::~
~:: Kerja yang terlalu banyak atau terlalu sedikit ::~
~:: Waktu bekerja yang terlalu panjang dan tidak anjal ::~
~:: Kurang sokongan daripada rakan sekerja atau pihak atasan ::~
~:: Konflik interpersonal ::~
~:: Konflik di antara tuntutan kerja dan rumah ::~
Haaa... ada tak antara yang tersenarai tu terjadi pada anda? Mesti ada kan? Kalau tak exactly pon mesti ada sipi2... :)
Jom... Ketahui langkah - langkah menangani stress pekerjaan...
LANGKAH - LANGKAH MENANGANI STRESS PEKERJAAN
1) Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
- Menjalinkan tali persahabatan sesama rakan sekerja
- Berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai
2) Pratikkan pemikiran yang rasional dan positif
Pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali
menyebabkan salah faham,. Sekiranya keadaan ini berlaku :
- Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda
- Pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta
- Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih
munasabah
3) Berkomunikasi secara berkesan
- Jadilah pendengar yang baik
- Berkomunikasi secara asertif
- Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas
- Hormati pandangan orang lain
- Gunakan fakta, dan bukannya mengikut perasaan
4) Tangani kritikan dengan baik
- Apabila anda dikritik :
* Bertenang
* Tentukan apa yang anda boleh percaya
- Sekiranya kritikan itu bersifat membina dan benar :
* Terima
* Ambil langkah yang sewajarnya
- DSekiranya kritikan itu tidak benar dan menyinggung perasaan anda :
* Dapatkan lebih maklumat
* Betulkan tanggapan yang salah itu
5) Tangani kemarahan secara berkesan
Tiga langkah yang penting :
- Berhenti :
Akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang
- Berfikir :
Rancang fikiran anda
- Bertindak :
Gunakan daya tindakan yang berkesan
6) Atasi masalah dengan berkesan
Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknik IDEAL :
I = Kena pasti masalah (Identify the problem)
D = Huraikan pilihan yang ada (Describe possible options)
E = Nilaikan akibat setiap pilihan (kelebihan dan kelemahan)
(Evaluate pros and cons)
A = Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik
(Act based on the best possible Action)
L = Belajar dan semak semula (Learn)
Jika anda menganggap sesuatu situasi itu tidak boleh diubah, kendalikan eomsi anda
secara positif dengan berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, berdoa dan
lain - lain.
7) Praktikkan pengurusan masaa yang berkesan
- Akuilah anda hanya ada 24 jam sehari
- Senaraikan tugas - tugas and dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan
- Delegasikan tugas anda secara berkesan
8) Amalkan cara hidup sihat
- Bersenam selalu
- Makan secara sihat
- Tidak merokok
- Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi
- Belajar teknik relaksasi (muzik, meditasi dan lain - lain)
GEJALA STRESS PEKERJAAN
:: Tingkahlaku agresif
:: Penyalahgunaan alkohol dan dadah
:: Sakit kepala atau sakit badan
:: Gelisah dan risau berlebihan
:: Tidak gembira
:: Berasa marah atau geram
:: Merokok berlebihan
:: Berasa tiada harapan
:: Kecewa
:: Kelesuan
:: Cepat marah
:: Tidak dapat membuat keputusan
:: Kurang minat
:: Masalah tidur
:: Kurang motivasi
:: Kurang tumpuan
Kita dah kenalpasti punca dan dah ketahui langkah menanganinya dan juga gejala - gejala stress... Jadi? Semoga menjadi panduan... x mo stress2 lagi ok~
~Wallahu'alam~
11 June 2011
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 11:09 PM 0 comments
Labels: Panduan Dan Pengajaran
07 September 2010
ORANG - ORANG YANG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam je atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabatdan keluarga baginda...
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci” (Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah SAW bersabda,“Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)
3. Orang – orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah. Rasulullah SAW bersabda,“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang – orang) yang berada pada saf – saf terdepan” (Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., hadits ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang – orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang – orang yang menyambung saf – saf” (Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu” (Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Sahih Bukhari no. 782)
6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat. Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)
7. Orang – orang yang melakukan solat subuh dan ‘asar secara berjama’ah. Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat ‘asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat ‘asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat” (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)
9. Orang – orang yang berinfak.Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit" (Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang – orang yang sedang makan sahur” (Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit. Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh”(Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)
12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Wallahu'alam...
*thanx a lot kpd sahabat yg menghantar pesanan ini, moga Allah ganjarkan pahala utkmu kerana telah sudi berkongsi ilmu dengan sy... terima kasih kpd mereka yg sudi membaca... moga bermanfaat... c(^_^)Y
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 9:56 AM 0 comments
Labels: Panduan Dan Pengajaran
18 July 2010
...10 AMALAN YANG TERBALIK...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta keluarga baginda...
Marilah kita muhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang - kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut - ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik :-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dimana Rasulullah SAW telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan & belanja untuk mereka yang datang mmbaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau - kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada orang yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga simatilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan ia menambah pendapatan...
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tidak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik...
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir...
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah sangat malas. Sedangkan sebaik - baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk mengelakkan rasa riak...
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan ksepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan buat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah ini amalan yang terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain...
8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau - kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka diantar ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam... Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM 20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tetapi kepada Tok Guru nak bayar RM 15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat membaca Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa...
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang dan malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk rumah, biasa - biasa saja... Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan / amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh - contoh di atas. Marilah kita sama - sama berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita...
Wallahualam...
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 12:06 AM 0 comments
Labels: Panduan Dan Pengajaran
17 July 2010
SIFAT - SIFAT WAJIB BAGI ALLAH SWT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta keluarga baginda...
1. Wujud Allah itu Ada
2. Qidam Allah itu Sedia (tiada permulaan bagiNya)
3. Baqa’ Allah itu Kekal (tiada pengakhiran bagiNya)
4. Mukhalafa tu lilhawadith Allah itu Berlainan daripada makhlukNya
5. Qiyamuhu binafsihi Allah itu Berdiri Dengan Sendirinya.
6. Wahdaniyat Allah itu Esa
7. Qudrat Allah itu Berkuasa
8. Iradat Allah itu Berkemahuan
9. Ilmu Allah itu Mengetahui
10. Hayat Allah itu Hidup
11. Sama’ Allah itu Dengar
12. Bashar Allah itu Melihat
13. Kalam Allah itu Berkata – Kata
14. Kaunuhu Qadiran Keadaan Allah Yang Berkuasa
15. Kaunuhu Muridan Keadaan Allah Yang Berkemahuan
16. Kaunuhu ‘Aliman Keadaan Allah Yang Mengetahui
17. Kaunuhu Hayyan Keadaan Allah Yang Hidup
18. Kaunuhu Sami’an Keadaan Allah Yang Mendengar
19. Kaunuhu Basiran Keadaan Allah Yang Melihat
20. Kaunuhu Mutakalliman Keadaan Allah Yang Berkata – Kata
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 3:54 AM 0 comments
Labels: Panduan Dan Pengajaran
6 PERKARA ALLAH SWT SEMBUNYIKAN...
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta keluarga baginda...
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dalam bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata :"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?" Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud "Tidak"...
Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT. dan tiap tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail a.s solat maka Allah SWT berfirman yang bermaksud "Wahai Jibrail kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh - sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad, Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam - macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih aku sukai dari solatmu itu. Kerana mereka megerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu"
Kemudian Jibral a.s berkata " Ya Tuhanku, apakah Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jbrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu dia berkata dalam sujud :"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah SWT berfirman yng bermaksud "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..."
Sahabat... marilah sama - sama kita fikirkan... Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :-
1. Allah SWT telah menyembunyikan redhaNya dalam taat...
2. Allah SWT telah menyembunyikan murkaNya dalam maksiat...
3. Allah SWT telah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung dalam Al Quran...
4. Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan...
5. Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima
waktu)
6. Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua
hari
Wallahualam...
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 1:30 AM 0 comments
Labels: Panduan Dan Pengajaran
04 March 2010
Pengurusan Jenazah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW...
Assalamualaikum wbt...
Ingatlah! Sesungguhnya mati akan tiba. Mati ialah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu poses sementara bagi menempuh kehidupan yang abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk tidak akan terlepas dari mati.
Firman Allah SWT yang bermaksud :"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat." (Surah Ali-Imran : 185)
Kematian akan mengejar ke mana sahaja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh. Kita tidak berdaya untuk menghalangnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud :"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun." (Surah A-A'raf: 34)
Apabila matinya anak Adam ketika dia beragama Islam, hendaklah bagi orang yang masih hidup menguruskan mayatnya mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan.
Hukum Mengkafankan Jenazah
Telah diterangkan didalam Hadis, dari Aishah r.a katanya :"Rasulullah SAW (semasa wafatnya)telah dikafankan dalam tiga helai kain putih 'sahuli' dari kapas, tidak mengandungi baju kamis dan tidak juga serban." (HR Bukhari dan Muslim)
Semasa hayat baginda, Rasulullah SAW menerangkan bahawa sebaik-baikpakaian ialah yang berwarna putih (yang melambangkan kebersihan dan kesucian), demikan juga warna kain kafan.
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi SAW bersabda:"Pakailah yang putih dari pakaian kamu, kerana pakaian yang putih adalah sebaik-baik pakaian kamu, dan kafankanlah orang mati dari kalangan kamu dalam kain putih" (HR Bukhari dan Muslim)
Cara Mengkafankan Mayat
Menurut huraian ulama, 'kafan' yang wajib bagi mayat ialah sehelai kain dapat menutup aurat dan membalut tubuhnya.
Boleh digunakan juga sebarang kain yang biasanya dipakai oleh si mati semasa hidup. Akan tetapi yang afdal ialah kain putih seperti yang diterangkan dalam hadis di atas. Kain kafan, sungguhpun yang wajibnya ialah selapis, namun mayat lelaki sunat dikafankan tiga lapisan (tiga potongan kain), tiap - tiap satu dapat menutup seluruh badannya. Dari hujung rambutnya hingga ke hujung kakinya.
Mayat lelaki tidak harus dikafankan dalam kain sutera. Ini adalah kerana haram hukumnya bagi lelaki bagi lelaki memakai kain sutera semasa hidup. Sebakliknya mayat perempuan boleh dikafankan dalam kain sutera kerana ianya halal dipakai oleh orang perempuan. Setengah ulama pua mengatakan makruh hukumnya jika mayat perempuan boleh dikafankan dalam kain sutera kerana perbuatan demikian adalah satu pembaziran. Sepatutnya kain yang mahal lebih layak dipakai oleh orang yang hidup.
Jika sukar mendapat sebarang kain (kerana keadaan darurat). Maka mayat boleh dikafankan dengan sebarang benda yang boleh membalut badanya seperti tikar, daun - daun pokok tanaman dan sebagainya.
Mayat lelaki juga harus dikafankan dalam lima lapis, iaitu tiga lapis tersebut tadi ditambah dengan baju dan serban. Hal demikian merujuk kepada kisah Ibnu Umar r.a yang telah mengkafankan jenazah keluarganya dengan lima lapis termasuk bajudan serban.
Mayat perempuan pula sunat dikafankan dengan lima lapis, iaitu kain yang membalut bahagian badannya; antara pusat dan lututnya; kemudian baju kurung; kemudian telekung yang menutup kepala; kemudian dua lapis kain lebar yang dapat membalut seluruh tubuhnya, dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya. Mayat khunsa dikafankan sedemikian juga.
Mayat kanak - kanak sama hukumnya seperti mayat orang dewasa...
Belanja kain kafan dan lain - lain berhubung dengannya, hendaklah dari si mati. Kalau ia tidak tinggalkan harta, hendaklah ditanggung oleh warisnya. Kalau tiada waris, hendaklah ditanggung oleh Baitulmal. Kalau Baitulmal tidak ada, atau Baitulmal ada tetapi sukar mendapat perbelanjaan, maka belanja mengkafannya ditanggung oleh orang yang mampu di kawasan itu.
Jika si mati itu perempuan yang ada suami dan ia tetap taat (tidak menderhaka atau nusyuz pada suami), maka belanja mengkafannya ditanggung oleh suaminya yang mampu, sekalipun isteri yang mati itu kaya, atau telah diceraikan tapi dalam edah talaq yang boleh dirujuk tetapi ia dalam keadaan mengandung.
Mudah - mudahan jenazah kita nanti dapat dikafankan dengan sempurna dan mendapat rahmat dari Yang Maha Esa... InsyaAllah...
Segala yang baik datang dari Allah SWT dan yang tidak baik datang dari diri saya sendiri...
Wallahua'alam...
Moga semua mendapat manfaat... ^_^
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 7:52 AM 0 comments
Labels: Panduan Dan Pengajaran
25 December 2009
Rahsia Laungan Azan...

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Jika kita lihat yang pertama dalam seruan azan itu adalah memuji kebesaran Allah S.W.T. Hal ini memberi pengertian bahawa sebaik sahaja kita lahir ke dunia, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah mengakui bahawa Allah Maha Besar dan Maha Hebat. Agung juga bermaksud Maha Hebat.
Maka segala kejadian alam ini adalah kehebatan dan keagungan Allah S.W.T. yang Maha Besar. Maka jika kita amati dan teliti, agaknya berapa kali dalam kehidupan kita ini kita mengakui akan kebesaran dan khebatan Allah S.W.T. sebaik sahaja kita bangun dari tidur dan membuka mata. Kita mungkin leka dengan pekerjaan kita, namun kita sebenarnya hanyut dalam kealpaan yang merugikan. Kita sebenarnya lupa bahawa tanpa izin Allah S.W.T. setiap pekerjaan kita tidak akan memberikan apa - apa hasil biarpun sekeras mana usaha kita.
Jika kita dapat menjadikan pengakuan kehebatan adalah milik Allah S.W.T. semata - mata sebagai satu tabiat dalam hidup kita, maka sedikit demi sedikit ego kita akan terhakis. Tanpa kita sedar, penyerahan diri bulat - bulat akan dapat kita rasai. Jika kita berada dalam keadaan ini, pasti kita tahu betapa manisnya iman. Sesudah itu barulah kita benar - benar yakin bahawa tiada tuhan selain Allah S.W.T. kerana kita sudah pun merasa akan keadaan ini, kita sudah merasakan akan kewujudan Allah S.W.T. yang menjadi asas kepada Sifat 20. Kita juga pasti benar - benar yakin tanpa sedikit pun keraguan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. itu sebagai Rasulullah...
Wallahualam...
Dipetik daripada artikel Mengapa Perlu Dengar Azan?
Ruangan Agama & Sains
Tabloid ILUVISLAM edisi pengenalan)
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 7:36 AM 0 comments
Labels: Panduan Dan Pengajaran
Benarkah Kiamat Hampir Tiba???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...
Sama ada kita sedar atau tidak semua petanda awal kiamat sudah ditunjukkan. Sama ada petanda kecil atau besar itu bukan pengukurnya. Namun amaran demi amaran sudah diberikan. Namun, adakah manusia cuba bermuhasabah diri dan memperbaiki kesilapan lalu dan terus beramal dan beriman kepada Allah S.W.T dan RasulNya?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat, 'Bilakah terjadinya?' Katakanlah, 'Sesungguhnya pengetahuan tentang Kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba - tiba.' Mereka bertanya kepadamu seakan - akan kamu benar - benar mengetahuinya. Katakanlah ' Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah disis Allah S.W.T, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Al - A'raf : ayat 187). Berbicara mengenai kiamat, ramai yang menegrut dahi dan meremang bulu roma. Pelbagai perhitungan dilakukan diakhirat kelak setelah berlakunya kiamat. Pelbagai petanda dan amaran telah diberikan. Pelbagai perasaan mulai timbul seperti rasa takut, ngeri serta insaf dan adakah perasaan ini akan berterusan??? Ataupun adakah selepas perbincangan ini senyap maka semuanya lenyap??? Renungkanlah wahai sahabat2ku...
Tanda - Tanda Besar Kiamat :-
1. Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
2. Lahirnya Dajjal.
3. Keluar asap tebal.
4. Turunnya Nabi Isa A.S
5. Kemunculan Imam Mahdi.
6. Matahari terbit dari ufuk barat.
7. Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj
8. Diangkat Al - Quran dan perkara - perkara yang baik.
9. Runtuhnya Ka'abah
10. Terdengar tiupan sangkakala yang pertama
11. Ada azan tidak di jawab
12. Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
Dipetik dari 'Musibah, Muhasabah & Hijrah'
Ruangan 'ZOOM'
Tabloid ILUVISLAM (edisi pengenalan)
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 7:18 AM 0 comments
Labels: Panduan Dan Pengajaran
03 November 2009
Hadith - Hadith Tentang Solat...
1. Yang pertama-tama dipertanyakan (diperhitungkan) terhadap seorang hamba pada hari kiamat dari amal perbuatannya adalah tentang shalatnya. Apabila shalatnya baik maka dia beruntung dan sukses dan apabila shalatnya buruk maka dia kecewa dan merugi. (HR. An-Nasaa'i dan Tirmidzi)
2. Paling dekat seorang hamba kepada Robbnya ialah ketika ia bersujud maka perbanyaklah do'a (saat bersujud) (HR. Muslim)
3. Perumpamaan shalat lima waktu seperti sebuah sungai yang airnya mengalir dan melimpah dekat pintu rumah seseorang yang tiap hari mandi di sungai itu lima kali. (HR. Bukhari dan Muslim)
4. Abdullah ibnu Mas'ud Ra berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, amal perbuatan apa yang paling afdol?" Beliau menjawab, "Shalat tepat pada waktunya." Aku bertanya lagi, "Lalu apa lagi?" Beliau menjawab, "Berbakti kepada kedua orang tua." Aku bertanya lagi, "Kemudian apa lagi, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Berjihad di jalan Allah." (HR. Bukhari)
5. Shalat dua rakaat (yakni shalat sunnah fajar) lebih baik dari dunia dan segala isinya. (HR. Tirmidzi)
6. Barangsiapa meninggalkan shalat dengan sengaja maka dia kafir terang-terangan. (HR. Ahmad)
7. Suruhlah anak-anakmu shalat bila berumur tujuh tahun dan gunakan pukulan jika mereka sudah berumur sepuluh tahun dan pisahlah tempat tidur mereka (putera-puteri). (HR. Abu Dawud)
8. Barangsiapa lupa shalat atau ketiduran maka tebusannya ialah melakukannya pada saat dia ingat. (HR. Ahmad)
9. Apabila seseorang mengantuk saat akan shalat hendaklah ia tidur sampai hilang ngantuknya, sebab bila shalat dalam keadaan mengantuk dia tidak menyadari bahwa ketika beristighfar ternyata dia memaki dirinya.(HR. Bukhari)
10. Janganlah melakukan shalat pada saat hidangan makanan sudah tersedia dan jangan pula memulai shalat dalam keadaan menahan kencing dan buang air (termasuk kentut). (HR. Ibnu Hibban)
11. Apabila diserukan untuk shalat datangilah dengan berjalan dengan tenang. Apa yang dapat kamu ikuti shalatlah dan yang tertinggal lengkapilah. (HR. Ahmad) Penjelasan: Tidak boleh tergesa-gesa dan berlari-larian menuju masjid.
12. Allah Ta'ala tetap (senantiasa) berhadapan dengan hambaNya yang sedang shalat dan jika ia mengucap salam (menoleh) maka Allah meninggalkannya. (HR. Mashabih Assunnah)
13. Allah 'Azza wajalla berfirman (hadits Qudsi): "Tidak semua orang yang shalat itu bershalat. Aku hanya menerima shalatnya orang yang merendahkan diri kepada keagunganKu, menahan syahwatnya dari perbuatan haram laranganKu dan tidak terus-menerus (ngotot) bermaksiat terhadapKu, memberi makan kepada yang lapar dan memberi pakaian orang yang telanjang, mengasihi orang yang terkena musibah dan menampung orang asing. Semua itu dilakukan karena Aku." "Demi keagungan dan kebesaranKu, sesungguhnya bagiKu cahaya wajahnya lebih bersinar dari matahari dan Aku menjadikan kejahilannya kesabaran (kebijaksanaan) dan menjadikan kegelapan terang, dia berdoa kepada-Ku dan Aku mengabulkannya, dia mohon dan Aku memberikannya dan dia mengikat janji dengan-Ku dan Aku tepati (perkokoh) janjinya. Aku lindungi dia dengan pendekatan kepadanya dan Aku menyuruh para Malaikat menjaganya. BagiKu dia sebagai surga Firdaus yang belum tersentuh buahnya dan tidak berobah keadaannya." (HR. Ad-Dailami)
14. Nabi Saw ditanya tentang shalat, "Bagaimana shalat yang paling afdol?" Beliau menjawab, "Berdiri yang lama." (HR. Muslim)
15. Nabi Saw bila mendengar seruan azan, beliau menirukan kata-kata dan seruannya. (HR. Ath-Thahawi)
16. Barangsiapa mengucapkan (do'a) setelah mendengar suara muazzin: "Ya Allah, Robb seruan (azan) yang sempurna ini dan shalat yang ditegakkan, karuniakanlah kepada Muhammad derajat dan kemuliaan yang tinggi dan kedudukan yang terpuji yang Engkau janjikan untuknya." Maka patut baginya memperoleh syafaat (ku) pada hari kiamat. (HR. Bukhari)
17. Maukah aku beritahu apa yang dapat menghapus dosa-dosa dan mengangkat derajat?" Para sahabat menjawab: "Baik ya Rasulullah." Beliau berkata, "Berwudhu dengan baik, menghilangkan kotoran-kotoran, banyak langkah diayunkan menuju mesjid, dan menunggu shalat (Isya) sesudah shalat (Maghrib). Itulah kewaspadaan (kesiagaan)." (HR. Muslim).
18. Sebaik-baik shaf (barisan) laki-laki adalah yang paling depan dan yang terburuk ialah barisan paling akhir. Namun seburuk-buruk barisan wanita adalah yang paling depan dan yang terbaik ialah yang paling belakang. (HR. Muslim)
19. Rapikan barisanmu, sesungguhnya merapikan barisan termasuk mendirikan shalat. (HR. Ibnu Hibban)
20. Shalat jama'ah pahalanya melebihi shalat sendiri-sendiri dengan dua puluh tujuh derajat. (Mutafaq'alaih)
21. Apabila seorang mengimami orang-orang hendaklah meringankan shalat karena di antara mereka terdapat anak-anak, orang tua, yang lemah, yang sakit clan yang punya hajat (keperluan), dan bila shalat sendirian dapat ia lakukan sesukanya. (HR. Bukhari)
22. Tiga orang yang diridhoi Allah yaitu seorang yang pada tengah malam bangun dan shalat, suatu kaum (jama'ah) yang berbaris untuk shalat dan suatu kaum berbaris untuk berperang (fisabilillah). (HR. Abu Ya'la)
23. Barangsiapa berjamaah dalam shalat subuh dan Isya maka baginya dua kebebasan, yaitu kebebasan dari kemunafikan dan kebebasan dari kemusyrikan. (Abu Hanifah)
24. Ada empat orang tidak diwajibkan shalat jum'at yaitu wanita, budak, orang yang sakit dan musafir (bepergian). (Abu Hanifah)
25. Barangsiapa meninggalkan shalat jum'at karena meremehkannya tanpa suatu alasan maka Allah Tabaroka wata'ala akan mengunci hatinya. (HR. Bukhari dan Muslim)
26. Paling afdol (utama) shalat seorang (adalah) di rumahnya kecuali (shalat) yang fardhu (lima waktu). (HR. Bukhari dan Muslim)
27. Hati manusia kadangkala maju dan kadangkala mundur. Apabila sedang mengalami kemajuan shalatlah nawafil (sunah ba'diyah, qobliyah dan tahajjud) dan bila sedang mengalami kemunduran shalatlah yang fardhu-fardhu saja (lima waktu). (Ath-Thahawi)
28. Barangsiapa sesudah shalat (fardhu) mengucapkan zikir "Subhanallah" (Maha Suci Allah) 33 kali dan "Alhamdulillah" (Segala puji bagi Allah) 33 kali dan "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) 33 kali lalu digenapkan yang keseratusnya dengan (membaca): "Laailaaha illallah wahdahu la syariika lahu, lahulmulku walahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodir" (Tidak ada Tuhan kecuali Allah yang Maha Esa yang tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah segala kekuasaan dan pujian. Dan Dia atas segala sesuatu Maha Kuasa), maka akan terampuni dosa-dosanya (walaupun) sebanyak buih di lautan. (HR. Muslim)
29. Rasulullah Saw berkata kepada Muadz Ra, "Ya Muadz, jangan meninggalkan sehabis tiap shalat ucapan:" Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat Engkau dan banyak bersyukur kepada-Mu dan beribadah kepada-Mu dengan baik." (HR. An-Nasaa'i dan Abu Dawud)
30. Perbanyaklah sujud kepada Allah, sesungguhnya bila sujud sekali Allah akan mengangkatmu satu derajat dan menghapus satu dosamu. (HR. Muslim)
31. Tiga orang yang shalatnya tidak sampai melampaui telinganya, yaitu seorang budak yang melarikan diri sampai dia pulang kembali, seorang isteri yang semalaman suaminya murka kepadanya, dan seorang imam yang mengimami suatu kaum sedangkan kaum itu tidak menyukainya. (HR. Tirmidzi dan Ahmad)
32. Apabila seorang shalat hendaklah mengenakan pakaian rangkap. Sesungguhnya Allah lebih berhak (dihadapi) dengan keindahan pakaian. (HR. Ath-Thabrani)
33. Rasulullah Saw bila menghadapi suatu dilema (situasi yang sukar dan membingungkan) beliau shalat. (HR. Ahmad)
34. Malaikat selalu berpesan kepadaku tentang shalat tengah malarn sehingga aku mengira bahwa umatku yang terbaik ialah yang sedikit tidurnya. (Abu Hanifah)
35. Rasulullah Saw apabila bangun tengah malam untuk shalat malam (Tahajjud) beliau mengucapkan: "Tidak ada Tuhan kecuali Engkau. Maha suci Engkau, ya Allah, aku mohon ampunanMu atas dosaku dan aku mohon rahmatMu. Ya Allah, tambahlah ilmu bagiku dan jangan Engkau memalingkan hatiku setelah Engkau memberiku hidayah (petunjuk) dan karuniakanlah dari sisimu rahmat. Sesungguhnya Engkau Maha pemberi rahmat." (HR. Abu Dawud)
36. Umatku yang termulia ialah penghafal Al Qur'an dan yang selalu shalat tengah malam (tahajud). (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi). Penjelasan: Hamalatul Qur'an artinya penghafal Qur'an, memahami artinya, sekaligus mengajarkan dan mengamalkan isinya.
37. Barangsiapa meninggalkan shalat Ashar dengan sengaja maka Allah akan menggagalkan amalannya (usahanya). (HR. Bukhari).
38. Apabila seorang mengantuk saat shalat Jum'at di masjid maka hendaklah pindah tempat duduknya ke tempat duduk lainnya. (HR. Al Hakim dan Al-Baihaqi)
39. Bila seorang masuk ke masjid hendaklah shalat (sunnat) dua rakaat sebelum duduk. (HR. Ahmad)
40. Apabila seorang isteri minta ijin suaminya untuk pergi ke masjid maka janganlah sang suami melarangnya. (HR. Bukhari)
41. Sebaik-baik masjid (tempat bersujud) untuk wanita ialah dalam rumahnya sendiri. (HR. Al-Baihaqi dan Asysyihaab)
42. Tidak ada shalat bagi tetangga masjid, selain dalam masjid. (HR. Adarqathani)
43. Apabila kamu melihat orang yang terbiasa masuk masjid maka saksikanlah bahwa dia beriman karena sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surat At taubah ayat 18: Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah lah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah. Maka mereka lah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." (HR. Ahmad dan Tirmidzi)
By:Insan Kamil
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 7:35 AM 0 comments
Labels: Panduan Dan Pengajaran
01 November 2009
Siapakah Kita???
Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada dibumi dan dilangit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat – ayat Quran, Hadith dan cerita – cerita kebaikan namun merasa tidak apa – apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering berasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al – Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah – olah ia mempunyai kerajaan seperti Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata ”Inna lillahi wainna ilaihi rajiun”. Lalu sambil berkata ” Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini”,sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang – orang yang sedang bersendiri lalu mengingat kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa – dosanya lalu mengalir air matanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan kenikmatan yang ada sentiasa menumpuk – numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap – siap untuk hari kematiannya kerana di dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria – ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang mau dalam hidupnya dalah orang – orang yang sentiasa mempertingkatkan ilmu agamanya.
Siapakah orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan solat, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal – amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang – orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 1:15 AM 0 comments
Labels: Muhasabah Cinta, Panduan Dan Pengajaran
Manusia, Malaikat & Syaitan!!!
Manusia: "Eh dah subuh dah?"
Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.."
Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz"
Manusia: "Nak makan, laparlah"
Malaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... "
Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"
Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat"
Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!"
Manusia: "Alamak, dah lewat!"
Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.."
Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh? Suruh si X, punchkanlah"
Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."
Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan"
Syaitan: "Baru pukul berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"
Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok ni, berdosa..."
Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan
Mengetahui!”
Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie."
Manusia: "Saudaraku sedang melakukan dosa"
Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah ia.."
Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh"
Manusia: "Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain".
Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.."
Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2..pandai2lah?
Manusia: "Aku telah berdosa.."
Malaikat: "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun... "
Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla
Haha…)”
Manusia: "Kalau pergi disko, mesti seronok!"
Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan
Itu”
Syaitan: "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh"
Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee"
Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu solat
Itu…”
Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan
Mimipilah) untukmu…’’
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan:
Manusia: "Patutke aku biarkan risalah ini dalam simpananku?"
Malaikat: "Ingatkan kawan yang anda kenal. Sebarkan mesej ini"
Syaitan: "Tak payahlah sibuk2, kubur lain2
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 1:09 AM 0 comments
Labels: Muhasabah Cinta, Panduan Dan Pengajaran
31 October 2009
Allah S.W.T
Nama Allah S.W.T tidak berasal daripada pengambilan perkataan apa pun, demikianla pendapat Al-Khalil Bin Ahmad. Pendapat ini disokong oleh As-Shafie r.a dan ulama yang lain. Tidak sekali-kali didapati sesuatu yang diberi nama tersebut selain daripadaNya, yang Maha Tinggi dan Maha Suci. Oleh kerana itu, sebahagian ulama menyatakan bahawa setiap nama daripada nama-namaNya tidak layak digunakan untuk menghias diri. Nama 'Allah' merupakan tempat bergantung, bukan untuk dipakai. Ada yang mengatakan bahawa nama 'Allah' berasal daripada pengambilan kalimat atau perkataan, tetapi pecahan dan simpang siur kalimatnya terlalu banyak, sehingga membawa erti yang saling bertentangan.
Dikatakan bahawa sedikit sekali orang yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati tidak dikabulkan doanya. Disini terdapat sebuah kisah dimana seseorang telah menjual hamba perempuannya. Setelah hamba itu dijual, timbul penyesalan dalam hatinya. Dia sangat malu untuk mengatakan penyesalannya itu, dia tidak menemui jalan lain kecuali menulis rasa hatinya itu diatas tapak tangannya sendiri, lalu mngangkat tangannnya ke langit. Ketika menjelang pagi, rumahnya diketuk orang. Dia bertanya "Siapakah yang datang pagi-pagi begini?" Terdengar jawapan dari luar "Saya orang yang membeli hamba sahayamu yang sekarang saya bawa kemari untuk saya kembalikan kepadmu!". Dia berkata, "Jika sekiranya engkau hendak mengembalikan, bersabarlah kerana aku belum memiliki wang tebusannya!". lelaki diluar rumahnya menjawab, "Aku tidak akan menerima wangmu, kerana aku akan memperoleh ganti yang lebih berharga darpada harga hamba sahaya ini!" Dia bertanya, "Bagaimana caranya kamu memperoleh penggantian itu?" Lelaki itu menjawab, "Semalam aku bermimpi bahawa Allah S.W.T berkata kepadaku, 'Ketahuilah bahawa penjual sudah tertambat hati pada hamba sahaya yang dijualnya itu. Jika engkau rela mengmbalikan hamba itu kepada pemiliknya, maka bagimu Aku sediakan Syurga'.
(Dipetik daripada buku Tafsir Sufi & Fadhilat 99 Asma' Ul Husna)
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 9:55 PM 0 comments
Labels: Panduan Dan Pengajaran


