REJAB DAN SYA'ABAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...
Rejab adalah bulan Allah...
Syaaban adalah bulan baginda...
dan Ramadhan pula bulan umatnya...
Rejab dan Syaaban merupakan antara bulan yang cukup istimewa dalam takwim Hijrah. Ketika ini ramai yang berpusu - pusu mengerjakan ibadah malam. Antara tujuannya adalah untuk meraih keredhaan dan rahmat Allah SWT.
Namun sayangnya, ada antara segelintir umat Islam yang kurang arif tentang apa sebenarnya yang membuatkan bulan ketujuh dan kelapan dalam kalendar Islam ini amat istimewa. Menurut Prof Madya Dr. Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, keunikan Rejab terletak pada kejadian Isra' Mikraj yang berlaku pada bulan tersebut. Sementara Syaaban pula sudah tentu pada Nisfu Syaabannya.
"Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab. pada bulan tersebut, Rasulullah SAW kehilangan ramai orang tersayang. Ini menyebabkan baginda berdukacita. Jadi bagi menghilangkan kesedihan di hati nabi, Dia menjemputnya datang berjumpa denganNya. ini membuatkan rasa sedih itu terhenti," terang Prof Madya Dr. Nik Mohd Rosdi.
Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Jibril membawa Rasulullah SAW dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin dan kemudian ke Sidratul Muntaha dengan menunggang Buraq. Hal ini diceritakan menerusi firmanNya dalam Surah Al - Israa' ayat 1 yang bermaksud : "Maha Suci (Tuhan) yang memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang amat jauh (baitul makdis), yang telah Kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat - ayat (tanda - tanda kekuasaan) Kami"
Menyentuh perihal Nisfu Syaaban beliau mengungkapkannya sebagai malam bersejarah. Ini kerana pada malam tersebut, Jibril datangberteu Rasulullah SAW dan menyampaikan sesuatu yang istimewa.
"Jibril berkata kepada Rasulullah SAW bahawa pada malam tersebut sudah dibuka tiga ratus pintu rahmat. Maka Allah mengampuni semua orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, melainkan tukang sihir, tukang tenung, orang yang suka bermusuhan, peminum arak, orang yang melacur dirinya, pemakan harta riba, orang yang derhaka kepada ibu bapa, orang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim. Sesungguhnya mereka tidak akan diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan pekerjaan maksiat itu" terangnya lagi.
Diriwayatkan oleh Bukahri dan Muslim bahawa Aisyah r.a berkata "Aku belum pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali pada Ramadhan dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkan puasa (sunat) dalam satu bulan kecuali pada Syaaban"
Dipetik dari Majalah IluvIslam~
Mari perbanyakkan amalan kita di bulan - bulan terpilih ini sehingga bulan kerinduan semua umat Islam iaitu Ramadhan...
Banyak kelebihan berpuasa ni... Salah satunya adalah menundukkan nafsu...
Nafsu tidak mampu dihapus tapi perlu diurus... Bagaimana? (" ,)
04 June 2011
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 8:01 AM
Labels: Sirah Dan Bulan Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment