Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...
Sama ada kita sedar atau tidak semua petanda awal kiamat sudah ditunjukkan. Sama ada petanda kecil atau besar itu bukan pengukurnya. Namun amaran demi amaran sudah diberikan. Namun, adakah manusia cuba bermuhasabah diri dan memperbaiki kesilapan lalu dan terus beramal dan beriman kepada Allah S.W.T dan RasulNya?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat, 'Bilakah terjadinya?' Katakanlah, 'Sesungguhnya pengetahuan tentang Kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba - tiba.' Mereka bertanya kepadamu seakan - akan kamu benar - benar mengetahuinya. Katakanlah ' Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah disis Allah S.W.T, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Al - A'raf : ayat 187). Berbicara mengenai kiamat, ramai yang menegrut dahi dan meremang bulu roma. Pelbagai perhitungan dilakukan diakhirat kelak setelah berlakunya kiamat. Pelbagai petanda dan amaran telah diberikan. Pelbagai perasaan mulai timbul seperti rasa takut, ngeri serta insaf dan adakah perasaan ini akan berterusan??? Ataupun adakah selepas perbincangan ini senyap maka semuanya lenyap??? Renungkanlah wahai sahabat2ku...
Tanda - Tanda Besar Kiamat :-
1. Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
2. Lahirnya Dajjal.
3. Keluar asap tebal.
4. Turunnya Nabi Isa A.S
5. Kemunculan Imam Mahdi.
6. Matahari terbit dari ufuk barat.
7. Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj
8. Diangkat Al - Quran dan perkara - perkara yang baik.
9. Runtuhnya Ka'abah
10. Terdengar tiupan sangkakala yang pertama
11. Ada azan tidak di jawab
12. Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
Dipetik dari 'Musibah, Muhasabah & Hijrah'
Ruangan 'ZOOM'
Tabloid ILUVISLAM (edisi pengenalan)
25 December 2009
Benarkah Kiamat Hampir Tiba???
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 7:18 AM
Labels: Panduan Dan Pengajaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment