BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Respons + Ability =

25 December 2009

Istilah Iman...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...

Iman merupakan inti kepada Islam. Tiada tujuan lain diturunkan Al - Quran dan kerasulan Rasulullah S.A.W. selain daripada menyeru manusia beriman, didalam Al - Quran ditegaskan bahawa atas keimanan itulah timbulnya kebenaran, ilmu, hidayah, nur dan pandangan hati sebaliknya apabila tidak beriman maka timbullah dalam diri seseorang itu perkara - perkara negatif diantaranya ialah kufur, jahil, zalim, syirik, munafik dan fasik...

Iman berasal dari kata aqal al-amn, aman, ketiadaan perasaan takut - pecahan kalimah - kalimah al-aman, al-amanah dan al-amin. Kesemuanya mempunyai makna induk iaitu keamanan daripada rasa takut dan bimbang serta aman dari dusta dan penipuan. Ia juga memberi makna kedamaian dan ketenangan jiwa...

Dari kalimah al-amn ini lahirlah kalimah AL-IMAN yang mengandungi beberapa makna. Antara kalimah iman membawa erti mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya...

Membenarkan dengan hati secara putus (jazam) akan segala yang dibawa atau didatangkan oleh Rasulullah S.A.W. dan thabit secara putus (qat'i) yang diketahui kedatangannya itu adalah secara 'darurah'...

Membenarkan dengan hati bererti meyakini, mengakui serta menerima dengan kerelaan akan kebenaran tersebut dan keyakinan tersebut tempatnya adalah dihati...

Keyakinan pula adalah atas dasar ilmu, bukan atas dasar syak atau keraguan. Ini adalah kerana membenarkan sesuatu secara zan atau sangkaan adalah tidak termasuk istilah iman...

Iman dan Hakikat

Iman digambarkan oleh Al-Quran adalah hakikat, ia tidak terpisah dari realiti kehidupan manusia...
Iman bukan semata - mata perasaan atau sesuatu yang hanya tersembunyi didalam jiwa sahaja tetapi iman adalah hakikat yang tidak terpisah dengan semua kegiatan manusia dan kecergasan hidup...
Iman adalah hakikat yang mesti terjelma, tergambar dalam semua lapangan dan bidang...
Iman yang hanya terpendam dalam jiwa lebih merupakan dakwaan yang tidak terbukti...
Sesuatu hakikat yang telah terukir dalam diri sudah pasti akan mencorakkan gerak laku amali dalam hidup...

Sabda Rasulullah S.A.W. :"Yang dikatkan iman itu ialah dengan engkau beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab - kitabNya, Rasul - RasulNya, Hari Qiyamah dan engkau beriman bahawa qadar baik & jahat adalah daripada Allah" (HR Bukhari)

Sabda Rasulullah S.A.W. :"Iman terbahagi kepada lebih enam puluh bahagian; yang paling tinggi ialah mengucapkan 'Lailahaillallah' dan yang paling rendah ialah membuang benda yang boleh menyakitkan orang dijalanan"
Wallahualam...

~Ana mohon maaf jika terdapat sebarang kesalahfahaman/kesalahan tentang 'notes' ini...
Sahabat2 semua ana mohon jasa baik supaya memperbetulkan jika ana salah, mungkin ana khilaf semasa mengambil nota ini...
Sama2 lah kita perbaiki kesilapan dan saling tegur menegur... (^^ ,)

Dipetik dari Ceramah Mencari Iman
Ustaz Mohd Nazar Ibrahim (nazarmni@yahoo.com)
23 Disember 2009
Auditorium Utama, Hospital Kuala Lumpur

0 comments: