BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Respons + Ability =

04 June 2011

~SHOWCASE AMAL SHUHADA AT TAQWA~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...



Untuk pertama kalinya dalam sejarah, seluruh artis nasyid di Malaysia bersatu dan bergabung dalam sebuah persembahan amal SHOWCASE AMAL SHUHADA AT-TAQWA yang akan diadakan pada 11 Jun 2011 bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu Madrasah Anak-Anak Yatim At-Taqwa yang ditimpa bencana tanah runtuh pada 21 Mei yang lepas.

Atas rasa simpati dan prihatin, Gabungan Penasyid-Penasyid Malaysia (MUNSYID MALAYSIA) bersetuju menjayakan showcase amal ini secara percuma untuk menarik khalayak umum bersama-sama menyumbang kepada tabung bantuan bencana Madrasah Anak-Anak Yatim At-Taqwa.

Oleh yang demikian anda semua dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Showcase Amal Shuhada At-Taqwa dan menghulurkan derma kepada mereka yang kurang bernasib baik. Yang pasti lebih dari 30 artis nasyid Malaysia akan sama-sama menghiburkan anda dengan persembahan secara live. Tidak kurang juga pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi memeriahkan lagi program pada hari tersebut.

Sertai di Facebook Event untuk mendapatkan info-info terkini berkaitan program Showcase Amal Shuhada At-Taqwa:
https://www.facebook.com/event.php?eid=205269496181903

Jangan lupa temui artis-artis nasyid tempatan showcase terbesar dalam sejarah, Showcase Amal Shuhada At-Taqwa!

0 comments: