BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Respons + Ability =

17 July 2010

...5 SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta keluarga baginda...

Suatu hari ada seorang lelaki menemui Ibrahim Bin Adham (Aba Ishak). Dia berkata :"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat". Setelah mendengar perkaaan tersebut Aba Ishak berkata:"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat". Lelaki itu dengan tidak sabar - sabar bertanya, "Apakah syarat - syarat itu wahai Aba Ishak?" Ibrahim Bin Adham berkata :"

SYARAT PERTAMA : "Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya"
Mendengar itu dia mengenitkan kening seraya berkata: "Dari mana kau mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" Tegas Ibrahim Bin Adham. "Kalau amu sudah memahaminya, masih mahukah memakan rezekiNya, sedagkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?" "Apakah syarat keduanya?" soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA : "Kalau kamu bermaksiat, jangan tiggal di bumiNya"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati Ibrahim kembali berkata kepadanya : "Wahai hamba Allah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiya dan tinggal dibumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?" "Ya! anda benar" Kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab :

SYARAT KETIGA : "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata :"Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana? mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan malakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan :

SYARAT KEEMPAT : "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepada, " Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan beramal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata :"Wahai Ibrahim, mana mungkinmalaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kmatianmu, lalu bagaimana engaku boleh lari dar kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

SYARAT KELIMA : "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu ke api neraka di Hari Kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya"
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak keendaknya" Dia tidak tahan lagi mndengar perkataan Ibrahim. Air matana bercucuran. "Mulai saat ini aku inin bertaubat kepada Allah" katanya sambl teresak - esak...

SAHABAT... HIDUP KITA INI HANYA SEMENTARA DIDUNIA... PENUHILAH MASAMU DENGAN AMAL IBADAH KEPADA ALLAH SWT... SEMOGA KITA SEMUA MENJADI HAMBA2NYA YANG BERTAUBAT... AMIN YA RABB¬

0 comments: