Egypt Air |
28 December 2012
Perancangan Permusafiran Rohani~
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 8:52 AM 0 comments
Labels: Catatanku
02 January 2012
MENUJU GERBANG 2012
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda...
Assalamualaikum wbt... Selamat Tahun Baru Masihi 2012... ^_^
Bagaimana sambutan tahun baru masihi anda? Saya percaya anda pasti memilih untuk menyambutnya sebagai sambutan tahunan yang susah untuk dilupakan... Mungkin join sambutan Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam? atau di Karnival Mahabbah IKIM.FM? atau Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati? atau bersama family dengan melakukan pesta ibadah di baiti jannati? Sambutan tahun baru masihi tidak wajib disambut pun... Tapi kini, banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan badan - badan NGO untuk mengelakkan sambutan tahun baru masihi setiap tahun dipenuhi dengan aktiviti yang maksiat dan lagha... Alhamdulillah... Mari bersyukur kerana masih terdapat insan - insan yang prihatin di Malaysia ini...
Ya Allah sesungguhnya kami sayangkan negara kami, kami sayangkan negeri kami, kami sayangkan bangsa kami... Pandanglah kami dengan pandangan kasih sayang dan belas kasihan... Peliharalah kami semua dari bala bencana dan mala petaka Ya Allah... Selamatkanlah kami daripada siksaan kubur dan azab api nerakaMu Ya Allah... Jika kami terleka atau kami tersesat kembalikanlah kami kepada fitrah kejadian kami di muka bumi ini Ya Allah... Sesungguhnya kami ini hambaMu yang hina dina, jahil. bodoh, sombong lagi zalim...
Alhamdulillah... Allah beri peluang kepada saya untuk menghadirkan diri dan mengisi ambang tahun baru di Karnival Mahabbah IKIMFM, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur... Dalam perancangan, saya sepatutnya menjadi fasilitator di program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati tetapi disebabkan beberapa kekangan jadi saya terpaksa membatalkan niat tersebut dan menukar plan sambutan tahun baru kali ini...
Seawal jam 1.00 petang kami tiba di Masjid Wilayah Persekutuan (awal ke?) untuk menunaikan Solat Zuhur secara berjemaah... Dan berhasrat untuk mendengar ceramah Prof Dr. Muhaya pada jam 2.00 petang... ^_^
Seusai Solat Zuhur secara berjemaah kami (saya dan kakak, Nurul Aida Mastura) bergegas ke tapak karnival untuk mendengar ceramah daripada Prof Dr. Muhaya... Prof Dr. Muhaya dan Kak Siti Ruhani Surani dah bersiap sedia di pentas untuk memulakan slot Islam Itu Indah dan tajuk yang dibawakan kali ini adalah MENCORAK KEHIDUPAN... Kerusi yang disediakan pon penuh~ Kami terpaksa duduk di bawah... =.=' Duduk bawah pon ok jugak, asal dapat dengar ceramah Prof Dr Muhaya kan?
Muqaddimah yang menarik! Prof Dr Muhaya kata Umar Al Khatab memasang niat ketika bersama dengan isterinya adalah untuk? MELAHIRKAN ANAK - ANAK YANG SOLEH DAN BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA~ Amin Ya Rabb...
Prof Dr Muhaya menekankah tentang tujuan hidup kita didunia... DARI MANA kita datang, KENAPA kita dijadikan, KE MANA hala tuju kehidupan kita... Saya lihat kali ini Prof Dr Muhaya bukan seperti dia yang saya lihat dalam ceramahnya sebelum - sebelum ini... Dia sangat tegas dan menegaskan setiap kata - katanya dengan sungguh - sungguh...
'Orang yang bercakap dari hati maka tempat jatuhnya adalah... ... ... HATI'
Berkata lagi beliau tentang corak kehidupan seorang manusia... Beliau menyarankan agar kita semua menulis SKRIP KEHIDUPAN... Yang menceritakan bagaimana kita mahu jalan hidup dan pengakhiran hidup kita... Kitalah penulis skrip, kitalah pelakon dan kitalah pengarahnya!
Sentiasalah muhasabah diri, koreksi diri... Selalu melihat kekurangan diri sebelum tengok, komen dan tegur kekurangan orang lain... Kalau berhasrat nak ubah orang lain, ubah lah diri kita sendiri dahulu ye... :)
Haaa... apa beza MELAYU YANG ISLAM dan ISLAM YANG MELAYU? Siapa pandai??? Teka - teka... Ok! antara agama dan keturunan yang mana yang DAHULU? faham tak soalan saya ni?
Semasa ibu kita melahirkan kita, sah - sah la kita mengikut keturunan keluarga kita iaitu MELAYU... Dan orang melayu ni pastinya beragama ISLAM... Tapi masih ada orang melayu yang islam yang tidak mengamalkan islam sebagai the way of life... So sad!!! itulah MELAYU YANG ISLAM...
Berbeza pula dengan orang ISLAM YANG MELAYU... Agama Islam ini adalah untuk semua umat manusia tidak kira keturunan apa sekali pun... Konsepnya sama seperti diatas, kita yang memang dilahirkan dalam keturunan Melayu yang beragama Islam... Tapi bezanya adalah ---> Agama didahulukan, adat keturunan di'second' kan... erk?! Orang yang mengamalkan Islam sebagai the way of life yang berketurunan Melayu...
Umat Islam adalah bersaudara... ---> Assalamualaikum wahai saudara2ku!!! ^_^
Seterusnya, depa (Prof Dr Muhaya & Kak Siti) dok cakap pasal perkahwinan... so, Prof keluaqkan ayat power ni ---> anda mahukan WEDDING PLANNER atau MARRIAGE PLANNER? Baekkkk saya pilih marriage planner!!! Prof kata kita perlu bagitau kat orang DENGAN BANGGANYA yang anak saya/saya menerima pinangan lelaki yang soleh dengan hantaran RM1000~ (ni contoh ayat untuk si dara ye...) toksah dok pilih hak yang glamer, yang encem, yang kete besaq ja... Sebab tu semua kan dunia semata... Rugi aihhh orang yang merancang kehidupan dunia sahaja... Nak tau dok 3 RAHSIA KEJAYAAN?
1) FOKUS DAN POSITIVE...
2) PEKAK KAN TELINGA DENGAN TOHMAHAN DAN KRITIKAN X MEMBINA DARI ORANG LAIN...
3) 'PLAN YOUR WORK & WORK YOUR PLAN'...
Selain itu, Prof bawakan kisah benar seorang Specialist yang berjaya didalam bidangnya... Rahsia kejayaannya adalah SOLAT DHUHA 8 RAKAAT SETIAP HARI! Subhanallah... InsyaAllah, sahabat - sahabat boleh amalkan kalau nak berjaya! Jia yo~ (disebut chaiyok)
Tahu tak apa itu PENCEN KUBUR?
1) ANAK YANG SOLEH - penekanan yang lebih kepada pencen ini~
2) SEDEKAH JARIAH
3) ILMU YANG BERMANFAAT
Kenapa kita perlu membuang undi setiap hari? atau membuat pilihanraya setiap hari? Undi siapa?
IMAN VS NAFSU?
PAHALA ATAU DOSA?
Last sekali sebelum tidur senaraikan journal kesyukuran anda... Apa yang anda telah lakukan hari ini dan apa niat anda esok... Kalau ikutkan nota saya, banyakkkkkkk sangat mutiara dari Prof Dr Muhaya... Tapiii... saya tulis isi - isi penting dan key note je, ada yang saya lupa dan x pandai nak hurai... (=.=') maaf ye~
--- --- --- --- --- --- --- ---
Selepas selesai slot Prof Dr Muhaya kami bergegas ke gerai yang menjual buku hasil tulisan beliau iaitu CELIK MATA DAN JIWA~ Baru belek - belek, tak habis baca lagi... ^_^
Pastu, perut kami dan berbunyi - bunyi minta diisi... Hmmm... nak mamam apa ni? Jalan - jalan di gerai nampak blouse cantik!!! (Hilang jap rasa lapar tengok baju... ^,^) kami beli empat helai je... (@_@) ramai orang datang... Alhamdulillah...
Berjalan - jalan cari makan lagi... Nak makan nasi atau mee sup tak de tempat duduk kosong plak... So, kami beli pau dan ice blended cappucino dan CHOCOLATE! dekat kedai ni...
Kami bersantap di tangga masjid... sweet je... hehe... Selepas Solat Asar kami bercadang untuk mencari makanan di luar kawasan sebab makan pau tak kenyang lorrr... ^_^
Selepas Solat Asar berpusing - pusing sekitar area masjid, Arkid Negara dan LHDN... Sehingga ke hartamas... adehhh... sik ada kedai makan ka??? Kami shoot ke Segambut, cari kedai makan...Alhamdulillah jumpa... Selesai makan balik semula ke masjid untuk Solat Maghrib berjemaah...
'Indahnya kehidupan begini' - kata hatiku...
Berkira - kira untuk membersihkan diri selepas Solat maghrib tapi ada Qasidah Selawat ke atas Rasulullah SAW... sayang nak tinggalkan majlis... Walaupun kami tak tahu nak ikut sebab sepatutnya jemaah dipandu dengan slide tapi disebabkan masalah teknikal slide tidak dapat berfungsi... :'(
Videonya tidak dapat dipaparkan atas sebab player dari laptop Cik Nurul Aida berbeza dengan player di laptop saya... InsyaAllah nanti dah convert saya kongsikan ye...
Selepas Isya' barulah kami berpeluang untuk membersihkan diri... Haishhh... Konsert Apresiasi dah nak start ni... Nasib baik tak ramai orang... :)
Melangkah ke Dewan Serbaguna... Subhanallah... ramai sangatttttt orang... Kerusi penuh... yang duduk bawah pon ramaiiii...
Majlis dipengerusikan oleh DJ Faiz dan DJ Siti Ruhani Surani dan diserikan dengan persembahan artis - artis nasyid iaitu Voices of Ummi, Saujana, Mohram, Hafiz Hamidun, Rahmat Ekamatra dan selingan sajak, puisi serta montaj video yang menarik...
Ilal liqo'... ma'as salamah... Assalamualaikum wbt... Semoga Allah beri kesempatan lagi untuk bertemu di alam maya berkongsi kasih dan berkongsi rasa dengan anda semua...
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 8:23 AM 0 comments
Labels: Catatanku, Rintihan Hati
20 December 2011
NABI ADAM A.S DAN HAWA DI KELUARKAN DARI SYURGA
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia, kekasih dan kesayanganku Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... wa syukurillah...
Setiap kali memikirkan nikmat yang Allah beri pada diri ini, rasa sebak dan kerdil tapi tidak dapat diterjemahkan dengan air mata... Mengapa ya? Allah... bilakah kali terakhir aku menangis keranaMu?
Ya Allah jangan bekukan air mataku... Aku belum puas menangis kerana dosa - dosaku yang lalu... Belum puas aku menangis atas nikmat yang tidak henti - henti kau beri kepadaku...
Sesungguhnya aku ini hambaMu yang hina, bodoh, sombong, jahil lagi zalim... Maka Kau bimbinglah, tuntunlah hati ini Ya Allah... agar selalu dekat denganMu, berada di jalanMu...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terus sahaja ke tajuk utama yang ingin dikongsikan iaitu Nabi Adam.as dan Hawa dikeluarkan dari syurga...
Iblis berjaya memperdaya Nabi Adam a.s dan Hawa. Inilah kejayaan pertama iblis dalam usaha memperdayakan manusia sebagai satu dendam untuk membinasakan Nabi Adam a.s dan keturunan baginda.
Setelah Nabi Adam a.s dan Hawa memakan buah tersebut , mereka mendapati bahawa keadaan sekeliling mereka telah berubah. Kebahagiaan dan kenikmatan syurga yang mereka miliki selama ini telah hilang sekelip mata. Pakaian mereka tertanggal dan menampakkan aurat sehingga mereka mencari daun - daun kayu untuk menutup tubuh mereka.
Pada masa itu, sedarlah Nabi Adama.s dan Hawa bahawa mereka telah melanggar perintah Allah SWT dengan memakan buah larangan tersebut.Mereka lupa bahawa Iblis dan syaitan merupakan musuh manusia yang sentiasa mencari jalan menyesatkan mereka.
Allah SWT berfirman ;
"Bukankah telah Aku larang kamu memakan buah itu dan Aku katakan juga kepada kamu bahawa syaitan itu musuh kamu!"
Namun, semua itu adalah ujian Allah Yang Maha Agung untuk menguji sejauhmana manusia dapat menggunakan kuasa yang diberi dan kebijaksanaan memilih antara perkara yang baik dan buruk. Apabila segala seseorang manusia itumemilih jalan yang baik bererti dia telah mentaati segala perintah Allah SWT tetapi sebaliknya jika manusia itu memilih jalan yang salah sesungguhnya dia menderhakai Allah SWT.
Banyak hikmah yang dapat diambil daripada peristiwa tersebut. Ia sebagai suatu dalil yang nyata tentang pertentangan antara kebaikan dengan kejahatan. Orang - orang yang beriman akan melakukan perbuatan yang diredhai Allah manakala mereka yang kafir sentiasa mengingkari perintah Allah SWT.
Daripada Abu Said Al Khudri r.a katanya;
"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Iblis berkata kepada Tuhannya: 'Demi keperkasaanMu & keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada didalam jasad mereka'. Allah menjawab 'Demi keperkasaanKu & keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepadaKu'"
Apa yang berlaku kepada Nabi Adam a.s dan Hawa memberi satu pengajaran betapa WAJIB mendahului ketundukan dan kepatuhan terhadap apa sahaja perintah dan ketetapan Allag SWT walaupun sesuatu peraaturan itu tidak terjangkau oleh aqal fikiran manusia. Akibat melanggar peraturan, seorang hamba akan mendapat hukuman atau balasan di atas segala perbuatan yang dilakukannya.
~Wallahu a'alam~
Ilal liqo'... Semoga berjumpa lagi di perkongsian yang akan datang... Semoga anda semua berbahagia dalam jagaanNya~
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 7:33 AM 0 comments
Labels: Muhasabah Cinta, Sirah Dan Bulan Islam
28 November 2011
SEPULUH SEN?
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda...
Assalamualaikum wbt...
Sepuluh sen? Apa maksud disebalik lagu sepuluh sen ni?
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 6:18 AM 0 comments
Labels: Catatanku
NABI ADAM A.S DAN HAWA DI DALAM SYURGA
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah wa syukurillah... Atas ihsanNya bernafas lagi hari ini... Di tahun hijrah yang baru 1433H! Membawa semangat baru, membuka lembaran baru, buku baru & hati yang sentiasa perlu diperbaharui... Tahun baru ni habis semua nak baru ye... :)
Semoga tahun baru ini juga membawa sinar baru untuk kita... Perbaharuilah niat kita SETIAP HARI, niat mahu menjadi orang yang lebih baik daripada hari - hari yang lepas... Ubahlah perspektif kita daripada negative kepada yang positive... Bilamana kita mencari kebaikan maka kebaikanlah yang akan kita nampak dan akan kita jumpa...
**********************************************************************************
Terus kepada tajuk kita iaitu : Nabi Adam a.s Dan Hawa di Dalam Syurga~
Nabi Adam a.s dan Hawa menikmati kehidupan di syurga dengan penuh kebahagiaan dan kenikmatan. Mereka berdua bebas melakukan apa sahaja kecuali memakan buah dari pokok khuldi. Larangan Allah ini mempunyai maksud yang tersirat dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Namun, Nabi Adam a.s sebagai manusia yang memiliki sifat lupa, mudah sekali diperdaya oleh Iblis. Iblis yang telah bersumpah untuk memperdaya manusia sebelum pengusirannya dari syurga Allah menghasut Hawa agar memujuk Nabi Adam a.s memakan buah tersebut. Iblis mengatakan bahawa memakan buah tersebut, mereka akan kekal di syurga dan akan memiliki segala keistimewaan dan kenikmatan yang ada di dalam syurga buat selama - lamanya.
Sebagai manusia yang lemah, Hawa telah berjaya diperdaya oleh Iblis. Hawa membisikkan kata - kata pujukan agar Nabi Adam. a.s memakan buah khuldi itu dengan alasan bahawa perbuatan itu bukannya satu kejahatan kerana semua yang ada didalam syurga dicipta buat mereka.
Setelah mendengar kata - kata Hawa, Nabi Adam .as berfikir seketika tentang kebenaran kata - kata itu. Akhirnya baginda terpengaruh dengan pujukan Hawa sehingga lupa dengan janji Tuhan;
"Sesungguhnya engkau tidak akan lapar dan tidak pula bertelanjang. Sesungguhnya engkau tidak akan merasa dahaga di dalamnya dan tidak pula kepanasan."
**********************************************************************************
Wahai diri yang bersifat lupa, bodoh, sombong, jahil lagi zalim! Tidakkah kau mengambil iktibar dari kisah - kisah umat yang terdahulu? Bergeraklah mengikut aturan Allah... Nescaya bahagia menantimu 'disana'...
Wa ilal liqo' ma'assalamah~
Assalamualaikum wbt~
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 6:09 AM 0 comments
Labels: Sirah Dan Bulan Islam
11 November 2011
'KELAHIRAN' DAN KELAHIRAN HAWA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda...
Assalamualaikum wbt...
Segala pujian itu tertentu bagi Allah yang memerintah sekalian alam, segala pujian itu tertentu bagi Allah yang memerintah sekalian alam, sebagai pujian orang yang memuji, pujian orang berzikir, pujian orang yang bersyukur, sebagai pujian orang yang menyempurnakan nikmatnya dan menolak azabnya dan menjamin pertambahannya. Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah sebagai pujian sebagaimana yang layakbagi kemuliaan zatMu dan kebesaran pemerintahanMu...
'KELAHIRAN'
Alhamdulillah, semalam adalah hari kelahiranku 10.11.11... Atas ihsanNya saya bernafas lagi sehingga ke hari ini... Terima kasih Ya Allah... Dulu pernah saya berdoa dan bertanya 'Ya Allah bagaimana lagi harusku lakukan untuk mengucapkan rasa syukurku padaMu?' Malu pada Allah... Nikmat yang Allah kurniakan pada kita tidak terkira banyaknya... Samada kita taat atau tidak pada perintahNya, Dia tetap beri... Baiknya Allah pada hamba2Nya... Tapi kita buta mata hati, tidak dapat melihat setiap perkara sebagai nikmat, taqdir dan tarbiyah dariNya... Allah... Ampuni dosa - dosa kami Ya Allah... Kami leka, lalai dan alpa! Setiap hari Allah mengajar kita dalam kita sedar atau tidak, setiap perkara yang berlaku ke atas diri kita dari sekecil - kecil perkara sehinggalah kepada perkara yang besar... Ya Allah kurniakan kami kefahaman untuk membaca alam... Baca dan hayaaatilah kewujudan alam ini... Tetapi ada perkara - perkara yang sangat 'seni' dan rahsia, tidak tercapai dek aqal fikiran manusia yang terbatas ini... Selagi anda mampu membaca dan meghayaaati alam ini, singkaplah rahsianya dan ambillah iktibar darinya serta muhasabah diri...
Tiada sambutan yang hebat, cukup sekadar doa ikhlas dari keluarga dan sahabat - sahabat... Itu sudah memadai buatku... Alhamdulillah ramai yang mendoakan kesejahteraanku... Walaupun ada yang tidak ku kenali di laman facebook tapi... sesungguhnya umat Islam itu bersaudara~ Macehhhhh... ^_^
Hari ini 11.11.11, ramai yang memperkatakan tentangnya... Yang paling saya ingat adalah birthday sahabat saya iaitu Cik Intan Farhana Idris... Birthday kami dekat2 sebab tu kami saling ingat mengingati birthday masing - masing...
Selain itu, ramai yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ini... Alhamdulillah, sempurnalah separuh daripada imanmu saudara - saudaraku... Tahniah buat kalian!
Semoga sakinah, mawaddah dan rahmah mengiringi perjalanan hidup kalian sebagai pasangan merpati dua sejoli dan semoga berkekalan hingga ke syurga~
Di musim - musim kelahiran ini saya bawakan kesinambungan daripada entri sebelum ini mengenai Nabi Adam a.s iaitu Kelahiran Hawa~
KELAHIRAN HAWA
Nabi Adam a.s mengahbiskan masanya di dalam syurga dengan berzikir dan bertasbih memuji Allah SWT diatas segala kurniaanNya kepada baginda.
Pada suatu hari, apabila Nabi Adam a.s bangun daripada tidur, didapatinya satu makhluk yang kejadiaanya sama seperti baginda dengan sedikit perbezaan, berada di sisi baginda. Makhluk yang belum dikenali itu memandang baginda dengan penuh kasih sayang dan sopan.
"Siapakah engkau? Dari manakah engkau datang?" Tanya Nabi Adam a.s.
"Aku datang dari dirimu! Allah Taala mencipta aku daripada engkau ketika engkau tidur! Aku Hawa" Jelas Hawa.
Apabila melihat makhluk yang lemah lembut itu, timbul rasa sayang dalam hati Nabi Adam a.s. Tambahan pula Hawa memang diciptakan sebagai teman baginda agar baginda tidak hidup seorang diri. Nabi Adam a.s menyenangi kehadiran Hawa dan tidak putus - putus memuji Allah SWT di atas kuniaanNya yang begitu berharga sebagai pasangan baginda di dalam syurga~
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 8:31 AM 0 comments
Labels: Catatanku, Sirah Dan Bulan Islam
26 October 2011
Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) & Ziarah~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
- Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN
- Gabungan PEMBELA Islam
- Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA
- Pimpinan Majlis Ugama Islam
- Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
- Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA
- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM
- Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM
- Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM
- Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
- Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
- Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS
- Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO
- Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
- Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
- Pribumi Perkasa Negara | PERKASA
- Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM
- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM
- Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS
- Oh Media Network | Oh! Media
- Gabungan Persatuan Silat
- Gerakan-gerakan belia
- Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
- Wakil-wakil rakyat beragama Islam dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam
- Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
- Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
- Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
- Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
- Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
- Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Posted by Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman at 11:08 AM 0 comments
Labels: Catatanku