Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...
Salam'alaik~
Alhamdulillah... Segala puji pujian tertentu bagi Allah SWT~
Allahurabbi~ Besarnya nikmat sihat yang Allah SWT kurniakan pada kita... Sesungguhnya kesihatan itu merupakan 'kekayaan' buat kita... Biasa dengarkan Healthy is Wealthy~ (betul kah?)
Pada tanggal 22 Oktober 2011 sebuah penganjuran perhimpunan besar umat Islam, Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) oleh pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk menzahirkan kesatuan Umat Islam di Malaysia dan menyatakan kesepakatan dalam isu - isu yang melibatkan aqidah dan kedaulatan agama Islam yang kian dicabar...
Antara pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat ialah :-
- Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN
- Gabungan PEMBELA Islam
- Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA
- Pimpinan Majlis Ugama Islam
- Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
- Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA
- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM
- Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM
- Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM
- Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
- Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
- Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS
- Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO
- Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
- Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
- Pribumi Perkasa Negara | PERKASA
- Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM
- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM
- Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS
- Oh Media Network | Oh! Media
- Gabungan Persatuan Silat
- Gerakan-gerakan belia
- Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
- Wakil-wakil rakyat beragama Islam dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam
Menarik kan perhimpunan ini?! Apa yang mahu mereka dan kita semua capai dalam HIMPUN ini???
- Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
- Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
- Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
- Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
- Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
- Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Besar harapan mereka... Murninya hasrat mereka... Kan?!
Jadi... saya dan sahabat (IntanFarhana Idris) berhasrat untuk ke sana pada hari kejadian... Walaupun kejap jadi kejap x jadi ---> perancangan Allah tetap Maha Hebat!!! Allah izinkan kaki kami mencecah Stadium Shah Alam untuk pertama kalinya~
Pada 22 Oktober 2011 (Sabtu) seawal 7.30 pagi saya menghubungi sahabat yang berada di Melaka... Kesian dekat beliau, disebabkan message yang dihantar di fb tidak appear maka saya tak alert tentang message yang diberinya... Beliau mengalami kesakitan di bahagian pinggang akibat memakai kasut wedges semasa Islamic Performance Night dan berjalan - jalan di Halfest pada minggu sebelumnya... Bila pagi tu saya buka fb, rupa - rupanya beliaumembatalkan hasrat untuk ke HIMPUN bersama saya... Tapi mungkin sebab kami dah berjanji untuk ke HIMPUN bersama - sama maka pada pagi itu juga daripada Melaka beliau turun ke KL semata - mata menunaikan janjinya dan mengabaikan sakit pinggangnya! Subhanallah~ Syukran Intan!!!
Bas dari Melaka agak lewat katanya Jam 11.30 am dan dijangka sampai pada jam 1.30 pm... Walaupun perancangan saya nak ke Shah Alam sebelum zuhur kerana nak solat di Masjid Shah Alam, tetapi perancangan Allah mengungguli perancangan hamba yang lemah ini...
Sekitar jam 12.15 am saya bergerak dari pejabat ke Ampang untuk mengambil kereta kakak... Hari sabtu terpaksa buat OT disebabkan tuntutan kerja yang semakin mendesak... uhhhh~
Sampai - sampai di LRT Cahaya (Ampang) azan zuhur pun berkumandang... Saya mengambil keputusan untuk solat zuhur terlebih dahulu di rumah kakak... And then bergerak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk mengambil sahabat. Untuk PERTAMA KALINYA saya drive sejauh itu... Dari Ampang ke Bandar Tasik Selatan... Disebabkan saya pernah duduk dekat area Cheras jadi saya mengambil keputusan untuk melalui 'jalan belakang' untuk cepat sampai ke TBS dibantu oleh GPS yang 'sengal - sengal ubi'... Tetapi, jalan menghala ke Menara PGRM sedang dinaik taraf, so saya terpaksa menempuhi jammed~
Alhamdulillah! saya berjaya sampai ke TBS pada jam 2.30 pm... Kesian intan tunggu lama.. (>_<) Sorry sangat! =.='
Setelah sampai, kerusi driver diganti oleh Intan yang dah biasa 'merempit'~ Sekali lagi kami memohon bantuan Encik GPS walaupun jalan yang dia navigate agak jauh dan banyakkkk kereta... Asalkan sampai...
Jam 3.15 pm kami sampai di Stadium Shah Alam... sayup - sayup kedengaran suara munsyid sedang menyanyikan lagu HIMPUN... Kami masuk melalui pintu 9, Intan memberitahu bahawa adik Filzati dan Mirza berada di Stadium, mereka duduk di antara pintu I dan J... ????
Kami masuk dari pintu 9, tetapi mereka berada di antara pintu I dan J... Pelik kan? Hehe...
Kami naik ke tingkat atas sekali untuk mencari pintu 'huruf' - faham tak? (Buat - buat faham la ye!)
Alhamdulillah, setelah penat mencari kami berdiri di pintu I kerana segan nak duduk, kerusi di bahagian belakang kebanyakkannya di duduki oleh muslimin... Kami meninjau - ninjau kerusi yang 0... Alhamdulillah ada... Selang beberapa baris dari tempat duduk, kami nampak adik Faezah, Filzati (Pija) dan juga Mirza... hihi... Akhirnya jumpa jgk dengan mereka... :)
Ramai jugak yang hadir... Alhamdulillah~
Selepas HIMPUN kami berhasrat untuk ke rumah Kak Ida dan Ustaz Munif Hijjaz... Dah lama teringin nak ziarah beliau... Alhamdulillah Allah permudahkan... Kali ini Encik GPS sangat membantu kami... Terima kasih GPS~
Sampai di rumah Kak Ida sekitar jam 6.40 petang... Tak susah nak cari rumah Kak Ida dengan bantuan GPS... Kak Ida menyambut kami dengan baik sekali... Bersembang sembang sambil menunggu waktu maghrib, seusai maghrib... Kami ke Kedai Kek Kak Sara Syifa' untuk beli kek hari jadi angah... Kira sambutan hari jadi khas buat geng - geng suraunya... hehe... Yang paling best dapat rasa air tangan Ustaz Munif... Sedappppp...
Kesian Kak Ida, dalam keadaan sarat mengandung kena layan kami dan anak - anak jiran yang datang... Tak kan anak dara nak tengok je ibu mengandung buat keje... Apa lagi tolong laaaa... hehe~ Intan sempat cakap "Mak kita kata, nana kalau buat kerja kat rumah orang jangan bagi ada bunyi" comel je pesanan tu...
Jam 10 pm baru la kami meninggalkan rumah Kak Ida dan Ustaz Munif... Angah dan Cici dah selamat tidur di depan TV...
Syukran Kak Ida dan family sebab sudi terima kehadiran kami... Seroooonokkkk sembang - sembang dengan Kak Ida... Banyak perkara yang kami pelajari... Pokok Bonsai paling menarik perhatian kami... InsyaAllah... Kalau ada kesempatan kami datang lagi... :)
Dalam 1 hari kami dapat buat 2 perkara... Bahagia dalam kepenatan~
Semoga ukhuwah ini berkekalan hingga ke syurga dan mendapat keredhaanNya...
Ilal Liqo'... Salam'alaik~
0 comments:
Post a Comment