BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Respons + Ability =

11 June 2011

ANDA BIJAK MENANGANI STRESS PEKERJAAN???


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat bagimda...


Stress... Kita biasa dengar dan SELALU juga mengalami STRESS... Selalu sangat kita dengar orang yang stress selalunya student... STRESS dengan lecturer, dengan assignment, kawan2, KEKASIH? <--- SGT X PATUT!

Bagi orang dewasa yang sudah bekerja, STRESS yang mereka alami kebanyakkannya melibatkan persekitaran di tempat kerja... Ya, saya juga mengalaminya... hmmm... Teringin sangat nak jadi orang bekerja dengan tenang dan cool... x nak marah, x nak cakap perkara yang x baik dan profesional dalam mengatasi masalah... Tapi itu semua JAUHHHHH dari sifat diri... Astaghfirullah... semoga Allah cepat2 beri kesedaran pada kita tatkala SYAITAN membisikkan 'sesuatu' ditelinga...

'Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam'

Mari kita semak punca - punca stress pekerjaan...


PUNCA - PUNCA STRESS PEKERJAAN


~:: Objektif dan struktur organisasi yang kurang jelas ::~

~:: Perkembangan kerjaya, status dan gaji yang tidak memuaskan ::~

~:: Peranan yang berkonflik ::~

~:: Tugas yang membosankan dan tidak bermakna ::~

~:: Kerja yang terlalu banyak atau terlalu sedikit ::~

~:: Waktu bekerja yang terlalu panjang dan tidak anjal ::~

~:: Kurang sokongan daripada rakan sekerja atau pihak atasan ::~

~:: Konflik interpersonal ::~

~:: Konflik di antara tuntutan kerja dan rumah ::~

Haaa... ada tak antara yang tersenarai tu terjadi pada anda? Mesti ada kan? Kalau tak exactly pon mesti ada sipi2... :)

Jom... Ketahui langkah - langkah menangani stress pekerjaan...


LANGKAH - LANGKAH MENANGANI STRESS PEKERJAAN

1) Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
- Menjalinkan tali persahabatan sesama rakan sekerja
- Berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai

2) Pratikkan pemikiran yang rasional dan positif
Pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali
menyebabkan salah faham,. Sekiranya keadaan ini berlaku :
- Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda
- Pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta
- Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih
munasabah

3) Berkomunikasi secara berkesan
- Jadilah pendengar yang baik
- Berkomunikasi secara asertif
- Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas
- Hormati pandangan orang lain
- Gunakan fakta, dan bukannya mengikut perasaan

4) Tangani kritikan dengan baik
- Apabila anda dikritik :
* Bertenang
* Tentukan apa yang anda boleh percaya

- Sekiranya kritikan itu bersifat membina dan benar :
* Terima
* Ambil langkah yang sewajarnya

- DSekiranya kritikan itu tidak benar dan menyinggung perasaan anda :
* Dapatkan lebih maklumat
* Betulkan tanggapan yang salah itu

5) Tangani kemarahan secara berkesan
Tiga langkah yang penting :
- Berhenti :
Akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang

- Berfikir :
Rancang fikiran anda

- Bertindak :
Gunakan daya tindakan yang berkesan

6) Atasi masalah dengan berkesan
Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknik IDEAL :

I = Kena pasti masalah (Identify the problem)

D = Huraikan pilihan yang ada (Describe possible options)

E = Nilaikan akibat setiap pilihan (kelebihan dan kelemahan)
(Evaluate pros and cons)

A = Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik
(Act based on the best possible Action)

L = Belajar dan semak semula (Learn)

Jika anda menganggap sesuatu situasi itu tidak boleh diubah, kendalikan eomsi anda
secara positif dengan berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, berdoa dan
lain - lain.

7) Praktikkan pengurusan masaa yang berkesan
- Akuilah anda hanya ada 24 jam sehari
- Senaraikan tugas - tugas and dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan
- Delegasikan tugas anda secara berkesan

8) Amalkan cara hidup sihat
- Bersenam selalu
- Makan secara sihat
- Tidak merokok
- Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi
- Belajar teknik relaksasi (muzik, meditasi dan lain - lain)


GEJALA STRESS PEKERJAAN

:: Tingkahlaku agresif
:: Penyalahgunaan alkohol dan dadah
:: Sakit kepala atau sakit badan
:: Gelisah dan risau berlebihan
:: Tidak gembira
:: Berasa marah atau geram
:: Merokok berlebihan
:: Berasa tiada harapan
:: Kecewa
:: Kelesuan
:: Cepat marah
:: Tidak dapat membuat keputusan
:: Kurang minat
:: Masalah tidur
:: Kurang motivasi
:: Kurang tumpuan

Kita dah kenalpasti punca dan dah ketahui langkah menanganinya dan juga gejala - gejala stress... Jadi? Semoga menjadi panduan... x mo stress2 lagi ok~

~Wallahu'alam~

0 comments: