Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW...
Assalamualaikum wbt...
Biodata Baginda
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiul Awal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah)
Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al Mukarramah
Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh Pertama : Barakah Al Habsyiyyah (Digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah)
Ibu susu pertama : Thuwaibah (Hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As Sa'diah (lebih dikenali sebagai Halimah As Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Usia 5 Tahun
Peristiwa pembelahan dada Baginda yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
Usia 6 Tahun
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al - Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah). baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
Usia 8 Tahun
Datuknya, Abdul Muttalib meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
Usia 9 Tahun
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di Kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani benama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua - ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
Usia 20 Tahun
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid 1, halaman 184 - 187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak - anak panah sahaja.
Baginda pernah menyaksikan perjanjian Al - Fudhul iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
Usia 25 Tahun
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama - sama Abu Talib dan beberapaorang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 Tahun ketika itu. Mas Kahwin baginda kepada Khadijah islah sebanyak 500 driham.
Usia 35 Tahun
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar - pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
Usia 40 Tahun
Menerima wahyu di Gua Hira sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akir zaman.
Usia 53 Tahun
Berhijrah ke Madinah Al Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al Siddiq.
Sampai di Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.
Usia 63 Tahun
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H / 8 Jun 632M.
Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama - samaku di dalam syurga" (HR Al-Sajary daripada Anas)
01 March 2010
Ya Rasulullah Ya Habiballah...
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 7:06 AM
Labels: ¬Kekasih Allah¬
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment