BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Respons + Ability =

22 March 2010

GOLONGAN MANUSIA...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga dan para sahabat baginda...

Assalamualaikum wbt...


ORANG YANG BERIMAN

Orang yang mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa - apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah benar datangnya daripada Allah SWT. Segala pengetahuan yang diperolehinya digunakan untuk menguatkan iman yang ada dalam qalbunya. Orang lelaki yang beriman digelar mukmin, sedang orang perempuan yang beriman digelar mukminah.


ORANG ISLAM

Orang Islam ialah orang yang tunduk dan patuh segala sesuatu yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dia mengerjakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Islam. Orang lelaki Islam digelar Muslimim, sedang orang perempuan Islam digelar Muslimah. Iman dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana keduanya mempunyai hubungan yang sangat rapat.


ORANG KAFIR

Orang kafir iaitu orang yang mengingkari kebenaran Agama Islam, tidak mengetahui keEsaan Allah SWT dan tidak mengetahui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Seorang kafir boleh memeluk Islam jika dia yakin akan keEsaan Allah SWT dan kebenaran Rasulullah SAW dibuktikan dengan mengucap dua kalimah syahadah.


ORANG MURTAD

Orang murtad iaitu orang yang telah keluar dari agama Islam baik secara langsung ataupun tidak. Samada dia menganut agama lain atau kembali kepada agama asalnya setelah dia memeluk agama Islam, ataupun dia tidak menganut mana - mana agama. Orang yang murtad ini segala amalannya akan gugur dan akan dimasukkan ke api neraka oleh Allah SWT. Orang murtad boleh dihukum bunuh jika enggan bertaubat.


ORANG MUNAFIK

Orang munafik iaitu zahirnya beragama Islam tetapi hatinya tidak beriman. Atau boleh juga dikatakan munafik iaitu berpura - pura beragama Islam tetapi hatinya tidak sama dengan apa yang diucapkan.


ORANG SYIRIK

Orang syikrik iaitu orang yang menyekutukan Allah SWT atau menganggap sesuatu itu sama dengan ALlah SWT. Mereka mempercayai selain daripada Allah SWT, seperti menyembah pokok - pokok besar, menyembah berhala, menyembah nenek moyang dan sebagainya. Orang yang syirik digelar Musyrik.


ORANG FASIK

Orang fasik iaitu orang yang keluar dari jalan kebenaran dan tidal mempedulikan segala perintah Allah SWT. Mereka menyelesaikan masalah bukan mengikut lunas - lunas Islam tetapi hanya hawa nafsu.


ORANG ZALIM

Orang zalim ialah orang yang berhati kejam. Dalam hati, mereka tidak memiliki rasa takut dan beriman kepada Allah SWT serta tergolong dalam golongan orang yang kafir. Allah SWT benci terhadap orang yang zalim.

~Muhasabah Diri~ Timbang - Timbangkan Wahai Sahabat...

0 comments: