KELEBIHAN BERSAHUR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta keluarga baginda...
Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka. Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadah tersebut.
Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa antaranya ialah :-
i. Menuruti sunnah
ii. Membezakan diri dengan Ahlul Kitab
iii. Menambah kekuatan untuk beribadat
iv. Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat
v. Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan
vi. Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa
Namun kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa.
Sebaik - baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan buah kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, ALlah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.
Abu Hurairah r.a berkata "Sabda Rasulullah SAW:Sebaik - baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma" - HR Ibnu Hibban & Baihaqi.
Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur. Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut. Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang subuh, iaitu kira - kira 10 atau 15 minit sebelum bilal mealungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan 50 ayat suci Al - Quran...
Subhanallah...
Sumber : Tabloid ILUVISLAM
http://su-kiarong.blogspot.com
19 August 2010
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 7:32 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment