BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Respons + Ability =

13 July 2010

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta keluarga baginda...

Alhamdulillah maih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu disini... setelah sekian lama meninggalkan ruangan ini, kini ana kembali... terkilan kerana tidak dapat meng'update' blog kerana kekangan masa (cuma alasan insan yang bergelar manusia)

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a berkta, Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi - mimpi yang menkajubkan pada malam aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATA DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA...

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDHUKNYA YANG SEMPURNA...

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan - syaitan dan iblis - iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZAKAT YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT...

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetai SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNUJUK - NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasan puas...

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan - kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka jelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku...

7. Aku melihat umatku cuba berbicara didalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri didalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang...

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIM DAN TIDAK SUKA BERMUSUH - MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya...

9. Aku melihat umatku sedang menepis - nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut...

BERSABDA RASULULLAH SAW :" Sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun sepotong ayat"

0 comments: