BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Respons + Ability =

25 December 2009

Rahsia Laungan Azan...


Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Jika kita lihat yang pertama dalam seruan azan itu adalah memuji kebesaran Allah S.W.T. Hal ini memberi pengertian bahawa sebaik sahaja kita lahir ke dunia, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah mengakui bahawa Allah Maha Besar dan Maha Hebat. Agung juga bermaksud Maha Hebat.

Maka segala kejadian alam ini adalah kehebatan dan keagungan Allah S.W.T. yang Maha Besar. Maka jika kita amati dan teliti, agaknya berapa kali dalam kehidupan kita ini kita mengakui akan kebesaran dan khebatan Allah S.W.T. sebaik sahaja kita bangun dari tidur dan membuka mata. Kita mungkin leka dengan pekerjaan kita, namun kita sebenarnya hanyut dalam kealpaan yang merugikan. Kita sebenarnya lupa bahawa tanpa izin Allah S.W.T. setiap pekerjaan kita tidak akan memberikan apa - apa hasil biarpun sekeras mana usaha kita.

Jika kita dapat menjadikan pengakuan kehebatan adalah milik Allah S.W.T. semata - mata sebagai satu tabiat dalam hidup kita, maka sedikit demi sedikit ego kita akan terhakis. Tanpa kita sedar, penyerahan diri bulat - bulat akan dapat kita rasai. Jika kita berada dalam keadaan ini, pasti kita tahu betapa manisnya iman. Sesudah itu barulah kita benar - benar yakin bahawa tiada tuhan selain Allah S.W.T. kerana kita sudah pun merasa akan keadaan ini, kita sudah merasakan akan kewujudan Allah S.W.T. yang menjadi asas kepada Sifat 20. Kita juga pasti benar - benar yakin tanpa sedikit pun keraguan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. itu sebagai Rasulullah...

Wallahualam...

Dipetik daripada artikel Mengapa Perlu Dengar Azan?
Ruangan Agama & Sains
Tabloid ILUVISLAM edisi pengenalan)

0 comments: