Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...
Alhamdulillah masih diberi kekuatan dan masa untuk mencoretkan sesuatu di atas kanvas blog ini...
Ana diberi ilham untuk mencoretkan sebuah kisah yang sudah beberapa hari bermukim di akal fikiran... Alhamdulillah semoga coretan kali ini memberi manfaat dan iktibar kepada pembaca semua...
-------------------------------------------------------------------------------------
Sejak dari kecil aku mendapat pendidikan agama yang biasa - biasa sahaja dari kedua ibu bapaku... Walaupun ibuku merupakan bekas pelajar sekolah agama yang terkemuka di negara ini... Bapaku juga boleh dikategorikan sebagai pelajar pintar di sekolahnya tetapi kerana tiada pengawasan yang sempurna dari ibu bapanya maka dia membawa haluannya sendiri dan mengambil keputusan untuk bekerja tanpa pengetahuan ibu bapa semasa usianya menjangkau 15 tahun...
Alhamdulillah aku merupakan anak yang mendengar kata ibu bapa dan juga guru... Aku tidak pernah bersungguh - sungguh ketika belajar... yang hanya ku tahu adalah, aku perlu bersekolah seperti mana kakak = kakak dan abangku... Aku tidak berminat dengan mata pelajaran yang diajar guru apatah lagi mata pelajaran Agama Islam... Aku hanya sekadar menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru tanpa ada rasa minat atau teruja... Ketika usiaku 9 tahun aku ditampar guru dihadapan rakan - rakan kerana gagal menghafal surah Al Kafirun... Aku tidak mengenal erti malu ketika itu...
Ibu bapaku hanya mengajarkan aku tentang perkara - perkara yang wajib dilakukan oleh orang islam... Kerana tiada paksaan dan kejahilan tentang agama kami lalai dalam melakukan ibadah wajib, kami adik beradik jarang melakukan solat kecuali jika disuruh atau terasa rajin untuk solat... Pada usiaku 10 tahun, kami sekeluarga berpindah ke pantai timur dan ketika usiaku menjangkau 12 tahun... ~Darjah 6~ Kali kedua dalam hidupku aku akan menghadapi sebuah peperiksaan besar kali pertama ketika darjah 3 iaitu Peperiksaan PTS dan kali ini ialah UPSR...
Menjelang pertengahan tahun... pihak sekolah mewajibkan semua pelajar Darjah 6 menunaikan Solat Sunat Dhuha pada jam 10 pagi di surau sekolah... Aku bermonolog sendiri "Solat Sunat Dhuha??? solat ape tu???" disebabkan malu untuk bertanyakan pada ustazah... aku hanya akur dengan perkara yang telah diwajibkan... ku sangkakan Solat Sunat Dhuha sama seperti solat - solat fardhu yang lain, maka aku hanya mengikut apa yang dibacakan oleh imam... Aku tidak tahu apa itu Solat Sunat Dhuha... Aku tidak tahu apa itu khusyuk dalam solat... Hari demi hari berlalu, aku masih seperti itu... melakukan Solat Sunat Dhuha tanpa 'menghadirkan diri' dalam solatku sehinggalah aku menghadapi peperiksaan UPSR tersebut... Alhamdulillah keputusan ku tetap baik walaupun tidak cemerlang seperti rakan - rakan lain...
Melangkah ke usia remaja...
Melangkah ke alam persekolahan peringkat atas... Sekolah Menegah...
Kami sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur...
Aku masih seperti aku yang dulu... masih leka... masih lalai dalam mengerjakan ibadah...
Pada usiaku 17 tahun...
Kami sekeluarga berpindah semula ke Pantai Timur atas alasan tertentu... Aku bersekolah disekolah yang tertua di daerah itu... pada tahun itu sekali lagi aku akan menghadapi peperiksaan besar dalam hidupku... Peperiksaan yang bakal menentukan masa depanku... iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
Namun...aku masih aku yang dulu... masih tiada perubahan... masih ditakuk lama... masih hamba yang jahil...
Sekali lagi ustazah mengarahkan supaya semua pelajar menunaikan Solat Sunat Dhuha... dan seperti biasa aku hanya menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang murid iaitu patuh pada arahan guru... Aku tidak pernah mendalami dan mencari maklumat lanjut tentang Solat Sunat Dhuha apatah lagi ilmu agama yang lain... malah kadang2 aku dan rakan - rakan mempersendakannya... Astaghfirullahalazim...
Hari berganti hari... Bulan berganti bulan...
Akhirnya tiba pada hari sejarahku...
Hari pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
Keputusanku agak mengecewakan ku... Cukup lengkap dari abjad A hingga D...
Tetapi bukan Alhamdulillah yang terpacul di bibirku... sebaliknya kata - kata kesat kerana menyesal dengan usahaku yang tidak bersungguh - sungguh...
Walaupun keputusanku tidak seperti pelajar lain tetapi Alhamdulillah berkat usaha ibuku... aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA di pantai timur...
beberapa tahun aku menimba ilmu disana... aku menemui sesuatu yang amat berharga dalam hidupku... ~HIDAYAH~ itulah anugerah dari Allah S.W.T yang tidak semua hambaNya dapat... hanya hamba - hamba yang terpilih sahaja dikurniakan hidayah...
Dan kini aku terus mencari... siapakah aku yang sebenarnya??? Apakah matlamat hidupku??? Apa yang sebenarnya aku cari dalam hidup ini???
Ya Allah aku mohon padaMu... kekalkanlah aku dalam agamaMu... Sesungguhnya aku bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat iman dan juga islam...
Dan kini aku semakin mengerti tentang sunnah melakukan Solat Sunat Dhuha serta kaitannya dalam kehidupan sehari - hari...
Semoga suatu hari nanti aku benar - benar menjadi hamba Allah yang solehah...
Sentiasa bersedia dan rela berkorban demi agamaku yang tercinta...
Aku malu mengenagkan dosa - dosa ku yang lalu...
Sungguh aku malu padaMu Ya Allah...
-------------------------------------------------------------------------------------
Kembali
Far East
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan
Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan...
-------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...
Sekian sahaja coretanku pada kali ini...
Assalamualaikum...
29 December 2009
Hamba Allah & Solat Dhuha...
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 8:18 AM
Labels: Rintihan Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment