BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Respons + Ability =

03 September 2010

AURAT DAN MATLAMAT (BAHAGIAN I)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan keluarga baginda...


Satu ketika dahulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononya sebaik sahaja mengambil wudhuk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus. Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau pakaian yang hanya layak dipakai oleh adiknya yang berumur 10 tahun. Iaitu berbaju senteng dan berseluar singkat.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah didada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat wanita Islam?



Allah SWT berfirman :"Dan katakanlah kepada perempuan - perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak - anak mereka, atau anak - anak tiri mereka, atau saudara - saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan - perempuan Islam, atau hamba - hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak - kanak TERJEMAHAN "Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang tersembunyi dan perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang - orang yang beriman, supaya kamu berjaya" (Surah An - Nur : 31)

Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Didalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zulhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu, Damsyik : Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang pelu ditutup oleh wanita, namun mereka telah bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah WAJIB! Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut :-

a) Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan
b) Pakaian yang LONGGAR
c) Pakaian yang TIDAK JARANG
d) BUKAN pakaian yang menarik perhatian (PAKAIAN SYUHRAH)
e) Tidak menyerupai pakaian LELAKI atau pakaian orang KAFIR!
f) Tidak berTABARRUJ

0 comments: