6 PERKARA ALLAH SWT SEMBUNYIKAN...
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta keluarga baginda...
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dalam bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata :"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?" Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud "Tidak"...
Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT. dan tiap tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail a.s solat maka Allah SWT berfirman yang bermaksud "Wahai Jibrail kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh - sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad, Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam - macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih aku sukai dari solatmu itu. Kerana mereka megerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu"
Kemudian Jibral a.s berkata " Ya Tuhanku, apakah Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jbrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu dia berkata dalam sujud :"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah SWT berfirman yng bermaksud "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..."
Sahabat... marilah sama - sama kita fikirkan... Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :-
1. Allah SWT telah menyembunyikan redhaNya dalam taat...
2. Allah SWT telah menyembunyikan murkaNya dalam maksiat...
3. Allah SWT telah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung dalam Al Quran...
4. Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan...
5. Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima
waktu)
6. Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua
hari
Wallahualam...
17 July 2010
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 1:30 AM
Labels: Panduan Dan Pengajaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment